Sunday, 26 October 2014

Kemaruk Sentuh Anjing, Syed Azmi Alhabsi Dan Shahredzan Johan

Pada awal penganjuran pesta menyentuh najis mugallazoh dalam bentuk anjing secara beramai-ramai baru-baru ini, kami cuba mencari perkaitan antara penganjuran dengan pelbagai bentuk penghinaan ke atas agama Islam dan kepercayaan agama Islam yang semakin menjadi-jadi lewat ini.

Kedudukan Islam sebagai Agama Negara yang harus dihormati sentiasa dicabar lewat ini. Pemain-pemainnya telah kami kenali. Watak-wataknya sentiasa sama dalam setiap drama yang dipanggungkan.


Kontrak Sosial yang menjadi tunjang kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan sedang dihakis melalui serangan bertalu-talu di dalam pelbagai bentuk perkara yang diada-adakan.

Perdebatan sia-sia dan batil mengenai Malaysia sebagai sebuah negara sekular bukanlah sesuatu yang asing lewat ini. Kami telah beberapa kali menegaskan, berhujah dan menyatakan dengan jelas bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam bersandarkan kepada artikel-artikel yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai sebuah negara Islam, negara ini mempunyai akidah Islam yang menjadi pegangannya seak sekian lama. Selama ini ianya dihormati oleh setiap orang yang mengaku bersetia kepada negara.

Yang diPertuan Agong telah diwajibkan bersumpah untuk memelihara Agama Islam pada setiap saat dan masa sepertimana yang diwajibkan di dalam Artikel 37 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pasukan Tentera Malaysia telah bersumpah untuk mempertahankan Yang diPertuan Agong dan institusi-institusi yang berkait secara langsung dengan Yang DiPertuan Agong seperti institusi beraja dan Agama Islam.

Tindakan penganjuran pesta menyentuh najis mughallazoh dalam bentuk anjing ini merupakan satu bentuk penghinaan kepada Islam. Seolah-olah, umat Islam di negara ini kemaruk anjing.

Ini bukan hanya satu bentuk penghinaan kepada umat Islam di negara ini, malah tindakan penganjur juga telah menyapu arang kepada Yang DiPertuan Agong yang diwajibkan memelihara agama Islam daripada sebarang bentuk penghinaan pada setiap masa.

Apa perasaan baginda Tuanku apabila saluran-saluran berita antarabangsa menyiarkan wajah-wajah perempuan Melayu yang beragama Islam pada kad pengenalan mereka, berbaju kuning sedondon bagai satu pakatan, bertudung yang sentiasa difahami sebagai pakaian seorang muslimah, dalam perbuatan sedang ghairah menyentuh anjing di dalam pelbagai pose lalu menggambarkan baginda Tuanku sebagai mempunyai barisan rakyat beragama Islam yang begitu kemaruk anjing.

Bukankah baginda merupakan Ketua Agama Islam bagi Persekutuan ini? Jadi tindakan penganjuran kempen kemaruk sentuh anjing ini merupakan satu bentuk penghinaan ke atas imej dan maruah baginda.

Mengapa mesti anjing?

Bukankah Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem. Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dan Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.

Daripada 175,000 spesis haiwan yang terdapat di Malaysia yang boleh diambil sebagai contoh Islam yang menghormati spesis binatang sebagai umat, kenapa anjing juga yang dipilih penganjur ini?

Kenapa tidak diadakan program menyentuh Binturong sebagai lambang mengasihani spesis itu yang diancam kepupusan? Kenapa tidak sahaja diadakan kumpulan pendesak untuk mendesak diadakan jejantas untuk tapir liar melintas jalan dengan selamat?

Jika tujuannya untuk menghilangkan fobia kepada binatang yang ditakuti, kenapa tidak sahaja diadakan aktiviti Syed Azmi alHabshi menggosok gigi harimau dari dalam kandang sambil disaksikan semua peserta lain dari luar kandang?

Come on lah.. 175,000 spesis haiwan, kenapa anjing juga yang dicari mereka-mereka ini?

Persoalannya kenapa anjing jika ianya bertujuan untuk menggalakkan umat Islam menyintai dan menghilangkan fobia kepada spesis binatang?

Jika tujuannya untuk mengajar umat Islam cara bersuci, masuk akalkah untuk menunjukkan cara umat Islam menyucikan diri dari Najis dengan keperluan menyentuh sendiri najis tersebut dan kemudian ditunjukkan cara membasuhnya kemudian. Jika itu lojiknya, maka perlukah orang seperti Syed Azmi dan para peserta  program tersebut beristinjak di hadapan orang ramai untuk menunjukkan cara bersuci yang betul setiap kali melepaskan hajat?

