Sunday, 19 October 2014

Hipokrasi Badan Peguam Malaysia : UK Bakal Kenakan Hukuman Lebih Berat Untuk Komen Tidak Bertanggungjawab Internet

Internet troll dan perbuatan menghina atau menyalahgunakan media sosial bakal dikenakan hukuman lebih berat di UK. Itu yang dilaporkan oleh BBC.

Itu yang dinyatakan oleh Setiausaha Kehakiman, Chris Grayling. Ia berikutan serangan dan pembulian siber yang dialami oleh seorang selebriti, Chloe Madeley.

Beliau dibuli melalui pelbagai jenis troll dan kemudiannya ugutan  di laman sosial disebabkan pendiriannya mempertahankan komen ibunya mengenai satu kes rogol.

Pengguna internet yang marah dengan tindakan Madeley telah melambakkan pelbagai jenis komen menghina, mencerca termasuk mengugut untuk melakukan sesuatu yang tidak elok keoada selebriti tersebut.

6 Bulan Penjara Tidak Cukup

Grayling menyatakan bahawa hukuman sedia ada iaitu penjara 6 bulan tidak cukup untuk mengajar samseng-samseng siber ini.

Beliau mencadangkan hukuman ditingkatkan 4 kali ganda dengan mencadangkan hukuman 6 bulan kepada 2 tahun penjara.


Itu di UK, di Malaysia, Badan Peguam sedang berhalusinasi semua itu merupakan hak yang perlu dibenarkan.

Kroniknya halusinasi mereka sehingga sanggup menjemput negara luar termasuk Amerika Syarikat dan badan-badan tertentu di UK untuk mengkritik Malaysia kerana mempunyai undang-undang yang menyekat penyalahgunaan hak kebebasan bersuara.

Kita sedang menunggu "news release" dari Kedutaan Amerika di Britain yang mendesak UK untuk menghormati hak kebebasan bersuara dan mendesak UK membatalkan semua bentuk hukuman ke atas sebarang bentuk kebebasan bersuara yang diamalkan melalui semua jenis media.

Kita juga mendesak Majlis Peguam Malaysia untuk menulis surat kepada kerajaan UK untuk menghapuskan semua undang-undang yang menghalang semua bentuk penyalahgunaan hak kebebasan bersuara di sana.

Jika Majlis-Majlis Peguam negara yang lain boleh menulis untuk menentukan undang-undang negara kita, kena mesti Majlis Peguam Malaysia takut untuk bersuara menyuruh UK berbuat perkara yang sama?

Penakut atau mengalami inferiority complex??




5 comments:

  1. Badan Peguam ada sindrom minority complex!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul n setuju Tuan Hamba Allah…

      Minority complex.

      Hanya 6% sokong EGM. Tinggal kurang 3% sj ikut jalan bersama Christopher leong di Padang Merbok hari tu.

      Delete
  2. Ben,dua2 btul dpa ni smseng kg aja. Bila ada uphan mna brani komen orang yg dok suap kt depa. Trget depa adalah islam yg orang mlayu sdng prthankn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan hamba Allah.. Lumrah ******* , mana bisa berani menyalak tuan sendiri.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.