Wednesday, 15 October 2014

Fundamentalis SEPILIS : Tanpa Kredibiliti, Dr Farouk Musa & IRF Harus Berhenti Menjadi Hipokrit

Bukan sekali Dr Farouk Musa dan IRF telah dibuktikan menggunakan metodologi menyampaikan kepalsuan dan kekeliruan yang diangkat sebagai fakta dan hujah. 

Menghadapi tekanan disebabkan agenda inkuisisi golongan agama melalui program diskusi meja bulat bersama tokoh dengan aliran pemikiran yang jelas telah dianggap sebagai sesat di Indonesia dan Malaysia, Dr Farouk Musa menulis kepada sebuah portal menuntut supaya tokoh aliran pemikiran sesat tersebut didebatkan dan bukan diharamkan kemasukannya ke Malaysia.

Bayangkan situasi sebuah NGO mengadakan sebuah Forum Meja Bulat untuk menyatakan bahawa Hitler itu di pihak yang benar dan perlu diangkat menjadi hero bangsa Jerman dalam mana-mana lokasi di Jerman. Apakah pihak negara Jerman akan membenarkan forum sedemikian rupa dilangsungkan di sana? Meski pun Jerman merupakan negara yang mengangkat budaya intelektual ke peringkat yang tinggi, mereka tidak dapat menerima malah akan terus mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menjalankan sebarang forum menyentuh perkara yang dianggap mereka sensitif di sana.

Bayangkan pula sebuah forum yang cuba membuktikan holocaust itu sebenarnya merupakan sebuah kepalsuan yang diada-adakan untuk memberikan legitimasi kepada bangsa Yahudi untuk meletakkan dunia sebelah Eropah dalam keadaan serba salah sehingga membolehkan undang-undang anti semitik ditegakkan di sana dan membolehkan mereka merampas tanah Palestin atas simpati palsu masyarakat Eropah. Apakah EU akan membenarkan forum sedemikian bergerak dari satu negara ke satu negara lain di Eropah tanpa dikenakan sebarang tindakan?

Lihat sahaja senarai pihak-pihak yang ditahan serta tidak dibenarkan masuk ke dalam Amerika, Britain, Jerman, Finland dan beberapa negara Eropah yang sentiasa ditokongkan sebagai juara hak kebebasan bersuara oleh fundamentalis SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) negara.

1)      Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditahan Semasa Masuk Untuk Berlakon

2)      Bekas Penyanyi Barat Yang Menjadi Pendakwah Cat Stevens Ditahan Semasa Masuk Untuk Merakamkan Album

3)      Zakir Naik, Pendakwah Islam Yang Dinafikan Kebebasan Bersuara Oleh UK

4)      Pejuang Kebebasan Bersuara Nelson Mandela dianggap sebagai Pengganas oleh US

5)      Abu Ameenah Bilal Phillips Di tahan Di Negara Katolik Filipina dan diharamkan daripada memasuki Britain, US, Finland, Jerman dan beberapa negara lain
6)      Yusuf al Qaradawi turut ditolak kemasukannya ke UK

7)      Bukan hanya Orang Islam, menara masjid yang merupakan symbol Islam turut diharamkan di Switzerland.

Apakah dengan mengharamkan kemasukan mereka-mereka ini, negara-negara ini menjadi 'less intelectual' kerana menyekat kebebasan bersuara? Tidak sama sekali. Mereka punyai hak untuk menentukan apa yang 'terbaik' untuk negara mereka. Begitu juga dengan negara kita. Tetapi malangnya, golongan fundamentalis SEPILIS bersikap sangat hipokrit di dalam hal mengenai kedaulatan negara.

Dengan track record sebagai pihak yang sanggup membuat pembohongan untuk mencapai tujuan dan matlamat seperti yang dibuktikan di dalam kes GMM, Dr Farouk Musa dan IRF yang sudah tidak punya apa-apa kredibiliti lagi.





Inilah masa yang sesuai untuk Dr Farouk Musa bersama IRF untuk berhenti membohongi rakyat Malaysia dan berhenti mengamalkan sikap hipokrit dan menggunakan metodologi pembohongan dalam mencapai matlamat.

