Wednesday, 10 September 2014

Tuan AG, Kenapa Tidak Biarkan Mahkamah Sahaja Yang Memutuskan?

Selepas negara berada pada sempadan yang hampir mencetuskan situasi huru hara, secara tiba-tiba, Akta Hasutan 1948 yang sebelum ini bagaikan 'ditidurkan' mula digunakan secara efektif.

Satu persatu pendakwaan dibuat ke atas golongan penghasut dan pengganggu ketenteraman awam. Negara menjadi sedikit aman buat seketika. Tiada lagi kelihatan di mana-mana termasuk di laman sosial pihak yang berani memaki hamun serta menghina sesama agama dan kaum termasuk sistem Raja Berpelembagaan.



Sangkaan rakyat Malaysia bahawa panas akan sampai ke petang, tetapi rupanya hujan air kumbahan datang di tengah hari.

Petang tadi, telah dikeluarkan satu kenyataan media yang dikatakan dikeluarkan dari Pejabat Peguam Negara yang menyatakan bahawa beberapa pertuduhan yang dikenakan ke atas beberapa figura termasuk tokoh-tokoh akademik yang mesra pembangkang akan dikaji semula.

Jika dikaji semula untuk memperkemaskan pertuduhan bagi tujuan pendakwaan, tiada siapa akan mempertikaikannya. Tetapi apabila kajian semula itu dibuat bagi tujuan melepaskan daripada pertuduhan dan pendakwaan, maka rakyat Malaysia mula akan kembali mengingati episod isu dakwaan terpilih yang diamalkan sesetengah pihak.

Kenapa tidak dibiarkan sahaja Mahkamah menentukan sama ada si tertuduh itu benar-benar bersalah atau pun tidak. Jika bersalah, biar mahkamah menghukum setiap pesalah dengan hukuman setimpal. Jika tidak bersalah, biar mahkamah mmbebaskan mereka dengan kebebasan daripada sebarang pertuduhan.

Bagaimana mungkin sistem perundangan di negara ini dihormati jika sekiranya proses keadilan itu sering terbantut kerana ada campurtangan pada peringkat-peringkat tertentu.

Undang-undang tidak salah. Yang selalu menyebabkan undang-undang dilihat dan dianggap sebagai berat sebelah ialah golongan yang diamanahkan untuk memastikannya berjalan lancar, tidak menjalankan amanah tersebut dengan sebaiknya.

Perlahan-lahan isu ini akan turut sama mengheret pemerintah dan imej keadilan parti pemerintah. Melainkan mereka benar-benar sudah bosan memikul tanggungjawab sebagai pemerintah, maka perkara yang berlaku ini, tidak perlulah dihairankan.

Sudah lama rakyat Malaysia tidak mengecapi minggu-minggu yang aman sama seperti dua minggu lepas di mana pihak berkuasa mula mengambil tindakan ke atas golongan penghasut.

Yang bilis sudah dihukum, yang dirasuk dan mengambil upah dari Iblis jangan pula dilepaskan sewenang-wenangnya.


12 comments:

  1. Pecat saja AG Pantalon tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut kena bawa ke Parlimen usul utk memasukkan had tahun seseorng Peguam Negara boleh memegang jawatan secara maksimum.

      Delete
    2. Elok benarlah tu,dah lama sangat mat liberal ni jadi ag.10tahun maksimum.

      Delete
    3. Ya.. Saudara Tobeng.. Sepuluh tahun maksimum..elok sgt tu.. Kena buat usul ke parlimen supaya jawatan ini tidak menjadi terlalu powerful dan terdedah kepada masalah2 biasa dgn jawatan yg melibatkan kuasa.. Dan usul trersebut dalam masa yang sama juga tidak boleh melemahkan kedudukan sedia ada ke tahap yg lebih rendah.. Cuma had masa perlu ditetapkan.

      Delete
  2. Mgkin ada apa2 kepentingan kot?

    ReplyDelete
  3. Sampai bila pun AG takkan hidup tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg memilih senang berbanding tenang, ada pula yg memilih tenang berbanding senang, ada juga yg memilih utk mendapatkan keduanya.. Sahabat kita ini, Wallahua'lam.

      Delete
  4. Teras utama isu ini, NAJIB!!
    turunkan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengikutbpenulisan pakar perlembagaan sebelum ini, hanya Najib boleh membuat apa2 cadangan mengenai kedudukan AG kepada YDP Agong untuk dipertimbangkan. Tidak dpt tidak dia pasti akan terjeret sama dalam sebarang isu melibatkan AGC.

      Delete
  5. Mgkin dia mahu perkemaskan tuduhan sama mcm kes Rayer. Bila kemas, dakwa baru mantap. Bg peluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perkemas, Alhamdulillah. Kalau mengemas2 utk dibungkus keluar dari sebarang ruang pendakwaan, harap ianya tidak berlaku.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.