Sunday, 19 October 2014

Sampai Bila Mahu Jadi Sebuah Kerajaan Yang Penakut?

Kami melihat pemerintah yang telah diamanahkan Allah dengan kuasa pemerintahan, seolah-olah sebuah kerajaan yang amat mudah tunduk kepada tekanan. Jika tekanan itu sebuah tekanan berkecenderungan benar dan besar, kami boleh faham, Tetapi kerap kalinya tekanan itu adalah tekanan bersifat anti nasional, anti perlembagaan, anti Islam sebagai Agama Negara dan berbaur provokasi hasutan serta menimbulkan perasaan resah rakyat.

Kami melihat negara ini telah diwariskan kepada kita dengan pelbagai undang-undang yang cukup untuk memastikan negara dapat terus dimajukan serta dibangunkann dengan keadaan yang aman damai dan sejahtera untuk semua.

Tetapi malangnya, undang-undang telah secara bersusah payah diwujudkan ini, satu persatu telah dan cuba ditanggalkan oleh tangan-tangan bacul lagi tidak bertanggungjawab.

Kita telah melihat bagaimana undang-undang yang memperuntukkan kepada Menteri Pendidikan kuasa untuk menutup sekolah perkauman, telah dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan yang populis satu ketika dahulu.

Kita juga telah melihat bagaimana Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad dan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan hanya kerana pemansuhnya mahu dipuji sebagai seorang pemimpin yang terbuka. Sedangkan kegilaannya dalam memansuhkan segala-galanya ini, merupakan kegilaan yang Obama sendiri tidak berani lakukan untuk Amerika.

Apakah Malaysia ini semakin selamat dengan pemimpin play safe seperti ini? Tidak cukupkah dengan MH370, MH 17, pergaduhan kumpulan samseng sehingga melibatkan persenjataan berat, pembunuhan ala mafia pegawai kanan kastam, pembunuhan ala mafia Pengerusi Jabatan Agama Islam Pahang, munculnya NGO-NGO yang mendapat dana-dana besar dari luar negara untuk membuat kacau ganggu kepada sistem sedia ada di Malaysia, kedegilan NGO-NGO seperti IRF yang berterusan secara biadab mencabar undang-undang dan meludah prinsip Kedaulatan Undang-Undang sesuka hati mereka?

Kenapa semua ini baru kini berlaku dengan terlalu kerap di dalam Malaysia? Apakah kerana kita punyai seorang yang pemimpin bertindak selamat untuk Malaysia yang tidak lagi selamat?

Penguatkuasaan undang-undang dilihat kini seolah-olah dilakukan secara bermusim dan menggunakan prinsip lembu mengusung bajak. Diketuk suruh berjalan, ia berjalan. Diketuk suruh berhenti ia berhenti.

Lihat sahaja penahanan yang dibuat di bawah Akta Hasutan 1948. Setelah lebih 6 tahun masyarakat hidup dengan perasaan tidak aman melihatkan Tuhan, agama, bangsa, negara dan perlembagaan negara yang mereka pertahankan dikepung melalui cercaan, penghinaan dan hasutan yang dibuat secara berluasa, secara tiba-tiba penguatkuasaan Akta tersebut dilakukan melalui penahanan demi penahanan yang dilakukan ke atas para penghasut.

Akhirnya, setelah 6 tahun, majoriti rakyat Malaysia dapat menghirup rasa lega sepanjang dua hingga tiga minggu undang-undang berfungsi sepertimana ia sepatutnya berfungsi. Tetapi kelegaan itu tidak lama.

Lumrah sebuah negara dengan kepimpinan yang takut dengan ugutan. Apabila muncul kumpulan-kumpulan kecil melakukan protes ke atas penahanan kumpulan pengahasut di dalam angkatan hasutan yang sama dengan mereka, undang-undang yang baru sahaja berfungsi untuk beberapa minggu, kembali dikafankan serta dipersediakan untuk pengebumian yang telah dirancang sejak awal.

Sampai bila mahu menjadi kerajaan yang penakut dan mudah tunduk kepada ugutan?

