Tuesday, 21 October 2014

Kenyataan Media PEMBELA Mengenai Program Bermesra Dengan Najis Mughallazah

Kenyataan Media PEMBELA
20 Oktober 2014
MENGENAI PROGRAM BERMESRA DENGAN NAJIS MUGHALLAZ



Pembela ingin menggesa pihak Jakim agar memanggil ustaz-ustaz yang terlibat yang kononnya mewakili Islam agar turut dipanggil untuk dikaunseling dan dinasihat oleh pihak Jakim.

Pembela memandang serius akan hal ini walaupun cuba diremehkan oleh pihak penganjur yang mempunyai agenda liberal yang disorokkan.

Pembela juga mengesyorkan agar pihak Jakim membuat satu penjelasan terhadap isu ini melalui program forum atau yang seumpamanya yang melibatkan pihak berotoriti agama seperti pihak Jakim sendiri atau para mufti agar pemurnian dapat dilakukan akibat dari kekeliruan yang sudah dibuat oleh pihak penganjur.

Pihak Pembela juga ingin mencadangkan agar penganjur diambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada termasuk menghadapkan ustaz-ustaz yang hadir dalam program tersebut ke mahkamah syariah untuk diadili kerana kerana seolah dengan sengaja menyebarkan doktrin sesat dengan melanggar fatwa, mengambil sikap bertentangan serta mengambil jalan konfrontasi dengan mazhab Syafie melalui perbuatan mengelirukan masyarakat Islam khasnya di negeri Selangor.

Pembela merayu kepada seluruh umat Islam di negara ini agar berpegang teguh dengan Islam dan ahli sunnah wal jamaah agar musuh-musuh Islam tidak mampu untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Mereka juga disarankan agar lebih rajin menuntut Ilmu dengan para ulama yang berotoriti dan bertauliah agar segala kejahilan dan kekusutan dapat dirungkai, In sya ALLAH.

Kita mendoakan agar mereka yang terlanjur dalam program tersebut diampunkan dosa oleh ALLAH jika mereka tidak faham hukum memegang anjing dengan sengaja dalam Islam adalah haram.

Amin.


Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Apasal orang melayu Islam terhegeh-hegeh nak sentuh najis mughallazah, sedangkan bangsa kiasu sendiri jijik dan geli nak sentuh najis sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi perkara yang lebih elok untuk anjurkan umat Islam sentuh.

      Anjing jugak yang dicari orang2 ini.

      Delete
  3. Saya stuju dgn cdngan pmbela agar pihak jakim brtndak cpt. Jgn tngu smpai nasi jd bubur baru nk salah si anu la atau biar bgitu aja. Ingat Allah swt sdng mmrhati apa yg kita buat untk prthankan agamaNya. - pakdin tanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt setuju Pak Din. Perkara ini ada agenda luberal dibelakangnya.

      Delete
  4. Saya sokong knyataan pmbela supya jakim brtindak dlm prkara ini scept mngkin. Jgn tungu smpai dh trok bru nk buat ssuatu yg mngkin prkara ni dh mrebak dn mmpngaruhi umat islam yg kurng ilmu dlm prkara yg sbrat ini. - pakdin tanjung.

    ReplyDelete
  5. Sedih sangat sangat melihat anak anak dan ibu bapa Islam yang cetek ilmu bermesra sakan dengan anjing sambil diambil gambar dengan gembiranya oleh penghasut penghasut cina di Malaysia.

    Siaran radio dan tv MCA dan DAP pula sebok mengatakan bahawa betapa program tersebut amat berjaya.

    Keluarga kami telah membela anjing bertahun lamanya dan sekarang ini mempunyai 4 ekor anjing peliharaan untuk menjaga kebun dan kawasan tanaman. Tidak pernah kami memegang atau bermesra bersentuhan dengan walau seekorpun dari anjing anjing tersebut. Anjing anjing kami juga diajar untuk tidak memasuki kawasan rumah. Ini tidak bermakna kami tidak menyayangi anjing peliharaan kami, Kami sentiasa bersahabat baik dan mereka senantiasa akur dengan suruhan kami tetapi anjing tetap anjing.

    Golongan wanita Muslim Malaysia nampaknya amat lemah sekali, tanpa lelaki yang bagus, mereka ini semua hanyut daalam kesesatan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.