Wednesday, 29 October 2014

Ke Mana Christopher Leong Mahu Bawa Integriti dan Kredibiliti Bar Malaysia?

Sejak hampir sedekad lalu, Bar Council di bawah pertukaran demi pertukaran Ahli Majlis yang baharu, mula membawa Bar ke arah jurang integriti dan kredibiliti yang semakin terhakis.

Tidak cukup dengan perlantikan Ahli Majlis Badan Peguam yang dipertikaikan sistem pengundiannya oleh Ahli Badan Peguam sendiri, Bar Council kini, semakin hari semakin bertindak seperti sebuah pertubuhan yang lebih banyak meracau dari memberi fokus kepada pengukuhan serta pembangunan berintegiriti badan professional guaman Malaysia.

Dalam EGM terbaharu, hanya kurang 6% ahli badan peguam hadir untuk menyokong agenda pro hasutan dengan bersetuju untuk berjalan dengan Syahredzan Johan, seorang peguam dan merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar Pengerusi Media Prima, untuk tujuan mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. 


Bukan Main Lantang Lagi Hari Tu. Kenapa Senyap Dan Menikus Bila Gopal Sri Ram Menjadi Peguam Anwar Ibrahim? Bukankah Bar Sudah Keluarkan Resolusi Untuk Menghalang dan Melarang Bekas Hakim dari Bertindak Sebagai Peguam? Double Standard atau Memang Tidak Ada Standard Langsung?
Daripada 6 peratus ini yang mengundi ini, hanya kurang 3% daripada jumlah Ahli Badan Peguam mengotakan janji mereka untuk turun bersama berjalan dengan agenda memansuhkan Akta Hasutan 1948 di Padang Merbok pada 16 Oktober 2014. 97% ahli Badan Peguam memilih untuk tidak hadir dan terlibat sama dengan aktiviti syok sendiri golongan minoriti yang seolah cuba merampas nama Bar untuk agenda dengan kepentingan tertentu.

Dalam beberapa keadaan lewat ini, Bar Council yang kini sedang dipimpin oleh Christopher Leong dilihat cuba membawa agenda minoriti peguam untuk bersuara mengikut suara-suara pembangkang. Bar kini seolah-olah menjadi salah satu sayap perundangan kepada parti politik yang menentang kerajaan yang sedang berkuasa, menjadi suara kepada golongan liberal dalam negara dan malah Presidennya sendiri menyokong pihak LBGT unuk tidak didiskriminasikan melalui perundangan negara.

Pertuduhan demi pertuduhan yang menyatakan Badan Peguam terlalu bias bukanlah pertuduhan-pertuduhan liar yang dibuat dengan sesuka hati tanpa ada sebab.

Tiada monyet, masakan pokok bergoyang?

Terbaharu, apabila Bar Council berdiam diri seribu bahasa bilamana bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, menjadi Peguam Bela kepada Anwar Ibrahim. 

Sedangkan umum mengetahui bahawa Bar Council dan Badan Peguam telah secara lantang mengemukakan usul dan membuat resolusi pada 15 Mac 2014, untuk melarang dan menghalang secara undang-undang mana-mana bekas Hakim mahkamah lebih tinggi untuk bertindak sebagai peguam.



Kebisuan Bar Malaysia ini dikecam pelbagai pihak. Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan mengeluarkan kenyataan media menuntut penjelasan Bar Malaysia berkenaan hal ini. Petikan Kenyataan Media beliau boleh dibaca di bawah :

To Media Representatives, Date: 29th October, 2014
Did Malaysian Bar Allowed ex-Federal Court Judge Gopal Sri Ram To Represent Anwar?
I refer to the resolution by the Malaysian Bar passed on 15th March 2014 at its annual general meeting that retired higher court judges be prohibited from representing clients in court.
This is based upon the principle of antiquity in common law jurisdictions that a retired judge of a superior court should not practice as counsel before the judges who were previously his colleagues or his junior to him on the Bench.
Such conduct may involve the retired judge/counsel purporting to rely upon, distinguishing or criticising decisions made by him while he was on the Bench; worse, there could arise a situation of such a retired judge invoking the principle of stare decisis to submit that the Court is bound by some decision of his handed down when he was a judge.
According to the Malaysian Bar, such conduct may also have the effect of intimidating the Bench and worse, it could give the perception that the said retired judge/counsel and his client have an advantage over other counsel and adverse parties.
This may adversely affect public perception as to the administration of justice.
In the appeal before the Federal Court yesterday, Pakatan de facto leader Anwar Ibrahim was allowed to be represented by ex-Federal Court judge Gopal Sri Ram.
This is clearly contrary to the resolution by the Malaysian Bar early this year.
Gerakan Youth urge the Malaysian Bar to clarify whether there was any special exception granted to the Pakatan de facto leader to be represented by an ex-Federal Court judge.
As was argued by the Malaysian Bar to justify their resolution, this matter may affect the public perception as to the administration of justice in our country. The Malaysian Bar should offer a public explanation without any further delay.
TAN KENG LIANG Gerakan Youth Chief

Sekumpulan peguam dan warganegara prihatin juga mengeluarkan kenyataan media mereka mendesak Bar Malaysia membuat penjelasan berkenaan tindakan tidak konsisten Bar Malaysia di dalam kes Bekas Hakim Gopal Sri Ram. Kenyataan kumpulan ini dan pihak-pihak yang menandatangani kenyataan media ini, boleh dibaca di bawah :

