Sunday, 12 October 2014

Kenyataan Media PEMBELA : Tahniah YB Nancy Shukri Atas Ketegasan Menghadapi Kebiadaban Ekstremis Kristian Tempatan

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri di atas ketegasannya mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara di dalam isu pertembungan desakan ekstremis Kristian tempatan melawan Perlembagaan.

Sama ada tidak faham Bahasa Kebangsaan atau tidak faham perlembagaan, kumpulan ekstremis Kristian tempatan terus melancarkan 'crusade' mereka ke atas pemerintah dengan seolah mahu menuntut pemerintah untuk membelakangkan undang-undang.

Penghargaan ini kami rakamkan di atas ketegasan yang ditunjukkan oleh YB YB Nancy Shukri dalam hal ini. Ini jelas merupakan kes pengamalan agama Kristian dalam bentuk tidak bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Meskipun sudah jelas dan mengetahui bahawa Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa lain-lain agama hanya boleh diamalkan dengan syarat mereka bersikap aman dan damai terhadap Islam, kumpulan ekstremis Kristian tetap berdegil menjalankan satu persatu  agenda provokasi ke atas umat Islam atas tujuan dan matlamat tertentu.

Mahkamah Rayuan telah pun memutuskan bahawa nama Allah tidak membentuk sebagai sebahagian dari perkara asas di dalam Agama Kristian. Malang sekali, golongan ekstremis ini masih berdegil dan terus menjalankan tindakan demi tindakan provokasi.

Sebarang bentuk teks atau penerbitan yang jelas melanggar undang-undang serta boleh mengundang sebarang bentuk tindakan yang tidak bersikap aman dan damai terhadap Islam, adalah jelas melanggar syarat kebebasan beragama yang telah ditetapkan di dalan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Maka, apabila YB Nancy Shukri mempertahankan tindakan Pejabat Peguam Negara yang tidak meneruskan pendakwaan ke atas Dato' Ibrahim Ali yang menuntut penerbitan yang melanggar undang-undang dihapuskan, maka kami yakin beliau berdiri teguh di atas prinsip yang benar menurut jalan perundangan negara.

Kami turut ingin merakamkan perasaan kesal kerana kumpulan ekstremis Kristian tempatan dan media dengan agenda ekstremis telah dibiarkan dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang cuba menangguk di air yang keruh dalam isu ini.

Kami juga kesal kerana YB Nancy Shukri dibiarkan oleh rakan-rakan sejawatnya dari kalangan anggota kabinet Islam untuk menghadapi tekanan golongan ekstremis Kristian tempatan tanpa sokongan moral yang cukup. Apakah sudah hilang rijal muslim yang jantan di kalangan anggota kabinet untuk mempertahankan agama mereka yang sedang menghadapi kebiadaban ekstremis ini?

Mana perginya rijal yang sanggup ke hadapan mempertahankan saudara muslimah mereka seperti yang pernah dilakukan para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.?

Kami ingin mendesak pihak berkuasa memberikan perhatian dan memantau tindakan-tindakan menghasut yang sedang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ekstremis tempatan.

Perkembangan terbaru Negara yang baharu sahaja dikejutkan dengan letupan bom yang dilakukan oleh golongan ekstremis kongsi gelap yang sangup berbuat apa sahaja demi mencapai apa yang mereka percaya sebagai betul amat merisaukan pihak kami.

Jika sikap pelampau golongan ekstremis Kristian ini yang berterusan membuat hasutan tidak dibendung dari awal, kami khuatir akan ada dikalangan mereka yang terasuk sikap ekstremisme yang mendalam setelah kerap dihasut akan mula mengambil jalan yang lebih keras termasuk menggunakan kekerasan ala militan untuk mencapai maksud-maksud perjuangan mereka.

Mohon pihak berkuasa memantau kumpulan-kumpulan ekstremis ini.


"Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara"


Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

1 comments:

  1. Hajjah Nancy Shukri dibuli kerana beliau datang daripada Sarawak dan memilih untuk tidak mengagungkan pluralisme seperti yang DAP mahu.

    Mungkib juga dia dibuli kerana tidak mahu melayan permainan politik mereka. Hasutan yang dibuat sesetengah pihak yang memperlekehkan Islam harus dibanteras dengan penguatkuasaan undang-undang!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.