Fobia Kebebasan Bersuara
Ketika kekusutan memikirkan apa agenda jangka panjang program-program seumpama ini yang tidak masuk akal langsung untuk dianjurkan, datang Syahredzan Johan, seorang peguam terkenal yang merupakan anak kepada Johan Jaafar yang turut terkenal sebagai Pengerusi Media Prima yang mesra kerajaan yang memerintah.


Kehadirannya sebagai peguam semasa sidang akhbar yang dibuat oleh Syed Azmi untuk memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan jutaan umat Islam sedikit sebanyak menjawab banyak persoalan tentang program tersebut. Kami bersepakat untuk mengangguk faham. Tidak perlu berbicara panjang lagi tentang sebarang persoalan agenda dan sebagainya. Cukup dengan kehadirannya di situ.

Cuma, kami berasa kurang senang apabila Syahredzan Johan tidak berpegang kepada apa yang beliau percaya tentang hak kebebasan bersuara apabila mengkritik kritikan tertentu yang dibuat ke atas Syed Azmi dan mereka-mereka yang menganjurkan pesta menyentuh anjing tersebut.

Tidak lama dahulu, Syahredzan Johan dengan kerjasama beberapa pihak, pernah menderaf Rang Undang-Undang Harmoni bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Di dalam RUU tersebut, mereka cuba mengadakan satu bentuk undang-undang yang membolehkan rakyat Malaysia berkata apa sahaja tanpa dikenakan tanpa boleh dikenakan sebarang bentuk tindakan bersifat undang-undang kecuali perbuatan yang mendatangkan ugutan kecederaan atau mendatangkan kecederaan kepada lain pihak. Hak kebebasan bersuara mestilah diberikan seluas-luasnya di dalam deraf awal yang telah dibuat sebelum ini.

RUU tersebut, hasil usaha Majlis Peguam dengan Syahredzan Johan sebagai penderafnya telah dianggap oleh Kerajaan sebagai sebuah deraf yang dilakukan dengan menggunakan pintu belakang NUCC.

NUCC bagi mereka yang sudah terlupa kepada kewujudannya, ialah sebuah majlis tiada beban batu digalas yang ditubuhkan kerajaan yang memerintah bagi tujuan konsultasi perpaduan nasional. Majlis yang terus wujud tanpa menghasilkan apa-apa yang membolehkan masalah perpaduan rakyat dirawat dan masih memerlukan perbelanjaan tertentu ketika rakyat seluruh negara sedang berusaha mengikatperut.

RUU yang dideraf Syahredzan Johan telah ditolak oleh kerajaan. Ia boleh dibaca dalam pelbagai laporan akhbar sebelum ini.

Yang paling memusykilkan kami ialah, kenapa Syahredzan Johan, yang selama ini menjadi johan dan jagoan hak kebebasan bersuara seperti undang-undang yang diderafnya, mahu menyekat kebebasan bersuara pihak lain yang menggunakan hak tersebut sebebas-bebasnya dalam mengkritik penganjuran majlis tersebut? Bukankah mereka tidak mendatangkan kecederaan kepada penganjur dan peserta? Jika ada pun komen berunsur ugutan, apakah benar mereka mempunyai NIAT mengugut dan apakah niat ini sudah dapat dipastikan jelas oleh pasukan peguam sehingga boleh mengadakan sidang akhbar mengkritik komen yang masih belum ditentukan niat sebenar pihak yang mengeluarkan komen?

Deraf RUU harmoni mahukan elemen mens rea , pembuktian kewujudan niat dimasukkan sebagai keperluan pendakwaan di dalam rang undang-undang yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami sentiasa konsisten dengan pendirian yang menyatakan bahawa hak kebebasan bersuara perlu ada hadnya. Dan apabila hadnya dilanggar, maka hukuman dalam bentuk perundangan mestilah dikenakan ke atas mereka-mereka yang melanggarnya. Ini pendirian yang tidak disenangi kumpulan minoriti 6 peratus peguam yang mengundi untuk berjalan bersama Syahredzan Johan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Dari 6 peratus yang mengundi, tinggal kurang 3% sahaja yang mengotakan janji untuk berjalan bersama Syahredzan Johan di Padang Merbok pada 16 Oktober 2014 lalu. 97% ahli Badan Peguam memilih untuk tidak hadir berjalan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

3% peratus minoriti peguam ini mahukan hak kebebasan bersuara sepenuhnya dengan mendesak Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Tetapi dalam kes perempuan-perempuan bertudung dan sepakat berpakaian sedondon kuning ini, seolah-olah tindakan berunsur provokasi mereka, malah boleh dikatakan mendatangkan kehinaan kepada maruah Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negara, perbuatan rakyat Malaysia mengkritik tindakan mereka tidak dapat diterima sekali oleh mereka-mereka yang cuba menjadi juara hak kebebasan bersuara.

