Friday, 10 October 2014

Saifuddin Abdullah, Sila Saman Farouk Musa dan IRF Kerana Memfitnah GMM

Saifuddin Abdullah menegaskan, walaupun menyediakan tempat untuk program diskusi meja bulat oleh tokoh dari aliran yang difatwakan sesat di Malaysia dan Indonesia, Ulil Abshar Abdalla, GMM menurut kata Saifuddin Abdullah tidak terlibat dengan penganjuran majlis inkuisisi agama oleh golongan ekstremis liberal tempatan tersebut.

IRF, benar-benar memalukan. Jelas Tiada Kredibiliti Dan Tidak Boleh Dipercayai Malah Mengambil Kesempatan Atas Rakan Mereka Sendiri..
Beliau menyatakan seolah Farouk Musa dan IRF melakukan pembohongan dengan melibatkan GMM sebagai penganjur bersama program.

Jika benar kata Saifuddin Abdullah bahawa Dr Farouk Musa dan IRF telah melakukan sesuatu perkara sehingga menimbulkan fitnah ke atas GMM, Saifuddin Abdullah dan gagasan wasatiyyah najib Tun Razak, maka sudah seharusnya satu tindakan drastik dan tegas diambil untuk menyelamatkan maruah GMM yang sedang dipimpinnya.

Benar! Allah Maha Adil. Penyelewengan Nama GMM Oleh IRF Kini Dibongkar Oleh Saifuddin Abdullah Sendiri. Inilah Dasar Gerak Kerja Fundamentalis Ideologi Batil Dengan Metodologi Menggunakan Kepalsuan Dalam Menjalankan Agenda Mereka.
Inilah perangai dan sifat keji golongan pelampau liberal. Melakukan sesuatu mengikut kehendak nafsu serakah mereka sehingga menyebabkan golongan seperti Saifuddin Abdullah sendiri tidak tahan dengan sikap pelampau golongan ekstremis liberal seperti Farook Musa.

Jika benar pernyataan Saifuddin Abdullah mengenai perbuatan terkutuk Dr Farouk Musa dan IRF sehingga menimbulkan ‘fitnah’ ke atasnya, GMM dan gagasan wasatiyyah Najib Tun Razak, bukankah sepatutnya Saifuddin Abdullah memulakan gerakan untuk menyaman tindakan keji, terkutuk lagi hina IRF ke atas ‘nama baik’ mereka?


Jika tidak saman sekali pun, GMM bersama Saifuddin Abdullah perlu mengeluarkan kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan keji, terkutuk dan hina IRF di atas perbuatan mereka itu menyalahgunakan nama GMM sebagai penganjur program tersebut.

Jika semua ini tidak dilakukan, bagaimana mungkin rakyat Malaysia akan percaya bahawa wang cukai hasil ikatan perut mereka saban hari tidak dibazirkan GMM dengan program sesat dan jemputan dengan aliran pemikiran yang telah difatwakan sesat oleh Indonesia dan Malaysia?


Melainkan Farouk Musa dan IRF disaman GMM atau sekurang-kurangnya Saifuddin Abdullah keluarkan kenyataan media yang keras mengutuk tindakan keji IRF, baharulah rakyat Malaysia akan percaya kepada kenyataan twitter Saifuddin Abdullah.  

4 comments:

  1. Apa lagi kredibilit yg tinggal pada IRF?

    Betul2 hina. Sampai sanggup menipu mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MO biasa bg golongan liberal. Sentiasa Bertegas dengan pembohongan.

      Delete
  2. IRF sama macam SIS batil. Depa liberal tapi takut letak nama liberal sebab nanti jelas kesesatan mereka.

    Saifuddin Abdullah kalau dah tahu GMM telah difitnah dan logonya disalahguna IRF tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk menyaman IRF selagi badan batil itu tidak tampil membersihkan nama baik GMM yang didanai wang rakyat.
    Ingat GMM buka milik Saiffudin sekeluarga...bukan milik persendirian..lalu tindakan keras untuk menjaga nama baik GMM dan wasatiyah PM terpelihara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. GMM bukan milik Saifuddin & Sons.. nama GMM harus dibersihkan kerana melibatkan dana wang ikat perut rakyat Malaysia.

      Tetapi apakah Saifuddin peduli tetang maruah dan imej buruk menimpa gagasan wasatiyyah Najib Tun Razak melalui perbuatan Farouk Musa dan IRF?

      Kita tunggu sahaja reaksinya..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.