Thursday, 30 October 2014

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja

Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu
Dalam kehangatan serangan demi serangan segmen Pro Kumpulan Penghasut negara, terdapat satu fakta yang disembunyikan tentang hakikat Kuasa Veto Majlis Raja-Raja untuk perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan.

Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Untuk Perkara Perundangan (Legislative)
Melalui pindaan Perlembagaan yang dibuat pada 1983, 1984 dan 1994, kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh dipintas oleh proses perundangan melalui pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan sebelum 1983, membenarkan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, jika tidak bersetuju atau berkenan dengan sesuatu undang-undang yang hendak diwartakan, diberikan kuasa memberi nasihat, memberi amaran atau menangguhkan proses kelulusan undang-undang tersebut tanpa had masa yang ditetapkan.

Kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan ini sebelum ini disalah anggap ramai pihak sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Ia hanyalah satu kuasa untuk menangguhkan proses kelulusan undang-undang tanpa had masa penangguhan ditetapkan.

Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sebelum 1983, tidak menyatakan had masa tempoh penangguhan yang dibenarkan. Ianya ditetapkan oleh tradisi, resam (convention) dan pertimbangan yang waras.

Walaubagaimanapun, selepas pindaan dibuat kepada Artikel 66 tersebut, had masa 30 hari telah ditetapkan sebagai tempoh had masa maksimum sesuatu proses kelulusan undang-undang boleh ditangguhkan.

Artikel 66 (4) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885)
Yang Di-Pertuan Agong hendaklah di dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada baginda memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.

Artikel 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan Akta 885)
Jika sesuatu Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.

Melalui pindaan-pindaan ini, selepas tempoh 30 hari penangguhan, bersetuju atau tidak, Rang Undang-Undang yang dikemukakan dan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, akan “diluluskan” oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Kuasa menangguhkan ini yang selama ini diberikan tanpa had masa, telah disalah anggap ramai pihak sebagai kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong. Ia sebenarnya hanyalah kuasa untuk menangguhkan tanpa had masa yang ditetapkan sehingga pindaan dibuat pada 1983, 1984 dan 1994.

 Tetapi Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa Veto atau kuasa membuat kata pemutus di dalam perkara-perkara penting di dalam Perlembagaan.

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja Untuk Perkara Penting Perlembagaan
Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung di dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa Veto Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas.

Pindaan Artikel 66 Hanya Untuk Proses Kelulusan Rang Undang-Undang dan Bukan Pindaan Perlembagaan
Pindaan Artikel 66 tersebut hanya melibatkan proses kelulusan perundangan biasa dan tidak melibatkan sebarang proses pindaan perkara-perkara Perlembagaan.

Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 159 (4) Perlembagaan Persekutuan:
Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4) , undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Akta Hasutan 1948 merupakan undang-undang yang terletak di bawah Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan. Keabsahan kewujudan Akta Hasutan 1948 yang merupakan undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka diiktiraf kewujudan serta keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 162.

Jadi, apakah kumpulan Pro Hasutan dan Perdana Menteri yang senada dengan mereka sudah menyembahmaklum hasrat memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mendapat restu Majlis Raja-Raja untuk memansuhkan Akta tersebut?


Apakah kumpulan Pro Hasutan yang senada dengan Perdana Menteri mahu mencetuskan krisis dengan Majlis Pemerintah Tertinggi Negara?

Semua pihak perlu diingatkan kembali tentang Kuasa Veto Majlis Raja-Raja di dalam 11 Perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Jangan sesekali melangkaui had yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

Kami menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-Menteri Kabinet serta pemimpin-pemimpin utama kumpulan teras politik Melayu dan Islam, bekas-bekas Hakim, bekas-bekas Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera dan barisan kepimpinan NGO Islam dan Melayu yang tegas dengan pendirian untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan dibuat penambahbaikan dengan memasukkan klausa perlindungan terhadap Agama Islam di dalamnya.

25 comments:

  1. 'Kami menyokong saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-Menteri Kabinet serta pemimpin-pemimpin utama kumpulan teras politik Melayu dan Islam, bekas-bekas Hakim, bekas-bekas Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera dan barisan kepimpinan NGO Islam dan Melayu yang tegas dengan pendirian untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan dibuat penambahbaikan dengan memasukkan klausa perlindungan terhadap Agama Islam di dalamnya.'

    Setuju. Pemimpin2 yang cuba membelakangkan kepimpinan Raja-Raja Melayu wajib ditolak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sahaja yang menolak untuk bersama Baginda Tuanku untuk mempertahankan Sumpah Perjawatan Baginda untuk mempertahankan Islam pada setiap masa wajib ditolak.

