Monday, 1 September 2014

HASUTAN Sabah Keluar Dari Malaysia Jejas Perpaduan Rakyat - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin Semasa Melawat Perajurit Semasa Ops Daulat Di Lahad Datu Sebelum Ini.
SIPITANG (Sabah), 30 Ogos (Bernama) -- Suara yang mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Usaha ini satu sikap saya kira bertentangan dengan perlembagaan, negara dan negeri. Ia bersifat hasutan kalau dibiarkan berlaku maka akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan yang telah ada di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang di sini Sabtu. Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata suara seperti itu, jika ada, tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang cuba menimbulkan keadaan sedemikian.

Muhyiddin berkata tindakan tegas itu bagi menentukan Sabah kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia dan terus menikmati kemajuan serta pembangunan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan memberi sokongan padu terhadap penganjuran festival berunsur seni dan budaya di negara ini yang memaparkan falsafah yang dapat membentuk penyatuan sosial antara kaum.

Negara, katanya, tidak akan mencapai kejayaan pembangunan ekonomi yang makmur jika masyarakat tidak bersatu padu.

Beliau berkata negara yang sentiasa berada dalam keadaan bergolak akan menimbulkan banyak masalah dan kerugian kepada semua orang termasuk pelancong.

"Sebarang pergolakan akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar pendapatan negara, sekali gus akan menjejaskan usaha membangunkan negara selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata Festival GATA bukan sahaja dapat membantu mempromosi Sipitang sebagai pusat tarikan pelancong dan pelabur dalam serta luar negara, sebaliknya turut menyumbang ke arah usaha untuk memelihara budaya dan tradisi lama agar tidak lupus ditelan arus pemodenan.

"Jika kita lihat sekarang, banyak tradisi dan khazanah kita semakin pupus. Keadaan ini sememangnya merugikan kerana kita semakin hilang identiti sebagai bangsa yang penuh adat tradisi dan budaya," katanya.

Menurutnya keadaan ini semakin meruncing sejak akhir-akhir ini akibat pengaruh dari luar yang semakin menular di kalangan masyarakat.

-- BERNAMA


Pautan Asal :

5 comments:

  1. Bukan saja patut ditahan dibawah akta hasutan,tapi juga patut dituduh menderhaka kepada ydp agong.Sama seperti almaunah yang mana ketuanya telah dihukum gantung.Malah kegiatan menghasut rakyat menghancurkan Malaysia dengan membawa keluar sabah adalah berpuluh2 kali ganda merbahaya dari almaunah.KDN wajib bertindak sekarang,jangan sampai nasi menjadi bubur!Tangkap pemberontak2 dan pengkhianat2 itu segera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju saudara Tobeng.

      KDN harus bertindak sebelum api yang sedang cuba dinyalakan ini menjadi terlalu beasr.

      Jika undang2 itu ada, apa guna jika tidak digunakan dengan tegas.

      Delete
  2. Polis dan Ag kena bertindak segera. Jgn sampai jd mcm kes PPS. Dah besar ahlinya baru mahu bertindak. Jadi timbul masalah.
    Bertindak awal dgn separatis ni.

    ReplyDelete
  3. Kuasa d tngn kita. Bila kita kata tak boleh, sikapir ni kena dngr. Masalahnya ketegasan itu tada. Pemimpin melayu semua lembik. Apa yg takut sngt dgn sikapir ni, kita pun tak paham. Pelikkan.

    ReplyDelete
  4. Bilamasa Al quran dan hadith tak dipegang, diabaikan, Allah akan timpakan kehinaan atas kaum betkenaan. Ini yg brlaku dinegara kita sekarang ini dan juga diseluruh dunia

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.