Wednesday, 8 October 2014

Pro Hasutan Mencari Keadilan 'Kangaroo' Di Negeri Oz

Setelah ‘berjaya’ dengan projek ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan DYMM Sultan Selangor dihina dan beberapa susuk didakwa dan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970), Rafizi Ramli akan melangkah ke Australia pula.

Beliau diberitakan akan ke lima bandar-bandar besar negara tersebut untuk ‘mengacom’ kepada sahabat Uncle Sam itu berkenaan dengan tindakan kerajaan Malaysia menguatkuasakan undang-undang  tanahair ke atas beberapa susuk yang didakwa menghasut.

Dikhabarkan jelajah tersebut akan mengunjungi Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney untuk ‘bercakap’ tentang akta tersebut yang menjadi batu penghalang kepada golongan ekstremis yang suka menghasut khalayak ramai dengan perkara-perkara yang telah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara.


Delegasi tersebut akan disertai oleh Ahli Parlimen Penampang, Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Parlimen Kelana Jaya. Delegasi yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pandan itu juga akan disertai oleh dua Adun, yakni Adun Seri Setia, Selangor dan Adun Semambu, Pahang. Semoga penduduk yang bermastautin dalam kawasan Parlimen dan Adun tersebut akan melawat dan bertanyakan kepada Ahli Parlimen dan Adun mereka, apa yang mereka mahu Australia buat kepada Malaysia dan rakyatnya tentang ‘Langkah Australia’ itu.

Mereka bercadang untuk berjumpa dengan Nick Xenophobes (yang diharamkan masuk ke Malaysia), ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai kerajaan Australia dan beberapa penuntut Malaysia. Apa yang mahu mereka capai dengan berbuat demikian masih menjadi tanda-tanya semua? Semoga mereka tidak bertindak seperti sesetengah rakyat kita yang membanjiri facebook Presiden Amerika Syarikat beberapa tahun lalu supaya ‘menghantarkan drones kepada Malaysia’ bila kalah pilihanraya.

Senator itu juga yang kelihatan amat berang apabila Malaysia telah mengharamkan pendatang  asing sepertinya untuk memasuki Malaysia. Mungkin lelaki ini masih berfikir bahawa Malaysia masih mendigarhayukan Queen Elizabeth seperti Australia, lalu kita tidak dapat tidak melainkan membenarkan pelampau sepertinya untuk keluar-masuk negara kita tanpa usul periksa.

Lelaki ini jugalah yang dilihat membela membuta tuli seorang pesalah yang sedang merayu kesnya di mahkamah Malaysia. Beliau kelihatan tidak berpuas hati apabila sahabatnya didakwa oleh undang-undang negara kita. Mungkin orang putih sepertinya mahu mengajar kita yang sawo matang ini, bahawa sistem keadilan negaranya lebih mulia dan lebih absah.  Dan beliau mahu kerajaan Australia masuk campur.  ‘White man’s burden’ nampaknya masih ‘alive and kicking’ di Oz.

Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia supaya langkah yang dibuat Rafizi Ramli dan rakan-rakannya itu bukanlah satu usaha untuk membawa kebencian kepada kerajaan kita dan nilai-nilai yang didukung oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun adalah menjadi harapan kita juga supaya pihak berwajib belajar buka mata dan telinga takut-takut nanti ada yang ‘over excited’ dan terlepas mulut menghasut di ABC atau  mana-mana saluran media.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.