      Setuju dengan Tuan Hamba Allah.

      Delete
  2. Salam ben. Puak2 pro hasutan bkn tak tahu apa yg trmktub dlm prlmbgan. Ttp mreka d upah mnimbul kkacauan dlm ngara. Motiv depa nk hncurkn islam yg kita orang mlayu kuat pgang pdanya. InsyaAllah mreka tk akn brjaya krana islam Allah swt yg mngawasinya. Tp kta tak boleh duduk diam. Stiap lngkah mrek kta kna awasi dn bngun mnntng hbis-hbisan. Hatta nyawa kita, kita korbnkn krana Allah, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam WBT Tuan..

      Benar, mrk ni lebih drpd faham. Ttp oleh kerana kecanduan upah menjadi talibarut dan tiada jati diri Islam yg kuat, mereka buat2 pekak dan terus membuat kacau.

      Kita percaya bahawa kematian terbaik itu ialah kematian ketika mana kita istiqomah berjuang pada jalan Allah.

      In Sya Allah.. perjuangan akan diteruskan dan akan terus disambut sepertimana ia diperjuangkan dan disambut dari satugenerasi ke satau generasi selepas zaman Rasulullah s.a.w.

      Delete
  3. Anak Bukit Jelutong30 October 2014 at 10:33

    Terima kasih kerana membuatkan "orang tua" ini begitu teruja dan "lega" dengan pencerahan terbaik ini.

    Marilah kita sama-sama memahami dan sanggup pula mempertahankan.

    Hidup Melayu Bersama Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Tuan.. sokongan dr pihak spt Tuan menguatkan lagi semangat kami utk terus perjuangkan perkara ini dengan lebih gigih. In Sya Allah..

      Hidup Melayu Bersama Islam.

      Delete
  4. Apakah Najib x hormat institusi ni bila dia secara unilateral umum nak mansuh Akta Hasutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu soalan yang Najib Tun Razak perlu perjelaskan. Kita semakin sangsi kepada siapa sebenarnya beliau berkhidmat.

      Delete
  5. Daulat Tuanku!!

    ni masanya kuasa veto tu digunakan atas pengkhianat2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan supaya Raja-Raja Melayu diberikan Allah taufik dan Hidayah serta kekuatan untuk menyatakan yang hak serta menjalankan semua hak yang dibenarkan mengikut undang2 dan syariat Islam.

      Amin.

      Delete
    2. Amin Amin Amin.

      Delete
  6. Pertama sekali, kena keluarkan 'parasit2' dalam UMNO dulu, yg terutamanya ialah Najib laki Rosmah.
    Siapa yg berjanji nak hapuskan Akta Hasutan ini? Najib kan? Dia juga yg hapuskan ISA, Akta Ordinan.. etc, tp kenapa org2 UMNO buat2 tak nampak?

    Musuh Melayu berada dalam UMNO!! paham tak? PM lagi tu..Semoga TS Muhyiddin Yassin faham situasi ini dan akan bersedia untuk mengambil apa sahaja risiko demi memepertahankan kedaulatan Tanah Melayu.

    Suka atau tidak Najib lah perosak utama. Dia PM dia ada kuasa kenapa dia cipta semua ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut semuanya kelabu mata bila memegang kuasa dan berada di bawah org yang berkuasa..

      Benar kerosakan ini mempunyai puncanya. Mgkin beliau mendengar nasihat yang salah, atau beliau ada membuat pengiraan tetapi tidak mengambilkira kesan jangka panjang kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

      Itu yg kita risaukan. Yg berada disekelilingnya harus berani keluar dr kepompong Yes Men.

      Delete
  7. Mmng btui kata anak muda. Pngkianat mlayu islam ada dlm umno. Tngok bila islam d hina, nabi di prmain2kn, hak mlayu d prsoal, mlayu d kta kaum pndtang dn bnyak lg tiba ktua umno nk hpuskn akta ni. Dh la isa dn eo d kafankn skrng lg satu nk d kbumikan. Ni adalah gara2 ktua umno yg brsifat liberal seguru dgn aljuburi. Bknkah mrek biasa brgnding kuasa pmuda umno dulu? So grakrja umno mnghala nk liberlkn m'sia. Ahli umno kna bka mta dn psang tlinga. Jgn dok tngok habuan projek aja.- pakdin tanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita heran mana pergi mrk2 dlm parti ini semasa Allah dihina, Islam dicabar dan sebagainya.. kenyataan keras hanya dikeluarkan setelah didesak dan mungkin terdesak kerana ramai yang mendesak.. tp kerap kali semuanya dibuat seolah melepaskan batuk ke tangga..

