Sunday, 5 October 2014

Perutusan Aidul Adha Pengerusi PEMBELA

BimiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakaatuh.

Tiada kalam yang boleh dimulakan kecuali ungkapan AlhamduliLLAH kerana sekali lagi dapat bertemu dengan bulan Zulhijjah. Bulan simbol tauhid, bulan haji, bulan ibadah, bulan jihad dan pengorbanan.

Bulan Zulhijjah ini juga sebenarnya bulan yang menjadi saksi selesainya perjuangan nabi SAW dalam mengajak manusia agar mentauhidkan ALLAH. Nabi menjadikan hajinya sebagai haji yang bersih dan suci dari sebarang bentuk kesyirikan.


Nabi berjaya memastikan haji selamat tinggal (hajjatul wada' ) baginda bersih dari musyrikin sehingga tidak ada seorang musyrik pun yang melakukan tawaf bersama baginda. Inilah istiqamah yang tiada bandingannya lagi yang ditunjukkan oleh baginda nabi SAW. Baginda istiqamah memerangi kesyirikan sehingga bolehlah dikatakan haji baginda juga adalah haji bagi meraikan kejayaan besar dalam perjuangan yang dilalui baginda lebih 23 tahun. 

Baginda konsisten sejak dari Mekah kemudian berhijrah ke Madinah sehingga baginda kembali semula ke Mekah semuanya masih dalam asas yang satu iaitu Laailaha illaLLAH MuhammadurrasuluLLAH.


Inilah ajaran baginda yang wajib bagi kita untuk berpegang dengannya samada dalam keadaan senang ataupun susah. Biar kita tidak menang asalkan kita istiqamah. Biar manusia lain memulau atau menolak kita kerana tauhid dan menerima serta menyokong perjuangan kita juga kerana tauhid. Kita tidak mampu berkompromi dengan aqidah kita ini. Perkara ini mesti difahami oleh musuh-musuh kita baik yang berada dekat ataupun jauh dari kita.

Musuh-musuh ALLAH seperti Yahudi/zionis dan Nasrani mesti faham istiqamah kita. Mereka tidak mudah untuk memurtadkan semua umat Islam walaupun mereka boleh berjaya menjadikan sebahagian dari kita sebagai rakan dan barua mereka. Kita hendak khabarkan berita dukacita pada mereka bahawa di sini, di Malaysia ada pejuang-pejuang yang istiqamah sepertimana baginda SAW. Kamu mungkin boleh berjaya, namun kejayaan kamu itu hanyalah bersifat sementara. 


Kejayaan haji wada' akan kembali tidak lama lagi. Yang perlu hanya sedikit lagi usaha dari kamu wahai Yahudi dan Nasrani untuk melengkapkan keperluan kami bagi mendapatkan pertolongan mutlak dari ALLAH. Bacalah firman ALLAH dalam surah an Nasr yang bermaksud "Apabila datang pertolongan ALLAH maka terbukalah (kota Makkah) dan kamu melihat (wahai Muhammad) manusia berbondong-bondong memasuki agama ALLAH (Islam).." (An Nasr ayat 1 hingga 2)

Nantikanlah dua ketika yang dijanjikan. Dua ketika yang mana kamu akan hadapi saat berdukacita wahai musuh-musuh ALLAH. Ketika yang pertama ialah di saat kamu meraih kejayaan sementara tiba-tiba kamu kembali kalah dengan pertolongan ALLAH ke atas kami. Ketika yang ke dua ialah di saat kamu akan tunduk ketakutan setelah tiupan sangkakala yang kedua ditiupkan bagi membangkit semua manusia yang telah dimatikan ALLAH.


Nantikanlah janji kedua-dua ketika tersebut.

Di atas asas inilah, kami yakin dan percaya akan sentiasa ada manusia yang istiqamah melawan kamu wahai musuh-musuh ALLAH dan sudah pastinya mereka pasti akan mendapat bantuan dari ALLAH pada ketika bantuan itu tiba nanti.

"Bersatu menegakkan tauhid dan menghapuskan syirik."

Selamat Hari Raya Aidul Adha, Maaf Zahir dan Batin.

Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi PEMBELA




0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.