Tuesday, 28 October 2014

Hikayat 2,000 Kecaman dan SMS Ugutan Bunuh Dan Kosong Laporan Polis?

Telah dihikayatkan di dalam satu sidang media di negeri Bersultan Melayu, aktivis pro kumpulan melayu kemaruk sentuh anjing dan pemain utama aktivis Pro Hasutan duduk semeja menyampaikan ceritera.

Adapun ceritera ini bermula apabila sebuah negeri Melayu telah diperkosa adat dan dicarik fahaman agama setempatnya.

Segalanya bermula di Malaysia, sebuah negera yang dicatatkan  mempunyai 175,000 spesis fauna dalam suasana negara yang penuh dengan kepelbagaian bio.

Dalam 175,000 spesis fauna yang terdapat berkeliaran di Malaysia, tidak satu pun yang berkenan di hati oleh kumpulan pelik ini untuk disentuh dan dibelai malah dibuat subjek pelajaran tertentu.

Daripada keseluruhan 175,000 spesis ini, terdapat sekumpulan kecil spesis fauna yang telah Tuhan yang menciptakan mereka kelaskan sebagai spesis yang perlu dielakkan sebarang bentuk sentuhan jika tiada keperluan mendesak.

Sentuhan dengan spesis ini memerlukan carta pembersihan yang khusus. Tidak seperti menyentuh labi-labi, mentibang laut, burung cak rumah dan lebih 175,000 spesis fauna lain di Malaysia yang tidak memerlukan cara khusus untuk pembersihannya.

Pendapat mazhab Syafiee di Malaysia menyatakan spesis itu dikategorikan sebagai najis mugallazhoh jika tersentuh di dalam keadaan tertentu.

"Apa? Najis Mughallazoh? Kami nak yang itu... Kami nak yang itu" Mungkin itu kata mereka.

"Jangan Adik-Adik, jangan! Kita tak boleh sentuh spesis tu!" Ramai yang cuba menasihatkan mereka supaya berhati-hati dengan perkara ini. Tetapi, mereka tetap berdegil mahu menganjurkannya.

Najis mughallazoh bukan papadom Adik-Adik. Bunyinya memang bombastik. Tetapi hakikatnya, ia adalah najis. Najis mughallazoh ialah najis berat yang memerlukan cara khusus untuk menyucikan diri jika tersentuh atau sengaja menyentuhnya.

Tetapi nasihat dan panduan seperti ini tidak dipedulikan Adik-Adik ini. Lantas acara menggomol anjing itu pun berlangsunglah.

Kemudian apabila pecah berita kepada rakyat jelata bahawa begitu banyak anjing yang digomol para wanita berbaju kuning, maka gegak gempitalah seluruh rakyat.

Ada yang marah. Ada yang memberi nasihat. Ada yang mengecam. Malah ada pula tokoh agama graduan Oxford membuka al Quran mencari-cari ayat mengenai anjing supaya boleh dianjingkan mana-mana ulama' yang tidak sependapat mengenai halatuju acara liberal ini.

Kelam kabut jadinya. Acara itu cuba di'kosher'kan dengan menyatakan ianya dibuat untuk mengajar cara membersihkan diri setelah menyentuh anjing. Lalu rakyat jelata pun masuk berpusu ke laman sosial acara tersebut mencari gambar para peserta belajar menyucikan diri jika berlaku kes tersentuh anjing.

Yillek.. Tiada kelihatan gambar prosedur menyucikan diri dipamerkan. Yang ada berkeping-keping ialah gambar-gambar perempuan-perempuan berbaju kuning berkad pengenalan Islam menggomol anjing seolah-olah anjing-anjing yang ditemui mereka pada hari itu, sama tahapnya dengan terjumpa burung Dodo yang baru bangkit semula dari kepupusan.

Saya Dodo. Tidak lama lagi, Melayu akan pupus seperti saya.

Apabila seluruh negara marah, maka bermulalah episod permohonan maaf dalam satu modus operandi yang kita rakyat Malaysia sudah muak melihat ia dipanggungkan.

Bersama aktivis Pro Hasutan, Syahredzan Johan, anak kepada Johan Jaafar Pengerusi Media Prima yang bertindak sebagai peguam, dihikayatkan di dalam sidang media tersebut bahawa penganjur kempen kemaruk sentuh anjing itu telah mendapat ancaman bunuh.

Jika benar diugut bunuh di dalam mesej elektronik yang dihantar dalam jumlah yang mencecah lebih 2000 mesej, kenapa tidak ada laporan polis dibuat mengenainya?

Ini yang memusykilkan rakyat jelata secara amnya.