Apa hak kebebasan untuk bersuara itu hanya milik Azmi Shahrom seorang sahajakah di dalam dunia ini?

Azmi Shahrom dengan Syed Azmi, Dua Individu Berbeza Tetapi Mempunyai Penyokong Yang Sama
Syed Azmi telah memohon maaf, tetapi damage has been done. Lebih 15 juta umat Islam di Malaysia telah dilukakan hati mereka. Maruah Yang DiPertuan Agong telah dirosakkan melalui liputan al Jazeera kepada programnya di seluruh dunia.

Bolehkah Syed Azmi memanggil semula rangkaian al Jazeera yang membuat liputan program sentuh anjingnya sebelum ini dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan membersihkan maruah Kepala Utama Negara sebagai Ketua Agama Islam Persekutuan untuk disiarkan kembali ke seluruh dunia?

Sehingga itu berlaku, baharulah pendapat dan pendekatan terbaru tentang perkara ini dapat kami berikan.

Menggunakan hujah beliau bersolat lima waktu untuk menghalalkan perlakuan yang jelas silap, adalah satu tindakan yang amat menjengkelkan dilakukan oleh pihak yang cuba berhujah bagi pihak Syed Azmi.

Dan ini bukanlah kali pertama perbuatan solat lima waktu dijadikan hujah untuk menghalalkan sesuatu yang haram dan dilarang di dalam Islam. Sebelum ini, hujah-hujah seperti ini sudah diperkenalkan oleh golongan liberal dan penyokong liberal di dalam negara. 

Lihat sahaja keratan akhbar di bawah ini. Perbuatan golongan transgender yang melakukan sesuatu yang jelas dilarang Islam cuba dihalalkan oleh penulisnya dengan menggunakan hujah bahawa mereka juga bersolat lima waktu.



Tetapi, pihak-pihak sebegini terlupa bahawa Allah menyatakan dengan jelas bahawa solat yang didirikan ikhlas kerana Allah ialah solat yang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al Ankabut ayat 45)

Jika solat lima waktu yang dilakukan tidak dapat mencegah itu semua, maka bermuhasabahlah kembali untuk melihat di mana terdapat masalah sehingga solat yang sepatutnya menjadi pendinding itu, tidak dapat berfungsi dengan baik.




Rujuk Kenyataan Di Bawah Ini:


17 comments:

  1. Masa untuk Majoriti rakyat yang menyokong Kerajaan tunjukkan pada miniroti biadap dan kurang ajar ni arti kata demokrasi yang sebenar!!

    Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kalau demokrasi is in place dengan semua majoriti rakyat yang menyokong kerajaan melakukan apa yang Anak2Haram penyokong pembangkang lakukan selama ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong syeikh. Kita pakat pertikaikn semua kepercayaan selaim Islam dan pertikaikan semua amalan bukan Islam beramai2. Boleh derang terima tak?

      Delete
    2. Harus begitu. Tp bolehkah mereka bertahan jika kita pula melakukan perkara yg sama mempertikaikan apa sahaja tentang mereka?

      Delete
  2. Jelas Encik Ben. Birds of feathers flock together.

    ReplyDelete
  3. Suruh syed azmi buat demo sambung ekor beruang. Baru rasa fobia saya terhadap beruang putus ekor dpt dihapuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm pernah dengar kerja sambung ekor beruang.. hahah..

      Delete
  4. Kebebasan bersuara untuk menunjukkan kelemahan pihak lawan. Bukan untuk mereka. Kebebasan untuk sebelah pihak tetapi bukan pihak yg satu lagi. Asalkan mereka yg bersuara, bebas. Tetapi bila org lain yg membidas tindakan mereka, itu adalah kezaliman dan tidak patut berlaku. Mereka sahaja yg berhak, org yg berlawanan pandangan dan fikiran tidak berhak. Kita kena ikut ajer, itu la kebebasan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebebasan selektif, seolah2 mereka sahaja berhak dengan segala bentuk hak.

      Inilah hipokrasi golongan ini. Bila kena batang hidung sendiri, menggelupur mahu hak diskat.

      Delete
  5. Ben, baik SPRM siasat dan KDN siasat IC mamat-disyaki-puak SODOM ni serta sekoq lagi penganjur betina yg. disyaki PENYAMAQ Islam - betulkah mereka ni Islam; sebab kat Barat pun, umat Islam pun tak buat kerja GILA mcm. ni! Jgn. pula setelah si dua ekoq org. GILA ni nak minta maaf, terus JAKIM/MAIS tak panggil mereka pula, apalagi sekiranya mereka MENIPU dgn. surat MAIS!