      Lebih teruk, terlalu banyak agen liberal berkeliling kepada pusat pemerintahan di Putrajaya.. selagi anai2 liberal ini berada di sana, selagi itulah kita sukar utk ubah persepsi kita terhadap parti pemerintah ini..

      Yg sedar di dalamnya harus segera memulakan perubahan. Saya setuju dengan Pak Din.

      Delete
  8. Dulu masa zaman Tun M, semua ckp Tun kuku besi & mntk tun berundur & diganti dgn paklah.. Bila pak lah jd PM, semua mntk paklah berundur & diganti dgn Najib.. Bila Najib jd PM, semua ckp zaman dulu Tun M jauh lebih bagus & mntk Najib berundur & ganti dgn Muhyiddin..
    Confirm bila Muhyiddin jd PM nnti, semua akan mntk Muhyiddin pulak berundur atas mcm2 alasan.. Sampai bila pun x habis mcm ni..

    Apa kata, kita semua yg kena berubah . X perlu asyik bg alasan utk tukar2 PM.. Sebaliknya kita rasa bertanggungjwb bekerjasama, tolong menolong, berbincang, berdialog, sama2 perah keringat utk penambahbaikan setiap masalah dgn satu PM yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Sampai bila pun x habis mcm ni..'

      Sebagai manusia tak salah untuk kita mendambakan yang terbaik daripada pemimpin kita. Pemimpin ada tanggungjawab besar. Bukan untuk semua. Kalau tak layak elok undur diri. Pemimpin yang dah diberi peluang, tak mampu nak faham aspirasi rakyat, boleh diubah, sebelum rebah!

      Delete
    2. Ahjibgor ni bila nak jadi Melayu?

      Delete
    3. Setuju dengan tuan Hamba Allah 30 October 2014 22:00.

      Jika beliau berpegang kepada nilai yang mengangkat beliau ke tampuk pemerintahan sekarang ini, tiada siapa akan menuntut perkara2 yg tidak sepatutnya ..

      Sama seperti yg berlaku ke atas Pak Lah.. apabila bukan Islam menjadi besar kepala memijak2 Islam, dan Pak Lah ketika itu spt out of control, desakan itu dibuat utk maslahah yg lebih besar.

      Krn kuasa utk menjalankan apa yg sepatutnya dijalankan itu ada pada mereka yg memerintah, maka kita mahukan yg memerintah itu mengikut jalan yg elok dan betul..

      Benar dialog, perjumpaan, nasihat itu perlu dilakukan, tetapi bagaimana jika semua itu secara berterusan dipandang sepi dan tidak diambil peduli oleh mereka2 yg mendengar nasihat.

      Seperti pemandu kenderaan yang membawa kenderaan terhoyong hayang akibat celaru, adalah lebih baik menggantikan pemandu, daripada menyuruh penumpang terus berdialog dan memberi nasihat kepada mrk yg langsung tidak mahu mendengar.

      kepimpinan sekarang menunjukkan kedegilan luar biasa bila berhadapan dengan pertembungan tuntutan liberal dan kehendak Islam yang sepatutnya menjadi agama negara.

      Kita mengharapkan ada perubahan positif.. tetapi sehingga hari ini, kelihatan perubahan itu masih jauh.

      Kita masih lagi memberi peluang dan ruang.. semua yg dinyatakan di sini, ialah supaya ianya turut sampai kepada yang sepatutnya mendengar sebelum terlambat..

      Semua ini sedang dijalankan untuk menyedarkan supaya kesilapan itu tidak berlaku dengan lebih teruk lagi.

      Delete
  9. Anon 20:33, bincang2 ni, dia nak dengar ke. Tak kan dia tak dengar suara rungutan dari org melayu selama ni.... atau buat2 tak pernah dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia tak faham bahasa Melayu kut? Maklumlah dia kan Ah Jib Gor!

      Delete
    2. Itu masalahnya Tuan Hamba Allah.. apakah tidak cukup yang beliau dengar selama ini?

      Delete
  10. Tukar..!
    Ajib Gor..x boleh pakai..
    Lantik TM Yassin...
    Melayu mampu mengubahnya...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!!

      Jom TUKAR!

      Muhyidin Yassin jadi PM!

      Delete
  11. Apabila kuasa Raja2 Melayu dihakis satu demi satu sejak pemerintahan Mahadhir Muhammad, pihak non-bumiputra semakin gembira yang kuasa orang Melayu yang pernah termaktub dalam perlembagaan semakin menipis. Jika kerajaan tidak kembali hak Raja2 Melayu pada asalnya, nasib orang Melayu akan satu hari tergadai, jika non-bumiputra berjaya membentuk kerjaan di MY.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.