Friday, 31 October 2014

Jelajah Malaysia Tanpa Liberal & Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ancaman pembohongan golongan Liberal di Malaysia tidak pernah diambil enteng. Segala usaha sedang dilakukan di pelbagai peringkat untuk memastikan pembohongan serta bahaya pembohongan golongan ini dimaklumkan kepada rakyat Malaysia.

Kerap kalinya, sesuatu negara itu runtuh ketika mana rakyatnya alpa dan tidak bersedia dengan serangan halus yang sedang meresapi serta meruntuhkan kekuatan pertahanan negara. Apabila kekuatan dari dalam ini longgar, maka ia membuka pintu peluang kepada musuh-musuh Islam untuk masuk dan menguasai negara.

Orang Melayu Islam di Malaysia dikira masih bernasib baik menjadi tempat perlindungan orang Melayu Islam serta ketamadunan Melayu Islam selama ini. Melayu ditempat-tempat dan negara-negara Melayu yang lain seperti Filipina, Singapura, Kemboja, Selatan Vietnam, Selatan Thailand, Taiwan, Selatan Jepun dan pulau-pulau di Laut Teduh, kini tidak lagi dikuasai oleh orang-orang Melayu.

Budaya dan agama mereka dikekang dan disekat-sekat. Mereka terpaksa melakukan adaptasi kepada penjajahan luar yang menekan jati diri asal mereka.

Tetapi, kekuatan Melayu Islam di Malaysia yang selama ini kita lihat sebagai selamat, kini sedang diancam dengan hebat. Musuh-musuh umat ini kini menghantar agen-agen perosak mereka menyerap masuk ke dalam masyarakat kita untuk melakukan kerosakan dari dalam.

Budaya pemikiran SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) kini sedang disebarkan sebagai wabak yang semakin deras menjangkiti masyarakat.

Persoalannya, apakah kita mesti diam dan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menyedarkan orang-orang di sekeliling kita tentang bahaya yang sedang melingkari serta menunggu masa untuk meruntuhkan semua kekuatan yang kita bina sejak ribuan tahun yang lalu?

Atas sebab prihatin dengan nasib agama dan negara ini, pihak GABUNGAN BELA HAK INSAN PULAU PINANG (GABUNGAN), sekali lagi meneruskan aktiviti JELAJAH MALAYSIA TANPA LIBERAL di kawasan Utara Semenanjung Tanah Melayu.

Mensasarkan kawasan tumpuan orang ramai yang dikunjungi rakyat biasa yang mungkin selama ini tidak terdedah dengan maklumat tentang bahaya-bahaya SEPILIS, ahli-ahli GABUNGAN turun padang untuk menyampai risalah demi menjalankan tanggungjawab untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.




Semoga usaha ini mengeluarkan mereka-mereka yang mengorbankan masa, wang ringgit, tenaga dan keringat demi Allah pada jalan ini, mengeluarkan mereka dari golongan yang sentiasa kerugian sepanjang perjalanan masa.

Mengharapkan balasan ganjaran dari Allah, sentiasa dan sudah semestinya yang terbaik.

Lebih 600 keping risalah dengan tajuk utama Malaysia Tanpa Liberal, Hayya Ala Solah, Kempen Menutup Aurat, Wajib Mempertahankan Kalimah ALLAH dan Menolak Tuntutan Songsang Pengkhianat COMANGO diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung di kawasan Pasar Malam Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ini merupakan usaha berterusan dan dijalankan dengan jalinan kerjasama NGO-NGO Islam yang semakin bergerak aktif menyediakan umat ini dengan pertahanan serta membina kemampanan untuk berhadapan dengan isu serangan demi serangan ke atas Islam ini secukupnya.

Daulatkan Islam Sebagai Agama Negara/Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI)
Sebelum dari itu, satu seminar dengan penumpuan tajuk Daulatkan Islam Sebagai Agama negara telah dianjurkan oleh Yayasan Murni Akidah telah bertempat di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan di kawasan Utara.