    Aku syak dua ekoq ni cepat nak minta maaf sebab dah gelabah kena panggil dgn. JAKIM - nanti mungkin pecah TEMBELANG siapa mereka sebenaqnya dan TUAN si KAPIRDAJAL mana yg. 'sponsor' merka dan anjing-anjing tu!
    Si KAPIRDAJAL yg. PEROGOL-PEROGOL ANJING/dan binatang lain di Barat yg. sungguh ‘MODEN‘ tu, mungkin diPUJA pula si HIPOKRIT BANGANG ni! Inilah jenis otak LONGKANG!

    Lihat cara hidup si KAPIRDAJAL BINATANG BUAS yang MEROGOL ANJING dan pelbagai binatang, termasuk dlm. ZOO khas, di JERMAN/EU/US - di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html, Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013; dan di http://www.examiner.com/article/states-where-bestiality-sex-with-animals-is-legal , States where bestiality (sex with animals) is legal, August 8, 2011!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Makcik. Bukan hanya diperiksa IC mereka, malah pegangan akidah mereka harus disiasat secara mendalam.

      Dakwa mereka kerana menyalahguna surat dari MAIS untuk mengelirukan umat Islam.

      Jangan sampai satu hari nanti, seks dengan binatang juga, seperti yg Makcik kongsikan diangkat sebagai hak kebebasan yang harus dihormati.

      Delete
  6. Sakit hati aku bila Islam & Muslim terus-terusan difitnah. Tak sentuh anjing tak bermakna kami benci anjing. Anjing betoi puak2 liberal ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kurang akalnya golongan ini. Sayang binatang bg mereka harus sampai peluk, cium, makan sekandand dsb.

      Sbg Muslim, kami menolak menyentuhnya tanpa sebarang keperluan mendesak.

      Tidak sentuh bukan bermakna benci. Setiap Muslim menghormati setiap ciptaan Allah.

      Malah muslim menganggap binatang seperti anjing dan lain2 sepertimana umat-umat ciptaan Allah yang lain.

      Delete
    2. Aku ingat kebencian aku kepada Johann Jaafar pen**** tegar b***** UMNO akan tamat disitu tetapi dengan hasil rezki men***** b***** UMNO ini telah keluar pulak baka ...... (ed - maaf, sensor. Marah seklipun harap jangan gunakan bahasa kesat).

      PAS+PKR+UMNO adalah penjilat kapitalis komunis di Malaysia.

      Golongan liberal di Malaysia ini menganggap mereka terlalu pandai sehingga sering mengatakan yang lain tak cukup akal. Sememangnya akal yang berlebihan dan ketaksuban pada diri sendiri menjurus mereka ini kepada kemungkaran dan kejijikan hidup.

      Kita semua perlu bangkit dari dipermainkan oleh semua ahli politik Melayu/Islam longlai yang tak boleh diharap ini. Mereka gila kuasa dan gila harta, gila segala galanya.

      Delete
    3. Setuju dengan saranan Tuan Hamba Allah supaya orang Islam bangkit dari terus dipermainkan ahli politik bernama Islam.

      Tetapi harap tuan tahan diri supaya maki hamun tidak digunakan. Benar, kami faham tuan marah. Kami juga marah. Majoriti umat Islam sedang marah sekarang ini.

      Tetapi jika kita bersikap sebagaimana mereka bersikap, apalah beza antara kita dengan mereka nanti.

      Delete
  7. Salam. Puak kafirin/liberal ni dh mlmpau sngat. Satu dmi stu depa prmain hina islam. Kita dok sabak tp takut larat nk sabak. Krajan ni jgn jd lmbik tkut nk brtidak kras. Apa gna brsmpah pgang jwatan dgn nma Allah nk prthankn islam tp bila islam d hina bisu ssribu bhasa. Tnggu blasan tuhan yg tdak dpt d elak wahai pmimpin yg mngaku islam. - pakdin tnjung.

    ReplyDelete
  8. Assalam. Saya teringat semasa Dato Johan Jaafar dipecat dr jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dahulu. Semua warga kerja di Utusan Melayu sudah faham benar yg beliau org kuat Dato Anwar Ibrahim. Tugas2 menyerang Dato Mahathir dilakukan oleh beliau. Artikel2 yg highlights pembaziran Mahathir spt KLCC diterbit. Penyudahnya beliau dipecat dan diganti dgn Dato Khalid Mohd. Tapi yg peliknya kenapa Dato Johan ni diberikan tempat lg dlm Media Prima oleh Dato Najib? Kita semua masih percaya Johan masih lg tebal sokongannya pd Anwar. Ada kita dengar sebarang komen negatif keluar dr mulut Johan? Najib sengaja gali lubang kuburnya sendiri gamaknya dgn menyimpan begitu ramai musang berbulu ayam.
    Al Ghazali

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.