Friday, 17 October 2014

Halusinasi Kronik : Suara Zaid Ibrahim Suara 2 Billion Umat Islam?



Terkhayal dengan todi publisiti di bulan Oktober, Zaid Ibrahim bekas graduan undang-undang sebuah institut yang didirikan melalui dasar affirmatif kerajaan, ITM, tiba-tiba mengalami gangguan kesedaran lantas mengangkat dirinya menjadi jurucakap umat Islam di seluruh dunia.

Beliau menyatakannya di dalam penulisannya yang dipungut oleh sebuah portal bahawa tindakan Putrajaya menghalang kemasukan Ulil Abshar ke Malaysia memalukan orang-orang Islam. Kami tidak pasti siapa yang melantiknya untuk bercakap mewakili 2 billion umat Islam di seluruh dunia. Yang pasti kami, majoriti umat Islam berbangga dengan tindakan berani Putrajaya (walaupun lambat, lepas diketuk baru hendak berjalan) untuk menghalang kemasukan elemen-elemen ekstremis liberal ke dalam negara.

Bekas Graduan ITM, sebuah Institut yang ditubuhkan melalui dasar affirmatif negara.

Yusuf al Qaradawi, pujaan Anwar Ibrahim sekali pun tidak pernah mengaku dirinya mewakili suara umat Islam seluruh dunia. Mungkin ke’aliman Zaid Ibrahim sudah mencecah kaki langit. Ia sehinggakan beliau merasa setiap apa sahaja yang keluar dari mulutnya, ialah suara 2.0 billion umat Islam di seluruh dunia.

Halusinasi ini perlu dikekang. Dia perlu disedarkan bahawa hanya dia dan beberapa kerat rakan ekstremis liberalnya sahaja yang berpendapat sedemikian.

Beliau bercakap seolah-olah kebebasan bersuara itu adalah hak mutlak dan perlu diberikan tanpa batasan. Tetapi kita tidak lupa peristiwa apabila A Kadir Jasin disaman oleh beliau kerana menulis sebuah artikel bertajuk "“Zaid, the Hurricane Haiti of PR” yang mencadangkan Zaid Ibrahim sebagai pengacau dalam PKR.

Tidak senang dengan hak kebebasan bersuara yang diamalkan A Kadir Jasin, tindakan saman diambil untuk menghentikan pendapat yang Zaid Ibrahim kira sebagai tidak benar untuk menggambarkan siapa dirinya. Tindakan saman ke atas A Kadir Jasin juga seolah-olah menunjukkan bahawa Zaid Ibrahim sendiri bersetuju bahawa had kebebasan bersuara perlu ada hadnya.

Jadi, kenapa perlu ada double standard dengan menganggap Putrajaya tidak punyai hak untuk menghalang kemasukan Ulil Abshar, tokoh dengan aliran pemikiran yang telah difatwakan sesat oleh Malaysia dan Indonesia?

Ke mana sahaja beliau pergi, beliau sama ada tidak disenangi, diboikot atau dipecat. Bersama UMNO, oleh kerana terhalusinasi dengan idea-idea liberal lapuknya, beliau akhirnya dipecat secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau kemudiannya memasuki PKR yang dipimpin secara tidak demokratik oleh Ketua Umum (KETUM PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dengan KETUM yang mempunyai aliran pemikiran liberal yang menganggap undang-undang liwat sebagai undang-undang arkaik dan nama Allah boleh digunakan oleh Kristian, PKR seolah tempat yang subur untuk idea serta pemikiran liberal Zaid Ibrahim berkembang.

Tetapi beliau tidak lama di situ. Parti yang sangat liberal ini juga tidak mampu bertahan dengan tahap keliberalan Zaid Ibrahim. Beliau mengkritik partinya atas pelbagai sebab dan akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kemudiannya menubuhkan parti KITA.

Parti KITA pada asalnya merupakan serpihan PAS yang menggunakan nama AKIM (Angkatan Keadilan Insan Malaysia). Bersama parti yang telah diubah menuju halatuju baru ini, Zaid Ibrahim bersama calon-calon KITA telah diletakkan untuk menawarkan diri bagi mewakili suara masyarakat di dalam kempen PRU 13.