Beberapa tokoh pejuang dari NGI-NGI  dijemput untuk memberikan pencerahan tentang isu semasa yang sedang mendepani negara. Antara yang dijemput dan meluangkan masa untuk membentuk generasi pemampan kepada ancaman yang sedang melanda umat Islam ialah Tuan Azman Ariff dan Tengku Rozaidin (Yayasan Murni Akidah), Tuan Azril Mohd Amin CEO dari CENTHRA/MUslimUPro yang terlibat dengan perjuangan menentang usaha COMANGO dalam Semakan Berkala UNHCR, Dr Fauzi Syafie dan Ustaz Hafiz Nordin (Pengerusi PEMBELA) dan juga merupakan penaung Bangkit.Info.

Fokus pembentangan dan perkongsian diberikan kepada ancaman yang sedang menerobos masuk ke dalam negara ke atas akidah Islam. Hampir lebih 200 pelajar menghadiri sesi pencerahan dan pembentangan tersebut.









Tamat, ia tidak berakhir di situ. Satu sessi TOT bersama kumpulan kecil diadakan supaya mereka-mereka yang aktif berjuang menentang gerakan SEPILIS di negeri ini diberikan pendedahan terkini tentang apa yang sedang dan bakal berlaku di dalam negara. Sesi diadakan berhampiran ibu pejabat GABUNGAN negeri Pulau Pinang.




Semoga lebih ramai dan lebih banyak NGI dan pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kepakaran masing-masing tampil aktif menyedarkan serta mempersiapsiagakan umat ini dengan keupayaan pertahanan serta kekuatan menggempur segala bahaya yang mendatang.

Kepada Allah kami berserah dan kepada Allah kami serah keputusan untuk segala usaha yang dilakukan ini.

6 comments:

  1. Alhamdullilah semoga usaha kalian di utara mendapat rahmat Allah SWT. Sama-sama kita berjuang menentang SEPILIS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Amin, Amin YRA..

      Sama2 kita berjuang menentang SEPILIS.. In Sya Allah.

      Delete
  2. and...

    SIS did it again...

    A Muslim women’s group is set to file a legal challenge today against a fatwa, or religious edict, by the Selangor Islamic Religious Council (Mais) declaring any persons or groups “professing liberalism or religious pluralism” as “deviants”.
    The challenge will be filed in the Kuala Lumpur High Court jointly by SIS Forum (Malaysia) Bhd ― commonly known as Sisters in Islam ― together with several individuals who have been labelled “liberals” before, including prominent feminist Zainah Anwar and former law minister Datuk Zaid Ibrahim.

    hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAIS must not budge and fight the case head on. We remember how the liberals in PAS immediately succumb to SiS threat during the early days of S!angor under the pakatan regime. The fight against those who profess the SEPILIS school of thought must never be intimidated by any kind of threat.

      History has taught us that if we are strong enough to hold on to our ground, nothing will defeat us no matter how strong the pressure they try to put on us.


      “Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

      Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”

      آل عمران‎ : Surah Al ‘Imran (3:173)

      Delete
  3. Nama je Sister in Islam tp tiada cerminan islamik

    yup “Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

    sampai bila nak bertelagah sesama muslim

    i am so frustrated..

    Kenapa tak buat dialog dan berlapang dada

    tak paham

    tak paham alter ego kumpulan liberalis

    nak sampai ke mana dorang ni

    nak apa sebenarnya

    ________________________________

    Hari ni sakit hati tgk kartun sinis dalam metro

    Isu budak2 cina tak boleh cakap Melayu

    boleh plak pihak yg satu lagi cakap dgn ayat mengutuk lah para jurulatih ni takdak daya saing sbb tak boleh comunicate dlm bhasa org putih

    Paham ke tidak akhbar itu...isu ini

    kebodohan yang sangat bahalol dok d Tanah Melayu tp taktau cakap Melayu

    Memalukan

    golongan ini memalukan

    ada plak yang menangguk di air keruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalahnya dgn kepimpinan dan sebahagian besar dgn kita.. keterbukaan tidak kena tempat sedang dianuti hatta oleh gol agama (liberal sebenarnya) sehingga mengelirukan rakyat.

      Cukup2 lah Majlis Fatwa berikan statement.. tak perlu pihak lain menyibuk. Jika terlalu pandai, mohon jawatan untuk menggantikan ahli Majlis fatwa jika terlebih kelayakan.

      Perbincangan isu agama tidak boleh dibuat secara terlalu santai dan mudah. Ia perlukan penelitian mendalam dan biar ianya dibincangkan dengan mendalam oleh mereka2 yg ahli nya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.