Kami mahukan kerajaan yang kalis ugutan, tidak takut untuk menjalankan undang-undang dengan penuh hak dan adil untuk semua.

Tetapi malangnya, setakat hari ini sejak 6 tahun yang lepas, kami melihat harapan tersebut tidak wujud di dalam pihak yang diamanahkan Allah dengan kuasa ini.

Atau kami sebenarnya tidak dapat menangkap hasrat pemerintah sekarang ini yang cuba berinsinuasi kepada khalayak bahawa mereka sudah tidak lagi berminat untuk memerintah selepas PRU 14 nanti?

Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

6 comments:

  1. SETUJU Ben!

    DASAR BINATANG BUAS rejim Barat yg. dikuasai ZIONIS-KEPARAT! Si US/NATO/Barat-ISrael boleh buat apa mereka suka termasuk dlm. membunuh umat Islam dlm. GENOSID yg.meningkat di Palestin, Iraq, Syria, Afrika; Malaysia dsbnya termasuk menyebarkan Virus-BIOWARFARE , termasuk AIDS, DENGGI-GMO (perlu Statistik, pesakit denggi ni, majoriti bangsa apa dan di kawasan perkampungan/perumahan bangsa apa yang majoriti di negara kita ni) serta Virus-EBOLA-GMO, untuk MENGHAPUSkan umat Islam GLOBAL, bermula dengan warga ISLAM dari Afrika Barat, untuk menguasai negara Islam Guinea yang amat kaya minyak-gas, tetapi yang paling penting URANIUM, utk. pembuatan senjata Nuklear (lihat di http://www.liberianobserver.com/security/ebola-aids-manufactured-western-pharmaceuticals-us-dod , Ebola, AIDS Manufactured by Western Pharmaceuticals, US DoD?, By: Dr. Cyril Broderick, 09/09/2014; di - http://21stcenturywire.com/2014/10/08/rockefeller-foundations-futurist-paper-details-ebola-plot , Rockefeller Foundation’s Futurist Paper Details‘Ebola Plot’, October 8, 2014 By 21wire; dan di - http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett: May 5, 2014.

    Dan lihat juga Professor Yahudi DAJAL ini sejak tahun 2006 lagi, yang mencadangkan 90% penduduk dunia untuk dihapuskan di bawah program Eugenics Ebola ini – lihat di http://newsweekly.com.au/article.php?id=2439 , Scientist calls for death to humanity, by John Ballantyne, News Weekly, April 15, 2006; dan di -
    http://whale.to/c/professor6.html , Professor's "Kill 90% of Population" Comments Echo UN, Elite NGO policies: Mainstream media first spike, then distort reality of the story, Steve Watson / Paul Joseph Watson & Alex Jones, April 4, 2006!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap2 puak yang sibuk nak hapuskan itu dan ini di sini pun sebahagianndr kumpulan yg sibuk dengan idea eugenics ni..

      Link yang banyak membuka mata Makcik.

      Delete
  2. Ben, puak ni mna ikut prentah Allah! Puak ni yg mrka nmpk kuasa aja. Mreka bkn tkut tknan puak2 kafir. Yg mrka tkut hilng kuasa. Tkut si kafirin tk bg undi tp sdr atau tdak praya lalu mna ada kfirin bg undi kt dpa. Yg bg depa brkuasa skrng ialah orng mlayu islam.Bkn gitu ben ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah jadinya tuan jika peti undi dijadikan kiblat sembahan.

      Delete
  3. Saya nmpk mreka2yg brkuasa skrng mirip kpd golongan libral. Cba tngok layanan baik mrka bg kt golongan kafir. Maki hamun, crca,hina; prsndaAllah, Nabi, bngsa mlayu, mna ada tndkan diambil sprti tndakn keats pres isma dn pres prkasa sbgai cntoh. Ini mnunjukan kuasa pntdbirn brada dgn golong liberal yg sdng brsmbunyi mnunggu msa sja nk brtndak lbih jauh dn mnekn ke atas umat islam mlayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi miriptuan hamba Allah. Sebahagian besar dr mereka memang sudah sebati berpimikiran liberal.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.