Sunday, 12 October 2014

Militan Anti Demokrasi Berparlimen : Perancangan Gerakan Tebusan Parlimen Oleh MCA

MCA sebuah parti hidup segan mati tidak mahu di dalam Barisan Nasional, dengan rekod gagal dalam perjuangan politik serta tanpa kedudukan meritokrasi yang baik malah ditolak hampir sepenuhnya oleh segmen vernakular Malaysia yang dikatakan diwakili mereka, sedang mencatur gerak untuk menjadikan Institusi Parlimen sebagai tebusan kepada tindakan mereka.

MCA sudah tidak lagi berminat untuk memperjuangkan demokrasi. Kini bunga-bunga kepada tindakan kekerasan yang lebih menyerupai tindakan-tindakan bersifat ancaman fizikal seperti yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan yang kemudiannya berubah menjadi gerakan militant, sedang diikuti jejaknya oleh MCA.


Apakah Mereka Mahu Jadi Militan? Apakah Mereka Mahu Bersikap Anti Demokrasi Berparlimen Melalui Tindakan Ganas Mengepung Bangunan Kerajaan Yang Ditegakkan Secara Sah?

Tanpa sebarang sokongan dan kehilangan hampir semua kerusi DUN dan Parlimen akibat ditolak oleh segmen vernakular yang sepatutnya menyokong mereka, mereka kini ibarat orang yang sedang kelemasan sehingga sanggup untuk berpaut kepada apa sahaja bentuk tindakan. Asalkan mereka terus wujud sekurang-kurangnya sehingga PRU 14.

MCA kini hanya mempunyai  kerusi DUN dan Parlimen hasil ihsan dan belas kasihan pengundi-pengundi Melayu yang memberikan parti pengemis ini sedekah di dalam bentuk undi. Tetapi sebagai parti peminta sedekah, MCA jelas sebuah parti yang tak kenang dek untung.

Perlu diingatkan kembali bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan. Parlimen ialah tempat di mana undang-undang dicadang, dibentang serta diluluskan.  Ahli-Ahli Parlimen yang layak berada di dalamnya telah dipilih mengikut sistem demokrasi yang telah lama diiktiraf barat kecuali negara-negara berfahaman komunis.

Jika tidak mendapat undi yang secukupnya untuk menjadi Ahli Parlimen, sila berambus dari perkarangannya dan pergi main jauh-jauh. Jangan menghina sistem serta melakukan kerosakan kepada sistem ini melalui tindakan ala militant untuk menghalang proses demokrasi yang subur daripada dijalankan mengikut saluran yang betul.

Satu lagi peringatan, undang-undang Islam sudah lama merupakan sebahagian daripada negara ini sebelum sebarang sistem perundangan asing yang lain dibawa masuk oleh penceroboh Portugis, Belanda dan Inggeris bersama tinggalan-tinggalan pencerobohan mereka.

Penceroboh Inggeris Dengan Tinggalan Pencerobohan Mereka
Demokrasi adalah antara tinggalan pencerobohan ini. Jika MCA tidak bersetuju dengan bekas tinggalan pencerobohan Inggeris ini dan merasakan tinggalan pencerobohan Inggeris ini merupakan sesuatu yang tidak langsung berguna kepada Malaysia, mereka boleh mencadangkan di dalam Parlimen supaya sistem ini diubah kepada apa jua sistem yang disukai mereka, tidak kira sama ada sistem komunis, sistem republic atau apa sahaja sistem yang sesuai dengan aspirasi vernakular mereka.

Negara ini dengan sistem demokrasi ini membenarkan semua cadangan dibawakan ke Parlimen, kecuali jika menyentuh perkara 153, 152 dan 181 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Begitu juga Parlimen membenarkan Ahli-Ahli Parlimen Islam yang mahu mencadangkan Rang Undang-Undang Hudud diperkenalkan dan dibentangkan di Parlimen.

Ini negara demokrasi dan bukan negara tanpa undang-undang. Jika mahu suara MCA berfungsi dan mempunyai impak di Parlimen, sila berusaha dengan lebih keras di dalam PRU akan datang.

Sampai bila MCA mahu hidup dengan belas ihsan sedekah undi orang-orang Melayu? Sedangkan majoriti orang-orang Melayu mahukan negara ini diperintah dengan undang-undang Islam.

Sehingga PRU 14, adalah lebih baik untuk parti MCA untuk balik kampung dan tanam jagung untuk membantu kawasan-kawasan  parlimen dan DUN yang bakal ditandingi mereka menghadapi situasi ekonomi negara yang semakin mencengkam. Mana tahu, berkat usaha membantu rakyat dengan lebih kerap, mungkin MCA akan diberikan peluang kedua oleh segmen vernakular untuk sekali lagi mewakili mereka di Parlimen dan DUN.

Untuk pengundi-pengundi Melayu, MCA sudah dilihat seperti kata pepatah melepaskan anjing yang tersepit. Tidak ada guna untuk terus memberi sedekah undi kepada mereka-mereka yang sanggup menggigit tangan yang memberi sedekah itu kembali.

Mohon pihak berkuasa memantau kecenderungan militan tanpa senjata yang sedang berbunga di dalam MCA melalui perancangan mengepung Parlimen ini.

Satu persoalan, kenapa tiada laporan polis dibuat ke atas hasrat serta perancangan militan MCA ini dalam gerakan mereka menentang hudud yang cuba ditegakkan melalui jalan demokrasi?




6 comments:

  1. Dengan beratus juta yang bakal disalurkan kelak kepada sekolah-sekolah vernakular-makin militanlah nanti jadinya anak-anak muda vernakular yang disayangi oleh PeMain gendang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemain gendang tidak pernah tahu berhenti menghiburkan segmen tidak tahu bersyukur ini dengan rentak gendang yang baru melalui kelulusan bajet untuk sistem pendidikan berasaskan bahasa perkauman negara.

      Delete
  2. Perasan. Cina sendiri reject MCA. Kalau ikut sistem nilai bank, MCA ni dah kira parti sudah luput nilai tp mulut ttp celupar. Sedar diri la woi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrk perlukan cermin yg besar utk sedar diri.. masih perasan mrk kuat sbb melayu terlalu lemah utk beritahu perti trsebut hanya bertaraf cacing kerawit dgn pencapaian pru 13 tempoh hari.

      Delete
  3. Hentah hentah MCA nie tali barut DAP kot sebab sekelip mata pengundi cina menyokong DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua ekor cicak pada permukaan ceiling yg sama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.