Sunday, 5 October 2014

Negara boleh huru-hara jika Akta Hasutan dimansuhkan - Musa Hassan


BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (tengah) bersama Peguam dan Penganalisis Politik, Hasnal Rezua Merican (kiri) kelihatan ceria sebelum ditemubual oleh pengacara program 'Ruang Bicara', Sherkawi Jirim di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara.
"Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan."Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di sini, malam ini.
Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk 'Akta Hasutan 1948' itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan.
Musa berkata, akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan.
"Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi.
"Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga...itu penting," katanya.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. - BERNAMA

Pautan asal :

2 comments:

  1. Kita jadikan isu ini kelam kelibut dan viral di dunia nyata malaysia, adakah najib mengetahui? Adakah maklumst sampai kepada najib bagaimana penghapusan akta ini akan merosakkan keharmonian hidup rakyat? Selagi najib masih dipagar oleh punahsihat langsinya, semuanya seolah tidak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib boleh memilih untuk mendengar atau tidak mendengar. semua itu bergantung kepada siapa yg beliau harapkan sebagai tempat pautan untuk meneruskan agenda kuasa. Jika punahsihat, maka terpulanglah kepada dia. Jika akar umbi yang mengangkat beliau ke puncak kuasa, maka itu juga terpulang pada dirinya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.