Jika Jerman, Britain, US, Finland, negara-negara EU dan negara-negara lain di dunia tidak langsung mahu melayan tokoh-tokoh Islam, umat-umat Islam yang memasuki negara mereka dengan layanan intelektual, malah dihantar pulang sebaik sahaja sampai ke bumi mereka, jadi kenapa mesti bersikap hipokrit mahukan negara ini melondehkan segala kedaulatannya supaya agenda-agenda sesat boleh diterobos melalui pintu belakang?

Bukanlah kita tidak mahu berhujah secara intelektual dengan IRF dan fundamentalis SEPILIS yang seangkatan dengan mereka. Kita telah berhujah dan membentangkan kes masing-asing beberapa kali sebelum ini. Tetapi memandangkan kecanduan serta kecenderungan IRF menggunakan kepalsuan serta pembohongan yang  diangkat sebagai metodologi untuk mencapai matlamat mereka, apa lagi kredibiliti yang ada pada mereka untuk dilayan secara intelektual.

Sebelum ini PEMBELA menerusi Bangkit! pernah mencabar Farouk Musa dan IRF supaya membuktikan bahawa perkataan sekular terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Cabaran tersebut boleh dibaca pada pautan di bawah.


IRF menjawab kembali cabaran tersebut tetapi tetap gagal untuk membuktikan bahawa perkataan sekular memang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jawapan balasnya melalui sebuah portal boleh dibaca pada pautan ini.


Kami kemudiannya menjawab satu demi satu hujah-hujah IRF yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia dengan idea Malaysia sebagai sebuah negara sekular.



Farouk Musa, IRF dan golongan fundamentalis SEPILIS seperti mereka harus berhenti daripada terus mengambil upah untuk menjadi golongan hipokrit di dalam negara.

Yang batil tetap batil. Menipu itu tetap satu perbuatan menipu biar pun Saifuddin Abdullah ialah mangsa rela diperlakukan dengan tindakan keji lagi terkutuk oleh IRF.


Supaya lebih ramai masyarakat Malaysia tidak tertipu dengan pembohongan IRF, maka berhati-hatilah setiap kali terlihat poster aktiviti yang dianjurkan oleh IRF. Anda mungkin mangsa penipuan IRF yang seterusnya.

Farouk Musa Khusyuk Mendengar Umanat Dari Obama Bersama Rakan-Rakan


3 comments:

  1. Scientology pun diperhatikan dengan penuh waspada di Jerman. Kenapa Konrad Adenauer dan mana-mana lagi yayasan masyarakat 'madani' di sana tidak mempertahankannya?

    Nick Xenophon pun sangat meragui Scientology!

    Kenapa pula kita yang mempunyai undang-undang yang jelas tentang golongan SEPILIS tidak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah.. Inilah hipokrasi teragung gol fundamentalis SEPILIS.

      Delete
  2. Sembang mcm pemikir Islam..takde benda lain asyik jd pro homo..
    Baca ni...

    "Sebab itulah, saya berhujah, kita perlu dan mesti mengambil manfaat daripada hasil tulisan pemikir-pemikir Barat terutamanya dalam persoalan kontemporari disebabkan pertamanya, kedalaman dan ketelitian mereka dalam membahaskan persoalan kontemporari dan kedua, kefahaman terhadap konteks masyarakat kini yang kompleks sifatnya banyak digariskan menerusi kajian-kajian sosial yang dipelopori Barat.

    Sebagai contoh, kajian tentang kumpulan homoseksual dan transgender (LGBT). Pemikir Islam, setakat ini, masih belum saya temui yang secara jujur membahaskan persoalan ini secara mendalam melalui metod kajian sosial selain hanya sibuk menghentam dan menghukum kumpulan ini sebagai ‘terpesong’, ‘sesat’ dan sebagainya

    http://irfront.net/post/articles/renungan-ke-atas-kesamarataan-peluang-yang-adil/

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.