Friday, 10 October 2014

Karpet Merah Saifuddin Abdullah Untuk Penghina Allah, Rasul dan al Quran

Ketua Umum PKR bertemu Bekas Calon Ketua Umum NU

Di Indonesia, tokoh ini dianggap sebagai Pengasong Sepilis (sekularisme, pluralisme dan liberalisme). Dia dijemput ke sini untuk bertindak sebagai Algojo "Pemenggal" Golongan Agama. Berbeza dengan cara ISIS (International Syaitan) memenggal musuh-musuh mereka melalui mata pedang dan kekerasan, Ulil menggunakan lisan dan penulisannya yang lancang, menaburkan peluru-peluru hujah yang setiap dari masanya menyasarkan sistem agama dan tokoh-tokoh agama demi upahan dari pemain boneka dengan cita-cita tertentu.

Beliau gemar beragumentasi. Bukan secara wajar, tetapi demi meraih publisiti. Secara mudah, publisiti umpama buku rekod laporan yang paling mudah untuk dipersembahkan kepada political master mereka supaya dana tetap turun bagai hujan yang lebat pada setiap saat dan masa.

Kenyataan demi kenyataan kontroversi dibuat kerana orang sebegini faham, kontroversi ialah jalan mudah untuk mencapai strategi promosi pemikiran dengan lekas. Beliau sendiri mengakui, tulisannya memang bersifat provokatif. Bijak mempakejkan sesuatu yang bobrok di dalam persembahan serta kosmetik tebal berisi lenggok bahasa bernada modernis dan reformis, tetapi yang nyata tujuannya sama dengan apa yang dilakukan pelampau liberal di sini iaitu bermatlamatkan dekonstruksi agama.

Mereka di sini adalah untuk mencapai satu matlamat yang destruktif. Sistem nilai dan pegangan yang telah sejak sekian lama dipegang umat Islam di seluruh dunia dan rantau ini harus ditanggalkan. Lebih mudah menanggalkannya dari dalam daripada melakukan apa yang Amerika dan sekutunya lakukan untuk menanggalkan Islam melalui ISIS di Timur Tengah.

Meminjam gaya kata-kata Mahmud Ahmadinejad, antara ISIS dan  pelampau liberal, mereka adalah dua ekor cicak pada permukaan siling yang sama.

Jaringan pelampau liberal adalah satu bentuk jaringan serantau. Ia terbukti apabila Saifuddin Abdullah, begitu galak menggunakan wang rakyat Malaysia yang mendanai Global Movement of Moderates menjemput tokoh dengan aliran pemikiran yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Ulama Indonesia dan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apa sebenarnya yang dimahukan Saifuddin? Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan Saifuddin dengan membentangkan karpet merah kepada program-program yang mensasarkan Islam dan sistem pegangannya ke arah kiblat dekonstruksi?

Apakah ini yang dimahukan Najib Tun Razak melalui perlantikan Saifuddin Abdullah mengetuai gerakan menghabiskan wang rakyat atas nama Global Movement of Moderates?

Sepertimana yang dinyatakan pengkritik gerakan Islam Liberal di Indonesia :

Semua pemikiran dan gagasan yang dilontarkan oleh kelompok Islam liberal dilemparkan begitu saja dihadapan publik, tanpa basis metodologis yang memberikan jalan bagi setiap orang untuk dapat menguji dan memverifikasi validitas pemikiran dan gagasan itu. Yang terjadi adalah gagasan dan pemikiran itu sifatnya lontaran sesaat, sekedar mengagetkan pembaca dan melawan mainstream utama ortodoksi yang kita anut selama ini. (1)

Sejak beberapa hari lepas, satu persatu blog dan laman maya menunjukkan betapa Ulil Abshar Abdalla, telah bertindak ala algojo dengan menghukum agama ini sebagai menjaja kisah dongeng, ketinggalan zaman, terperuk dengan sistem nilai yang sepatutnya harus terpakai di Arab sahaja dan pelbagai penghinaan yang lain.

Kita kenal siapa Ulil Abshar Abdalla dan siapa pihak-pihak di belakang dan di dalam jaringannya. Kita kenal siapa Saifuddin Abdullah dan siapa pihak-pihak dibelakang dan di dalam jaringannya.
Tetapi, kita semakin tidak kenal dengan Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri kita yang menatang Saifuddin dan kebobrokan GMM bagai minyak yang penuh di kala minyak tangki petrol rakyat tidak cukup penuh.


Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang harus diambil dengan segera.




(1)http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/32/jtptiain-gdl-s1-2004-aniktriyan-1558-bab3_419-3.pdf

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.