Media Statement - Bar Council must make its stand on ex-judge acting as counsel
29 October 2014
The Malaysian Bar in its Annual General Meeting held on 5 March 2014 passed a resolution prohibiting ex-Judges and other former members of the judiciary from representing clients in our Courts as this would amount to breach of principle and convention at play in Common Law.
The said resolution was passed as a response to former Federal Court Judge Dato Seri Gopal Sri Ram, to act as counsel in a constitutional case.
Yesterday and suddenly out of the blue we hear that Dato Seri Gopal Sri Ram has agreed to act and has indeed acted for Anwar Ibrahim in the Federal Court and the President of the Malaysian Bar maintains a deafening silence which can only be described as hypocritical to say the least in the face of the actions of DS Gopal Sri Ram and the Bar Council has failed to comply with their own resolution in this matter.
We therefore urge the Bar Council to issue a statement in line with their resolution passed at their 68th AGM. The Bar Council's silence is a contradiction of their own commitment to uphold justice without fear or favour.
It is not proper for the Bar Council to have two sets of principles that differ when Anwar Ibrahim is involved and the credibility of the legal profession is surely tarnished by such hypocritical actions.

Faidhur Rahman Abdul Hadi Advocate & Solicitor
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz Advocate & Solicitor
Datuk Zulkifli Noordin Advocate & Solicitor
Dato' Haji Abu Bakar As-Sidek Bin Dato' Haji Mohd. Sidek, Advocate & Solicitor
Azril Mohd Amin Advocate & Solicitor
Mohammad Yahya Bin Zakaria Advocate & Solicitor
Zamzuri Mohamed Tahir Social Media Activist
Farah Nadiah Zainudin Advocate & Solicitor
Suariza @ Hidayah bte Muhammad Pegawai Dakwah & Kebajikan PERKIM
Aidil bin Khalid Advocate & Solicitor
Mohamad Rafi Awg Kechik Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia
Nazira Abdul Rahim Advocate & Solicitor
Ahmad Soffian Mohd Sheriff Secretary, Shah Alam Welfare Association
Nazriah Shaik Alawdin Advocate & Solicitor
Reza Rahim Advocate & Solicitor
Nadiah Hanum Md Nadzri IT Executive
Suhaimi bin Adnan Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia
Mohd Fauzi bin Anuar Pengerusi Belia Taman Gemilang, Sepang.
Kamsani bin Kamarudin Pengerusi Belia kg Sri Aman, Puchong.
Sallehuddin bin Abdullah AJK Belia 4B Labohan Dagang, Banting.

Apakah Bar Malaysia sedang dirosakkan integriti serta kredibiliti pertubuhan itu oleh kumpulan anai-anai perosak?

Persoalannya di mana integrity serta kredibiliti Bar Malaysia jika resolusi yang diluluskan mereka sendiri tidak dipertahankan mereka di dalam kes Bekas Hakim Gopal Sri Ram ini?
Kepimpinan Christopher Leong bersama Ahli Majlis Bar terkini seolah sedang membuat kerosakan yang mungkin sukar dibaiki kepada imej Bar Malaysia sebagai Badan Peguam yang berkecuali.

Melainkan mereka keluar dengan kenyataan menegakkan prinsip berpegang kepada resolusi yang telah dibuat pada 15 Mac 2014, maka selagi itu belum dibuat, kredibiliti serta integriti Badan Peguam bolehlah dianggap sebagai tidak membawa apa-apa nilai yang boleh dibanggakan.


10 comments:

  1. Apa nak heran ben. Ni biro undang2 PKR. mestila diam mcm sang pengecut. nampak sgt dah ni bias terang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula nampak bias sejak zaman Khutubul Zaman Bukhari memegang kerusi Presiden..

      Delete
  2. Dengar kata Gopal Sri Ram ada connection dgn Ambiga bekas presiden Bar? Betul ke?

    kalau betul, bukan ke ni nepotisme dan kronisme dlm pentadbiran Bar?

    Ada sapa2 bley tlong jwb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesiapa boleh tlg Tuan Hamba Allah di atas untuk confirmkan connection dengan Pengerusi Bersih yang mendapat dana dari luar negara?

      Delete
  3. Ambiga pun senyap seribu bahasa! Bar Council ada elemen subversif. Anti Malaysia. Treasonous terhadap YDP Agong!!!

    Anwar kata Gopal Sir Ram tawar diri dan ikut kata 3 lawyers seperti Faithful, Aidil dan rakan-perbuatan itu menyalahi legal profession act? Bar Council komen skit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Bar mesti keluarkan kenyataan tegas!

      Delete
  4. Gopal Sri Ram pak sedara Si Ambiga. Kemain suka dgn aktiviti ehem ehem tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah mana pergi semua peguam utama Muslim dalam team Anwar Ibrahim.. mgkin dah sedar.. Wallahua'lam..

      Delete
  5. Bar council ni adalah alat pmbngkng. Mreka seolah2 pakar undang2 dn mreka sjalah btul. Apa krjaan buat smua tk btul (bkn msuk sblh krjan) tp realitynya gitu. Dpa tkn krjan hpus akta hsutan tp bla dapig fitnh prsiden isma dn pntak charge d bwah akta brknaan bar council jdi mcm monyet pkak dn bisu. Ni trbaru kes al juburi bla bkas hakim jd pguam pngamal lgbt yg mreka putus dlm resolusi mreka mreka jd monyet td. Puak2 mcm ni klau dpa mmrentah mmpus rakyat blaka. Kita rakyat jgn prcaya maknusia mcm ni dn jka mna2 dri mreka jd calun bg pkatan fikir2 sndiri apa akn trjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah menjauhkan mrk daripada memegang sebarang bentuk kuasa di bumi bertuah ini Tuan..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.