Saturday, 6 September 2014

Singapura Boleh, Kenapa Najib Mesti Takut? Apa Yang Najib Takutkan Sebenarnya???

"Singapura masih mempunyai Akta Hasutan (Sedition Act). Singapura tidak teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap seseorang. Daripada kes kes yang saya temui, semua orang yang dituduh dan dihukum adalah orang bukan Islam kerana kesalahan terhadap orang Islam. Sebagai misalan, sepasang suami isteri Cina beragama Kristian dihukum 4 minggu masing masing kerana mengedar bahan cetak yang menghasut (distributing seditious publications) kepada dia orang perempuan Islam.

Seorang lagi dituduh kerana membuat kenyataan yang mengandungi kata kata yang lucah dan menghina (insulting) terhadap orang Melayu dan agama mereka, Islam. Dia dikenakan sebulan penjara. Semasa menjatuhkan hukuman bagi kedua dua kes itu, pada 7 Oktober 2005, Hakim Kanan Mahkamah Daerah Richard Magnus berkata adalah penting untuk menjatuhkan hukuman yang mencegah (deterrent) supaya perbuatan yang menyakitkan hati (offending) itu boleh ditangani dari awal dan dikawal. Beliau mengingatkan peristiwa rusuhan kaum dalam tahun 1964 di Singapura dan bahawa kenyataan yang tak bertanggungjawab mengenai bangsa dan agama boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan itu diambil walaupun Perlembagaan Republik Singapura tidak mempunyai peruntukan bahawa Islam adalah agama Republik itu dan tidak ada peruntukan yang membolehkan undang undang dibuat untuk melarang orang bukan Islam daripada menyebar agama bukan Islam kepada orang Islam. Tindakan itu diambil atas alasan ia boleh menggugat ketenteraman awam. Malaysia patut belajar daripada Singapura."

Tun Abdul Hamid - Akta Hasutan 1948: Kepentingan Melayu dan Anak Negeri Sabah & Sarawak dan Perpaduan Rakyat Malaysia (6 September 2014, Rumah GAPENA, Kuala Lumpur).

13 comments:

  1. Najib proksi dap dlm umno....gunting dlm lipatan mcm ni laa org melayu perlu tendang bontotnya berambus drp pimpin umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia bukan proski DAP.. tetapi ada perkara yg beliau takutkan sehinggakan semua tindakan ke atas petualang negara seakan2 tersangkut di pejabat AG.

      Apa sebenarnya yg menyebabkan beliau bertindak demikian..

      Delete
  2. Pesanan dkt Najib, kali ini jangan menongkah arus lagi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin perlu sesiapa bacakan kepadanya kisah Lebai Malang..

      Delete
  3. Dia paling takut bini dia atau bini dia tak takut dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika marah sekali pun harap tidak sampai menghinakan tuan..

      Delete
  4. Najib wajar diganti jika Akta Hasutan tetap dimansuh.
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2014/09/ganti-najib-sekiranya-akta-hasutan-1948.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan.. dengan kekuatan 95% undi cina kepada pembangkang, pemerintah masih tidak goyang.. apa lagi yg Najib perlukan utk sedarkan beliau bahawa undi2 org melayu terhadapnya sedang merosot dengan mendadak.

      Delete
  5. Si PM-LIBERAL ni baru keluaq satu lagi kenyataan ANGKUHnya - komited pd. TPPA! TPPA ini sebenaqnya diKETUAI si ZIONIS-Froman dan penyokong kuat ZIONIS/Israel-JAHANAM -US/Canada/S'pura/Australia/Mexico - makin HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ini!

    Dan siapa si Michael Froman ini - lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014– lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014:

    ….Update: To the list of anti-Russian cabalists, we can also add Jacob Lew, the Treasury secretary who is helping to formulate and enact U.S. sanctions against dozens of Russian officials and businessmen, and U.S. Trade Representative Michael Froman.

    Both are earnest Zionists and advocates of the return to a Cold War stance with Russia……

    Dan lihat di -
    http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=98289 , Bilderberg Agenda Revealed: Elite Desperate to Rescue Unipolar World, By Paul Joseph Watson on May 27, 2014:

    The TTIP represents an integral component of Bilderberg’s attempt to rescue the unipolar world by creating a “world company,” initially a free trade area, which would connect the United States with Europe. Just as the European Union started as a mere free trade area and was eventually transformed into a political federation which controls upwards of 50 per cent of its member states’ laws and regulations with total contempt for national sovereignty and democracy, TTIP is designed to accomplish the same goal, only on a bigger scale.

    The deal is being spearheaded by Obama’s U.S. Trade Representative Michael Froman, a Wall Street insider and a CFR member, Bilderberg’s sister organization. Froman is simultaneously helping to build another block of this global government, the Trans-Pacific Partnership, which is a similar project involving Asian countries......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulang dari Sardinia, terus berubah watak menjadi PM yang angkuh kepada suara akar umbi.

      Dia perlu berubah kembali kepangkal jalan..

      Delete
  6. negara kita lain sbb kerajaan takut undi cina..klu melayu yg buat cepat ambil tindakan. Pasal kerajaan umno dok tagih sgt undi cina..pada hal cina x pandang dia pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba untuk tidak bersetuju dengan pandangan tuan, tetapi realitinya itulah cakap2 yg terdengar di kedai2 kopi dan pemandu2 teksi yang merupakan duta berita tanpa wayar.

      Delete
  7. Sebab Najib bert$%^r kecot!!!!

    Anak yang b*&*h sombong tak dgr nasihat bapak!!

    Korang paham2 jer lah!!!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.