Tuesday, 2 September 2014

SIS Mahu Jadi Syarikat Hindia Timur Versi 2.0?

Pihak kami telah merujuk Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Tidak tercatat hatta satu perenggan yang menyatakan Sultan perlu mendengar, taat dan patuh kepada sebarang bentuk nasihat, arahan atau pendapat daripada mana-mana syarikat swasta seperti SIS FORUM Sdn Bhd. Ini bukan zaman Francis Light menipu Sultan Kedah.

Begitu juga tiada tercatat di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang sama, Sultan tidak perlu mendengar, tunduk dan patuh kepada cadangan, arahan atau perintah mana-mana NGO seperti EMPOWER, AWAM dan sebagainya yang mahukan Sultan menurut gelojak punca hawa nafsu mereka.

Malaysia sudah membebaskan diri daripada sebarang bentuk perjanjian dengan kuasa asing dalam hal mentadbir negeri-negeri Melayu. Sebaik laungan Merdeka dibuat pada tahun 1957, sebarang campur tangan asing di dalam urusan memberi nasihat kepada mana-mana Sultan atau Raja negeri-negeri telah dibatalkan. Sistem pemerintahan telah berubah kepada sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan.

Menurut Undang-Undang Tubuh negeri, Sultan mempunyai hak mutlak dalam menentukan siapa yang dirasakannya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh undang-undang tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Konflik yang cuba diwujudkan di negeri Selangor menyaksikan pemain-pemain yang sama dengan gerakan IFC, COMANGO, BERSIH I, BERSIH II, BERSIH III dan KUMAN NEGARA menampilkan diri melakukan kebiadaban kepada institusi Raja-Raja Melayu terutamanya kepada Sultan Selangor.

Menggunakan segala ruang yang boleh digunakan secara semaksima mungkin, golongan ini sudah mula secara biadab mencadangkan Sultan Selangor bakal bertindak sebagai seorang Sultan yang seksis. Seksis yakni dalam erti kata mengamalkan diskriminasi gender.

Ini adalah satu kebiadaban yang tidak boleh ditolak ansur langsung. Sultan bertindak mengikut Perlembagaaan negeri. Mencadangkan tindakan Sultan yang mengikut Perlembagaan negeri sebagai mengamalkan diskriminasi gender bererti menghasut rakyat untuk mempercayai undang-undang tersebut sebagai satu bentuk undang-undang yang menindas dan cenderung kepada diskriminasi gender. 


Kita tidak perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur versi 2.0 di dalam millennia baru ini untuk memberi nasihat-nasihat songsang kepada mana-mana Raja-Raja Melayu.

Negara ini adalah negara yang merdeka. Negara tidak perlukan campurtangan dari mana-mana pihak yang mendapat dana asing seperti BERSIH dan sebagainya untuk menjadi Penasihat Residen yang baharu kepada Sultan-Sultan negeri Melayu. Tolong jangan berlaku biadab dengan institusi ini.

Akta Hasutan 1948 pada perkara 3 (1) (a) menyebut dengan jelas perkara berikut:

Akta Hasutan Perkara 3

(1)    Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan-

(a)    bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.

Artikel yang dimuatkan di dalam Malaysian Insider bertajuk Sultan’s decree may send wrong signals aboutwomen in office, say groups,  telah dengan secara sedar dan sengaja membuat andaian-andaian songsang bagi tujuan memberi tekanan kepada pihak Istana Selangor dalam menentukan Menteri Besar pilihan NGO-NGO ini diterima oleh Sultan di dalam keadaan tertekan.

Ia sama seperti pelakuan residen-residen Inggeris satu ketika dahulu yang mengikat setiap keputusan-keputusan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu untuk mengikut kehendak hawa nafsu mereka.

Malang sekali kebiadaban ini berlaku di dalam bulan Kemerdekaan.

Apakah kita perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur dan 'residen-residen Inggeris' dalam rupabentuk ngo-ngo ini sebagai penasihat Sultan yang baru dalam era ini? Kewujudan-kewujudan syarikat swasta dan ngo-ngo ini jelas cuba mencampakkan Malaysia 57 tahun ke belakang.

Pihak berkuasa, sila ambil maklum dan Pejabat Peguam Negara harus mula mengkaji aspek-aspek undang-undang yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan kepada syarikat swasta dan NGO-NGO ini yang cuba campurtangan di dalam urusan Hak Sultan di dalam menjalankan kuasa dan peranan baginda.

Daulat Tuanku! Pihak kami tidak akan membiarkan sejarah Sultan-Sultan negeri Melayu dipaksa menerima nasihat residen Inggeris berulang untuk sekali lagi selepas 57 tahun ianya dihapuskan.



4 comments:

  1. Ejen penjajah. Xyah layan tp amik tindakan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pihak sudah muak dgn sikap tidak apa dan memberi muka pihak berkuasa. Lewat ini, setelah diketuk berkali2, baharulah mrk mula bangkit dan sedar. Harapnya sedar tyiu berkekalan dgn istiqomah.

      Delete
  2. Sepatutnya bila puak munafik/ kapir ni buka mulut ja tangkap terui. bila biar, dia pijak kepala kita. Penasihat pm/ sultan kena yg hardcore. Baru betui. Ni dak, lembik juga. Masalah bergunung dah, bkn bukit lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung bukan sebarang gunung tuan hamba Allah. Ini gunung berapi yg bisa meletus pada bila2 masa. Perlu ambil tindakan segera.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.