Thursday, 9 October 2014

Ekstremis Liberal : Saifuddin Abdullah dan GMM Mengimport Kesesatan?

Fahaman Liberalisme telah lama difatwakan sebagai satu fahaman sesat oleh Majlis Ulama Indonesia. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 (1) yang lalu juga telah memutuskan aliran pemikiran Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Persoalannnya kenapa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar Abdalla ini menjadi tetamu jemputan Global Movement of Moderates yang menjadi penaja bersama Islamic Renaissance Front (IRF) dalam satu program ala inkuisisi terhadap golongan agama di Malaysia?



Ditaja Kerajaan Malaysia Melalui Dana Kepada GMM?

Kenapa pihak seperti GMM yang ditubuhkan berdasarkan idea cetusan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan mendapat bantuan dana oleh Kerajaan Malaysia terlibat dengan mengimport tokoh dari fahaman yang telah difatwakan sesat oleh kedua-dua negara serantau ini?

Apakah Kerajaan Najib Tun Abd Razak tahu apa yang Saifuddin Abdullah perbuat dengan wang hasil cukai rakyat Malaysia ini? Jika tindakan menjemput tokoh dari aliran pemikiran yang telah difatwakan sesat ini tidak mendapat restu kerajaan, seharusnya pihak kerajaan sudah mula mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan program seumpama ini tidak berlangsung di bumi Malaysia.

GMM jelas sedang mendekati sikap pelampau. Ia tidak lagi bersederhana di dalam tindakan demi tindakannya.

Penganjur dan pengimport program dengan pengisian oleh tokoh dari fahaman yang telah difatwakan sesat ini harus disiasat. Jika ini tidak dilakukan, maka akan lebih banyak lagi kes seperti militan ISIS, Ayah Pin, Ajaran Tuhan Harun, pluralisme agama dan Islam Liberal dibenarkan menular di Malaysia kerana tiada pemantauan serta tindakan tegas dikenakan ke atas mereka.



(1) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia

10 comments:

  1. najib semakin cuai dalam melaksanakan tugas sebagai ketua. walaupun bukan najib yang melaksanakan arahan kebenaran, najib tetap cuai dalam mengarahkan pegawai-pegawainya memantau, menyiasat dan membendung aktiviti-aktiviti me'liberalisme'kan agama Islam. wang pembayar cukai digunakan untuk menyesatkan penganut Islam malaysia, najib tahu ke tidak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah..

      Sama ada dia sedar atau tidak, bermula dari saat ini dia harus segera bangkit dari segala bentuk lullaby yang dinyanyikan mereka2 yg berkeliling kepadanya untuk mendodoinya ke arah mimpi2 indah..

      Beliau harus sedar, kepercayaan yg diberikannya kepada pihak2 seperti Saifuddin Abdullah dan seangkatan dgn mereka, sedang disalahgunakan.

      Mengimport kesesatan menggunakan nama pertubuhan yg diilhamkan oleh PM sendiri ialah satu bentuk pengkhianatan kepadaPM, Negara, YDP Agong dan Agama Negara.

      Delete
  2. Saifuddin Abdullah macam sudah hilang punca. Dalam keseronokan dia bermoderat dia seolah-olah kena main dengan kelicikan puak-puak liberalis antarabangsa. But then again, birds of a feather flock together??!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. birds of feather flock together.. jika tidak tentu sahaja dia mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti seumpama ini.

      Delete
  3. Wasatiyyah bukan liberal, moderate bukan liberal, GMM dan IRF antara PELAMPAU LIBERAL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan al Qurrawiy.

      Ini fahaman menurut nafsu. Sikap melampau mereka sangat jelas.

      Inilah antara golongan ekstremis yang harus kerajaan tangani dengan segera.

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan. Apabila UMNO memilih Dato Saifuddin Abdullah sbg calon AP Temerloh pd PRU yg lps saya sudah jangkakan beliau akan kalah. Dan keputusannya beliau memang kalah. Ini adlh sbb suara beliau sendiri tidak selari dgn kehendak akar umbi. Malahan apa yg beliau perjuang lbh kpd suara hati Pakatan. Selayaknya beliau angkat kaki dan terus masuk PKR.
    Al Ghazali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan al Ghazali.

      Walaupun kalah, beliau tetap diberikan tempat dan dana untuk terus melakukan kerosakan.

      Bagai anai2 kepada parti yang mendanai dirinya selama ini.

      Akar umbi telah lama menolak. Seharusnya dia sedar diri dan mengungsi diri pergi ke mana tempat di mana dia dimahukan.

      Selagi dia dikenali sebagai AHli UMNO dengan gaya politik baru, selagi itu apa sahaja keburukan yg dilakukannya akan terpalit pada parti UMNO dan Pengerusi UMNO itu sendiri.

      Delete
    2. 'Apabila UMNO memilih Dato Saifuddin Abdullah sbg calon AP Temerloh pd PRU yg lps saya sudah jangkakan beliau akan kalah. Dan keputusannya beliau memang kalah.'

      And he's a bitter man ever since! Kesian kat orang-orang Melayu sebab kena tanggung, 'de facto' sebab dukung ahjibgor, biawak hidup macam ni...

      Delete
    3. Seolah2 seluruh organisasi UMNObersetuju dengan 'de facto' tersebut kerana setakat ini, hanya Dr Puad Zarkashi sahaja yang bersuara.

      Mana perginya semua rijal di dalam partai Najib Tun Razak. Terlalu banyak hormon estrogen bergerak di dalam seluruh saraf manusia-manusia yang mungkin tidak layak digelar jantan di dalam UMNO kerana bacul dan takut untuk mempertahankan agama Islam dari menjadi mangsa perkosaan orang2 seperti de facto tersebut.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.