Wednesday, 22 October 2014

Dunia Kristian Tolak LGBT!

Sudah terang lagi bersuluh, LGBT sememangnya melanggar fitrah manusia seperti ditegaskan oleh dunia Islam yang mendapat tentangan dan kecaman barat yang mahukan kesongsangan LGBT diberikan ruang seluas-luasnya oleh sesetengah gerakan atas nama hak asasi manusia dan sebagainya.



Terkini dunia Kristian pula menolak  secara rasmi konsep penyatuan sama jenis apabila menolak konsep perkahwinan ciptaan sesetengah pengamal LGBT yang kononnya mahukan hak sama rata.

Dunia Kristian dengan tegas mengatakan bahawa perkahwinan dan konsep perkahwinan adalah konsep penyatuan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Pada pandangan mereka lagi, ini selari dengan konsep perkahwinan yang diciptakan Tuhan.

Dengan itu adalah tidak berasas untuk menyamakan perkahwinan sama jenis sebagai sesuatu yang selari dengan "God's design of matrimony and the family," kata mereka dengan tegas.

Dunia Kristian juga sebulat suara mengkritik laporan media yang berpandangan bahawa mereka berfikiran terbuka dengan penyatuan sesama jenis. Ini tidak benar sama sekali.

Bishop-bishop daripada seluruh dunia telah bertemu untuk membincangkan tentang pandangan mereka terhadap isu-isu berkaitan dengan penganut Kristian dengan lebih mendalam.

Proses ini akan mengambil masa yang lama, mungkin bertahun, maka oleh itu, mereka berpandangan bahawa ada lebih baik jika semua pihak tidak membuat sebarang andaian secara melulu.

Hampir 200 ratus bishop baru saja selesai bermesyuarat selama dua minggu dan memutuskan secara majoriti dua per tiga untuk menolak konsep perkahwinan sama jenis seperti yang dimahukan oleh kumpulan LGBT.

Keputusan ini telah mendapat tentangan daripada puak-puak pejuang LGBT yang mengkritik keras penolakkan secara rasmi tersebut dengan melabel keputusan tersebut sebagai suara bishop-bishop ortodoks.

Sebelum ini ramai pengamal Kristian yang telah menjalankan perkahwinan sesama jenis di gereja-gereja mereka dengan membelakangkan pemimpin gereja sendiri dan pendirian terbaru ini sememangnya sesuatu yang amat mengejutkan mereka.

Awal tahun ini juga, Gereja England menolak cadangan supaya perkahwinan sama jenis mendapat ‘perkenan rasmi’ gereja-gereja di England dan menolak untuk melantik mana-mana individu kristian yang berkahwin sesame jenis sebagai paderi.

Mungkin pejuang hak LGBT di Malaysia termasuk Presiden BAR council yang menggunakan nama Christopher (yang membawa maksud Christ Bearer dalam bahasa Greek) dan terutamanya orang-orang Islam berfahaman liberal sendiri yang mendukung COMANGO dan badan yang sewaktu dengannya, boleh belajar satu dua perkara daripada keputusan yang telah dibuat oleh dunia Kristian tersebut!

4 comments:

  1. Ben. Puak2 pjuang lgbt ni mngaji sja tngi tp otak ltk kat lutut. Depa ni lbih jijik dri bnatng. Bnnatng pun tk brnafsu mcm puak2 ni. - pakdin tanjung.

    ReplyDelete
  2. Islam itu milik Allah SWT. Siapa kita mesti berbantah-bantah ?

    Bila fahaman neo-liberal ciptaan manusia di putar belit dan di selarikan dengan ajaran Allah SWT, maka terjadi lah pertembungan yang bakal menghancurkan manusia dengan bala bencana yang tidak di duga-duga. Rujuk saja kaum Nabi Luth, Sodom dan sejarah pembuktian yang boleh saja di lihat kini. Nabi Luth sudah berusaha sepenuh nya menyelamatkan agar bala bencana Allah tidak melanda kesemua nya, tetapi kedegilan dan keangkuhan manusia itu tidak lagi menghiraukan Kebesaran Allah SWT dan sentiasa berbalah, memperlekehkan yang benar memberi peringatan. Juga Nabi Musa dan firaun. Nabi Sulaiman dan syaitan-syaitan berserta hikmah burung hud-hud nya. Paling afdhal, Nabi Muhammad mengatasi jahilliyah Abu Jahal, khawarij dan contoh kaum Ansar.l dan berkaitan.

    Tidak mengambil contoh dan pengajaran ? Sesungguh nya manusia itu sentiasa di dalam kerugian !

    Pemimpin Melayu Islam Malaysia (tidak kira Kerajaan atau Pembangkang) sudah umpama patung-patung tidak bernyawa ! Tiada nilai. Hukum- hukum tidak lagi di nilai satu kewajiban menegakkan Syiar Islam.

    Mereka lupa, Hukum itu yang membezakan Islam dari agama lain dan fahaman manusia ! Di situ lah 'keimanan' itu di nilai dan di nyatakan perbezaan nya dengan yang tidak beriman. Di situ lah ilmu-ilmu Islam itu wujud dengan dalil, khilaf dan rujukan benar. Maka di sebut Allah jua,"ada kah sama orang-orang berilmu dengan yang tidak berilmu ?" Ilmu bukan bersandarkan Ijazah dan kedoktoran falsafah semata-mata tetapi hikmah nya dari hidayah Allah jua. Maka hidayah itu menjelma apabila mereka beramal dengan ilmu-ilmu nya !

    Kelak semua nya di sini bakal di telan bumi ! Ingat peristiwa tanah runtuh menghempap asrama anak-anak yatim di Hulu Langat sedikit masa lalu?
    Atas perbuatan siapa ? Jika tiada bencana ini, kita tidak akan tahu amalan si pengelola nya...

    ReplyDelete
  3. Program sentuh anjing-sentuh sesuatu yang kotor-mungkin preteks kepada penerimaan nilai-nilai liberal secara halus. Ulil Absar Abdallah kita dah tolak, sebab jelas, tapi Syed Azmi Alhabshi, macam mana pula?

    ReplyDelete
  4. Aku pasti beruk beruk Islam yang berpaksikan ajaran sesat kristian mungkin akan mendengar pandangan pope mereka.

    Pastinya bala-bala besar akan menghujani Malaysia dengan penolakan ugama Allah s.w.t secara terang terangan dan lantang oleh golongan munafik dan liberal di negara ini. Kehilangan dan penembakan pesawat MAS adalah amaran awal tapi adakah pemimpin Melayu/Islam sensitif terhadap perkara itu ?

    Orang Melayu/Bumiputra/Islam sudah tiada tempat bergantung di negara ini.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.