Thursday, 2 October 2014

Akhirnya 'Pakar Perlembagaan' Belajar Tutup Mulut!

‘Pakar Perlembagaan’ Aziz Bari yang sedang disiasat oleh Akta Hasutan 1948, dilaporkan sebuah portal, telah memilih untuk diam semasa disoal siasat oleh pihak polis kerana dituduh menghina DYMM Sultan Selangor.

Aziz Bari : Terus Terang Bersama Anwar Ibrahim
Peguam kepada tokoh yang pernah bertanding di atas tiket sebuah parti politik itu, Afiq M. Noor berkata beliau telah disoal selama satu setengah jam di ibupejabat polis daerah Sabak Bernam pagi ini.

Aziz Bari yang sampai di ibupejabat polis tersebut pada pukul sebelas pagi telah ditemani oleh peguamnya dan juga seorang peguam lain, Dheeraj Bar.

“Beliau memilih untuk tidak menjawab semua soalan pihak polis dengan menggunakan peruntukan Seksyen 112,” kata peguam itu lagi merujuk kepada peruntukan Kod Prosedur Jenayah yang membenarkan seseorang itu untuk tidak menjawab sebarang soalan yang difikirkan boleh mendedahkan kepada pendakwaan jenayah.

Mengikut peguam itu anak guamnya, Aziz Bari sedang disiasat dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970).

‘Kami telah menasihatkannya supaya tidak menjawab sebarang soalan yang boleh mensabitkan pendakwaan ke atas dirinya,” tambah peguam itu lagi.

Penyiasatan itu berhubung dengan dua kenyataan yang telah dibuat oleh ‘Pakar Perlembagaan’ itu dalam dua artikel yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan yang telah menyebabkan lebih daripada seratus laporan polis dibuat ke atasnya.

Artikel yang bertajuk “Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, katan Aziz Bari”, telah diterbitkan pada 1 haribulan September dan artikel kedua diterbitkan pada 9 haribulan September bertajuk “Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert”.

Dua orang wartawan daripada portal berita terbabit juga telah dipanggil pihak polis pada hari Isnin lepas untuk memberikan keterangan mereka berhubung dengan artikel-artikel tersebut.

Kita amatlah berharap supaya dengan perkembangan ini ahli-ahli politik kita boleh belajar untuk berhenti menghasut khalayak untuk membenci mana-mana pihak demi menjaga keamanan dan keharmonian ramai. Kebebasan bersuara, seperti kata Senator Paul Low, ialah terbatas dan mana-mana pihak yang tidak mahu bertanggungjawab dan cuba menimbulkan kegusaran dan memporak-perandakan masyarakat tidak boleh dibiarkan bebas tanpa sebarang hukuman.


Kita bersetuju dengan pandangan bekas Presiden Transperancy International Malaysia itu bahawa keadilan sosial dalam konteks ini perlulah ditegakkan!

Bukankah tindakan ini menunjukkan ada ketikanya diam adalah lebih baik dari berkata-kata?

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. hahaha..x ada telor jg rupanya

    ReplyDelete
  3. Bila tak suruh cakap, sibuk bercakap. Bila suruh bercakap sibuk mahu diam. Gilo ko hapo?

    ReplyDelete
  4. Dia cakap bila bangnon suh cakap jer!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.