Friday, 24 October 2014

Pesta Peluk Anjing – Mengesahkan Penularan Liberalisme Agama dan Pemurtadan Di Kalangan Orang Melayu

Penulisan Tuan A Karim Omar Seperti di bawah :
Isu pesta memegang dan memeluk anjing oleh orang-orang Melayu beberapa hari lalu menjadi hangat diperbincangkan. Ramai kawan-kawan yang minta saya ulas. Dan di semua tempat saya pergi, itulah soalan yang paling panas yang dikemukakan.
Saya tidak mahu masuk perbincangan bab hukum boleh atau tidak pegang. Itu sudah dikupas oleh ulamak terdahulu. Mereka sudah memikirkan semasak-masaknya dan memberi penghukuman yang terbaik dari pelbagai kemungkinan. Selesai. Yakni, pendapat jumhur yang sepakat berbanding dengan pendapat berlainan. Terutamanya bagi ulamak-ulamak Tanah Melayu sejak dahulu lagi yang berpendapat berlainan sangatlah kecil bilangannya dan sangat khusus keizinan yang diberikan. [Bab hukum saya cadangkan link ini: http://www.aswj-rg.com/2014/10/menjawab-polemik-isu-anjing.html]
Siapalah kita untuk mempertikaikan kehebatan ilmu mereka. PhD kita bukannya ukuran untuk kita banding dengan mereka.
Bagi saya, isu pesta anjing ini adalah gejala dari kedua-dua masalah yang selalu saya nyatakan tersebut – anutan Liberalisme Agama dan Insider Movement.
bila MelayuKristian matiOrang Melayu yang telah murtad masuk Kristian dan tetap merahsiakan anutan baru mereka dari pengetahuan keluarga atau sahabat handai sememangnya tidak akan peduli untuk melakukan sesuatu yang haram. Sebab dalam anutan baru mereka tidak ada halal-haram sedemikian.
Sememangnya orang ramai tidak pernah mengesyaki mereka telah meninggalkan agama Islam. Itulah modus operandi mereka. Saya bercakap berdasarkan 100% dokumen pelampau evangelis Kristian sendiri. Saya amat syorkan agar pembaca memahami fenomena ini sebelum menyangkalnya – baca Melayu Kristian dan Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad.
Saya tidak mengatakan semua yang hadir pesta tersebut semuanya dari golongan ini. Tetapi saya AMAT YAKIN sebahagian mereka adalah dari golongan ini.
Sebahagian lain lagi?
Mereka ini pula tergolongan dari kumpulan yang menganuti Liberalisme Agama. Bagi mereka yang berpegang dengan fahaman ini mereka akan sentiasa menyanggahi asas-asas yang telah disepakati dalam hukum-hakam agama. Mereka ingin bebaskan pemikiran dan amalan mereka dari kesepakatan jumhur ulamak. Mereka akan sentiasa mencari-cari pendirian-pendirian yang berlainan sesuai dengan kehendak mereka.
Puak Liberalisme Agama juga akan cuba menafsirkan semula serta memberikan “fatwa” baru sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Mereka galak memetik pendapat dan pandangan “sarjana upahan” yang dunia Barat sengaja benihkan di dalam masyarakat Islam supaya menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.
Mungkin juga sebahagian yang kecil dari hadirin dalam pesta tersebut adalah dari mereka yang tertipu dengan dakyah kononnya majlis tersebut hanya untuk belajar cara-cara membersihkan diri dari terkena najis mughallazah. Terkena berbeza dengan sengaja dikenakan. Sengaja mengenakan najis pada diri adalah haram hukumnya. Tidak pernah ada di mana-mana institusi pendidikan perubatan mengajar cara mengubati orang yang patah tangan dengan mematahkan tangan seseorang dahulu. Mustahil itu sebagai kaedah pembelajaran yang betul.
Barah kesesatan dan riddah dalam masyarakat Islam di Malaysia amat membimbangkan dan membuktikan kita berada di akhir zaman. Menjadi tanggung-jawab kita semua untuk melakukan sedaya upayanya untuk memperbaiki keadaan masyarakat kita.


Pautan :

11 comments:

  1. Artikel yg. BERNAS spt. baisa dr. Tuan A. Karim.

    Memang nak HINA ISLAM/umatnya, Ben - si mamat yg. disyaki PENYAMAQ Islam, yg, anjur PESTA pegang- anjing ni! Baik KDN periksa IC dia – betulkah ISLAM?!

    Dari puak Melayu-LIBERAL-LONGKANG atau disyaki PENYAMAQ-PENYAMAQ Islam ni nak buat kempen pegang/belai anjing oleh umat Islam (kat Barat pun tak dak perangai GILA- mcm. ni oleh umat Islam), baiklah puak HIPOKRIT ni buat kempen MENENTANG cara hidup si KAPIRDAJAL BINATANG BUAS yang MEROGOL ANJING dan pelbagai binatang, termasuk dlm. ZOO khas, di JERMAN/EU/US - lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html, Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013; dan di http://www.examiner.com/article/states-where-bestiality-sex-with-animals-is-legal , States where bestiality (sex with animals) is legal, August 8, 2011!

    Dan aku tengok foto kempen tu, bukan main galak si KAPIRDAJAL dok tunjuk yg. "pakai tudung" pegang anjing!

    Nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANAS DAPBANGKAI yg. ditaja puak SYAITAN Barat-Zionis, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, serta pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH SWT cthnya, pakai tudung-kopiah dsbnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA! Mereka juga menggunakan si ejen Bukan Islam dari Indonesia/Thai/Filipina yg. muka mcm. Melayu utk. jadi PENYAMAQ!

    Lepas tu puak SYAITAN ni siap nak MENGKAPIRkan umat Islam pula!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg clear ini M fitnah biasa gerakan dajjal. Merosakkan Islam dr dalam sentiasa jalan yg berjaya dilakukan mrk sejak zaman Samiri menyesatkan Yahudi dengan lembu. St Paul menyesatkan Nasrani dengan doktrin atonement. Abdullah bin Saba' menyesatkan umat Islam dari dalam dengan gerakan Syiah.

      Cuma malangnya ramai dr kita mudah tertipu sebab tiada penguatkuasaan tegas dari pihak berkuasa.

      Mungkin nak tunggu sampai hilang kuasa baru nak sedar betapa besar nikmat kuasa jika digunakan dengan penuh amanah.

      Delete
  2. Anak Bukit Jelutong24 October 2014 at 08:31

    Pernah aku membangkitkan kepada teman-teman (orang Melayu beragama Islam di kampung tumpah darahku) bahawa bangsa Melayu yang beragama Islam sebenarnya tidak mempunyai seorang pemimpin tempat untuk bergantung.

    Kita lihat ramai yang mengaku dan bekerja keras untuk menjadi pemimpin yang baik untuk Melayu dan untuk Islam.

    Tapi pada hakikatnya Melayu belum ada pemimpin yang sanggup mati kerana bangsa dan agama.

    Seperti biasa, ada yang bersetuju dan tak kurang pula yang menyanggah pandangan aku.

    Tapi taklah perbedaan pandangan kami hingga mencetuskan "permusuhan" antara kami.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ramai Tuan Hamba Allah, ialah golonghan pemimpin yg sanggup korbankan segala yang Melayu dan Islam utk memenuhkan tembolok masing2.

      Kita doakan supaya pemimpin terbaik utk umat ini datang memperbetulkan kembali keadaan dan menyatukan kita semua atas prinsip akidah yg betul pada jalan lurus.

      Delete
  3. Mmng bnar apa yg sdr karim highlightkn dlm pesta pgang anjing. Golongan liberal sma dgn golongan murtd. Aqidah kdua2ni dh rosak yg jlas trkluar dri islam. Yng mmbimbgkn skrng anak2 muda ipt adalah adalh sasran puak2 kritian dn liberal skiranya d pringkt rumh tnga mrk agama d amal gitu2 aja mka anak2 muda adalh mngsa mreka.- pakdin tanjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa longgarkan pegangan generasi ini seperti per!mulaan usaha menyediakan ladang yg subur. Bila ladang itu siap, ladang itu akan menumbuhkan pohon2 hijau yang sesuai dituai satu hari nanti. Generasi dr keluarga yg tidak kuat pegangan agama akan menjadi generasi yg tidak ambil peduli tentang agama. Inilah fasa kelahiran golongan liberal. Anak2 kepada golongan inilah yg disasarkan untuk dituai mereka sebagai penganut agama mereka nanti.

      Kita sekarang berada dalam fasa 2 usaha mrk. Kurang 20 tahun lagi, murtad beramai2 bukanlah sesuatu yang harus dipelikkan berlaku.

      Pihak berkuasa dan kita semua perlu bertindak mulai sekarang Tuan Haji.

      Delete
  4. Sama2 la kita doakan supaya syed azmi alhabshi nanti buat program "I Want To Touch Al Quran' play. Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan juga supaya bukan hanya kempen touch al quran, tetapi baca, fahami dan beriman dengan apa yang disampaikan Allah di dalam al Quran.

      Delete
  5. You're rght Ben. Bkn skdr pgng dn bca tp amaln yg d printh Allah yg msti kita ushakn dmi mmprthankn aqidah dn islam. Klau tk dak ilmu al-quran mka ssatla kita sesesatnya. Sya nmpk dprigkt skolah rndah mulai thun 4 wajib d mulakn ada subjek yg brbntuk aqidah dn strusnya mmbri tknan d pringkat tngkatan d smping mwajibkn mmahami ayat2 lazim spaya apa yg d bca ia fham dn praktikan dlm khidupn harian mreka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dan Sepatutnya tuan, sebelum semua anak-anak Islam ni mencecah usia 17 tahun, sistem pendidikan sudah memberikan kefahaman kepada keseluruhan al Quran untuk dibuat sebagai bekal, menghadapi dunia pengajian tinggi dan alam pekerjaan serta rumahtangga.

      Sistem sekarang tidak menyiapkan anak2 kita dengan tiang seri Islam iaitu pengetahuan al Quran dan agama itu sendiri. Inilah jadinya bilamana anak2 kita mudah tertipu dgn pelbagai macam oerkara sesat yang dipakejkan denan imej agama.

      Semua ini perlu diperbetulkan segera Tuan.

      Delete
    2. Sudan sampai masanya kita mulakan kempen sekolah vernakular Melayu!!!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.