Melalui pilihanraya ini, jelas hasrat Zaid Ibrahim menawarkan pengalamannya memimpin KITA untuk bersuara mewakili suara penduduk di bawah parlimen-parlimen serta DUN yang ditandingi ditolak oleh hampir seluruh lapisan masyarakat. Penganut Islam, Hindu, Buddha, Tao, Sikh, Kristian, BAHAI, tidak beragama, mengamalkan ajaran sesat dan segala macam kepercayaan menolak Zaid Ibrahim dan KITA daripada Mewakili suara mereka.

Jadi, bagaimana pula Zaid Ibrahim boleh bercakap dan memberi kenyataan seolah-olah dia mewakili 2 billion umat Islam di seluruh dunia?

Mendiang Karpal Singh : Zaid Ibrahim Tidak Relevan

Zaid Ibrahim sudah tidak lagi relevan. Ini pendapat mendiang Karpal Singh. Mendiang menyatakan perkara berikut tidak berapa lama sebelum kematiannya:



“Zaid Ibrahim tidak relevan. Kita tidak perlu buang terlalu banyak masa, walaupun untuk berbincang mengenainya,” (1)

Itu kata-kata mendiang Karpal Singh apabila Zaid Ibrahim menyatakan hasrat untuk menawarkan diri untuk mewakili suara penduduk Kajang melalui pilihanraya kecil Kajang tidak lama dulu.

Mendiang Karpal Singh kemudian secara sinis menambah:

Beliau tubuhkan parti KITA dan keluar. Dia bukan ancaman kepada sesiapa, termasuk kepada dirinya sendiri,” katanya sinis.

Inilah halusinasi kronik golongan liberal.

Farouk Musa sebelum ini berhalusinasi seolah GMM bersama Saifuddin Abdullah menjadi penganjur bersama forum inkuisisi agama bersama Ulil Abshar.

Kini Zaid Ibrahim pula berhalusinasi bahawa suaranya mewakili 2 billion umat Islam di seluruh dunia.

Kita di sini hanya dapat menggelengkan kepala melihat kenyataan-kenyatan sampah seperti ini diangkut oleh sebuah portal sebagai sebuah berita yang perlu disampaikan.

Tahniah Putrajaya
Tahniah Putrajaya kerana mengikut standard operasi antarabangsa dengan mengharamkan kemasukan pihak-pihak yang tidak dikehendaki di dalam negara. Ia praktis sihat yang diamalkan seluruh dunia dan mendapat pengiktirafan PBB kerana tidak langsung bersuara mengecam tindakan UK, US dan negara-negara EU menghalang kemasukan intelek, penceramah serta individu berpengaruh Islam ke sana.

Jika UK, US, Germany dan negara-negara EU boleh, kenapa kita tidak?

Tidak perlu dipedulikan halusinasi Zaid Ibrahim dan Farouk Musa.

Sepertimana kata Mendiang Karpal Singh tidak berapa lama sebelum beliau meninggal dunia, Zaid Ibrahim tidak relevan.




(1) http://www.roketkini.com/2014/02/28/zaid-ibrahim-tak-relevan/


5 comments:

  1. Syeikh.

    Dia ni hidup mewah atas kedudukan dia sebagai org melayu dan parti melayu yg memerintah. Lepas kaya lupa diri.

    Zaid Ibrahim mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni bukan loyar ptptn ka? Masyuk tu!

      Delete
    2. Ya., beliau mendapat begitu byk nikmat sbg seorg melayu Islam di sini. Sayang dia melupakan melayu Islam yg lain yg mgkin masih lg memerlukan bantuan dan sokongan pemerintah melalui peruntukasn demi peruntukan yg dibenarkn Perlembagaan.

      Delete
  2. Anak pi interview si murtad pluralisme shiah sesat dari US sambil perlekeh umat Islam pertahan nama Allah SWT! Terjemah buku hero lesbo Canada sampai kena lawan penguatkuasa Islam kat court! Bapa tup2 lupa diri perasan kedepan dengan kritik melulu sistem yang dia banyak dapat faedah. Kut ya dulu dia tolak semua ni atas dasar prinsip tak pa la jugak. Ni bila dah senang lenang duk sabotaj bangsa sendiri! Sedaq la diri tu skit?!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.