Betulkah cerita tersebut, atau hanya sekadar satu bentuk hikayat yang diada-adakan. Jika benar ada ugutan, sila buat laporan polis. Kami juga tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang melanggar mana-mana undang-undang negara.

Selagi tiada laporan polis, selagi itu perkara ini akan dianggap sebagai satu hikayat oleh pihak-pihak yanh sengaja mahu mempotretkan umat Islam sebagai umat yang tidak rasional.

13 comments:

  1. Ketawa terbahak-bahak gue jadinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawal diri tuan. Kita mesti bangkit melawan segala bentuk fitnah dan penipuan yang cuba dilemparkan ke wajah kita.

      Delete
  2. Semoga ALLAH memberkati usaha Syed Azmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya Allah yang mana satyu yg tuan Profit maksudkan?

      Apakah Allah sptmana yg Dia menggambarkan diriNya di dal surah Al Ikhlas..

      Atau Allah yang difitnah Rev Murphy Pakiam dan golonghan liberal sebagai merujuk tuhan tiga dalam satu, beranak pinak yang mahu digunakan oleh pelampau Kristian tempatan.

      Mohon pencerahan.

      Delete
  3. Boddo sangat bdak kecik tu... kene main dgn komunis jaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah pada kesalahan yg dibuat budak tu. Jangan dimarah budak tu tuan. Itu cara kita.

      Delete
  4. Standard org malaysia...mintak maaf aje ok kah...apa nak kecoh byk kes mcm tu hina dan sebagainya lps tu mintak maaf tutup kes....hahahah....ternyata org melayu memang bodoh dan senang diperbodohkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bodoh tuan. Org Melayu terlalu baik. Sehingga adca kalanya terlalu baik mereka sehingga tidak kena tempat.

      Delete
  5. Salam. Pesta anjing ni adalh grak lngkah yahudi laknatullah mmcahblahkn ummah. Barua2 mreka adalh sprti pnganjur, loya buruk dn golongan munafik. Allah swt mingatkn kta puak yahudi/nsrani tak akan brdiam diri slagi umat islam tsk ikut milah mreka. Jd skrang kta kna brhati2 krna musuh islam mngkin brada dlm selimut kta. Pmpinan ngo islam kna duduk smeja mrncng ssuatu mnyerng mreka bkn kta duduk brthn aja srngan mnghina islam d lkukan mreka. Kita ni ckup lmh nk buat ssuatu tndkn. Ayoh bngkit buat ssuatu dmi islam.-pakdin tanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Pak Din.

      Tuan Hj org lama dalam gerakan Islam dan lebih faham kenapa sampai hati ini kita susah nak bersatu atas satu dasar perjuangan. Ini kerana masing2 ego dgn pertubuhan masing2.

      Jika kumpulan Pro Anjing, Pro Hasutan, Yajudi dan Nasrani serta kafir harbi boleh duduk dalam satu barisan bersama, kenapa kita tidak.

      Kita akan perbaiki penyakit ini sedikit demi sedikit. Penyatuan semua pejuang Islam adalah wajib dilakukan segera.

      Kita aemua harus tangkas bangkit melawan kejahatan serta agenda2 sesat yg cuba dipaksakan ke atas umat.

      Masa utkmnyerlalu defensif sudah berakhir.

      Sptmana yg sering kami bentangkn selama ini, gerak kita kita semua pejuang2 Islam akan disusun dalam satu rentak baru dan bergerak di dalam kerangka menghormati perlembagaan,prinsip ruikun negaradan undang2 negara. In Sya Allah.

      Seruan Pak Din akan kami pastikan ia berlaku. In sya Allah.

      Delete
  6. Encik Ben.

    Kan baik kalau syed azmi buat event "Saya Mahu Berenang Dengan Labi-Labi".

    X ada sape nak marah dia kalo wat event mcm tu. Saya pown sokong syed azmi masuk berenang satu kolam dengan labi-labi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoila... Sakit perut aku.. Rotfl

      Delete
  7. Salam ben. Mnjwb mngapa kta ssah nk brsatu bkn krana ego ttp mreka tidak brpgng dgn kitab suci al-Quran dn as-Snnah yng mnjadi tras dlm smua aspek kehidupn kita. Klau brcramh atau apa2 progm islam mreka brucp mngaitkn islam sbagai retorik untk mnyedap tlinga hadirin sja. Mreka tidak ikhlas. Mreka klau brjuang pn bkn krana Allah swt ttp krana pngkt, kwangan dn kuasa aja. Inilah yg sya nmpk sikap para pmimpin kita. Maaf trpksa kata bgini. Islam will be the last item dlm agenda mreka. Ini yg sya nmpk apa yg sdng brlaku skrng.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.