Monday, 1 September 2014

Selepas Batu Puteh, Kenapa Bersikap Sambil Lewa Dengan Gerakan Separatis Sabah dan Sarawak

Sudah berbulan lamanya wujud desakan dan hasutan dari gerakan pelampau dan pemisah yang cuba menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Satu bentuk desakan yang tidak mendapat perhatian yang wajar dan tidak dikenakan tindakan sepatutnya oleh pihak berkuasa sehingga memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin bersuara semalam.

Gerakan yang ditunjangi kumpulan pemisah ini sudah sekian lama melakukan hasutan mereka. Mereka menghina negara. Mereka bebas mengatakan apa sahaja berkenaan hasutan tersebut. Mereka menghasut rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak untuk membenci kerajaan Persekutuan.

Malang sekali, sejak dari awal kemunculan mereka, pihak berkuasa memandang ringan perbuatan-perbuatan mereka ini. Sehinggalah mereka kini membawa suara tuntutan mereka ke peringkat antarabangsa. Sudah pasti mereka ini didanai oleh pihak-pihak di luar sana untuk memastikan Sabah dan Sarawak terpisah selamanya daripada Malaysia. Sama seperti apa yang berlaku kepada Timor Timur di Indonesia dan Sudan Selatan kepada negara Sudan sebelum ini.

Gesaan TPM yang menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk hasutan dan penderhakaan harus diambil perhatian serius. Pihak berkuasa harus segera menjalankan tindakan.

Kita sudah kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh hanya kerana seletintir pihak membuat kerja sambil lewa di dalam mempertahankan kedaulatan daerah negara. Apakah kita sanggup kehilangan Sabah dan Sarawak atas sikap sambil lewa dan sentiasa bersikap tidak apa yang sama?

Kita faham bahawa ada masanya pihak berkuasa terutamanya pasukan polis, sukar untuk membuat siasatan kerana tidak dapat mengesan pelaku kesalahan disebabkan kekangan maklumat. Ia seperti yang pernah berlaku di dalam kes lelaki cina yang divideokan menendang kepala seorang remaja Melayu yang dituduh mencuri.


Lelaki itu, sehingga hari ini tidak berjaya dikesan. Entah ilmu apa yang beliau pakai.

Dalam kes separatis Sabah dan Sarawak ini, kita fikir, mungkin PDRM mengalami masalah untuk mengesan di mana beliau berada. Tetapi, semua masalah itu mungkin dapat diselesaikan jika pihak PDRM menghubungi Dato’ S Ambiga.



Dato’ S Ambiga pernah difotokan bergambar bersama Dorris Jones. Sebagai warga Malaysia yang sayangkan negaranya sehinggakan menubuhkan pergerakan bernama Negara-Ku, tentu sahaja Dato’ S Ambiga boleh sekurang-kurangnya membantu pihak PDRM mengesan di mana Dorris Jones berada. Segala kemungkinan harus diambil oleh pihak berkuasa.


Jangan sampai Sabah dan Sarawak hilang daripada Malaysia. Pihak berkuasa mesti tegas dan tangkas mulai sekarang.

11 comments:

  1. Ini yang pelik dengan PM Najib. Dulu kita memang mengharapkan legasi Ayahanda beliau...

    Semua nya berlawanan pula. Sedih sangat bila Pemimpin Melayu masakini di lihat begitu tiada skil pentadbiran dan penguatkuasaan. Di mana silap nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Maae.. Mgkin ini penyakit genetik golongan bangsawan. Spoil bangsawan krn dr lahir dikepuk elitis sehingga suara akar umbi didengari dr pihak ketiga.

      Delete
  2. Sebenaqnya, insiden amat kejam kat MH370 & MH17 kita ini juga disyaki berkaitan strategi berterusan dan makin agresif si ZIONIS-Barat dan ejen tempatan mereka dari PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM, utk. memisahkan Sabah-Sarawak yg. amat kaya minyak-gas, dari Malaysia dan disatukan dgn. S'pura - supaya dpt. menubuhkan “Greater Israel' utk. MENGUASAI Asia spt. mana Israel ditubuhkan dgn. amat BUAS utk. MENGUASAI Timur Tengah yg. kaya minyak-gas di samping menjatuhkan ISLAM/umatnya di Dunia Islam (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di - http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)! Itulah yg. aku heran - apasallah K'jaan kita terlalu beri muka pd. S'pura yg. adalah pusat Mossad/CIA-MI6-Perisik Jerman sampai TANAH PUSAKA kita asyik TERGADAI kat S’pura – patutnya HAPUSkan program Rumah Keduaku?!

    Geng Kongsi Gelap KAPIRDAJAL juga terlibat dlm. industri hartanah disyaki juga terlibat dlm. pembakaran berleluasa ke atas kpg-kpg Islam/Melayu, termasuk di Sabah-Sarawak - utk. MERAMPAS tanah/kpg termasuk menawarkan utk. membeli dr. mangsa yg. terdesak atau sekiranya tanah negeri, utk. MENGHALAU umat Islam/Melayu termasuk pelarian Islam, dr. tanah/kpg. tersebut! Lihat kebakaran berleluasa yg. MENCURIGAkan ini, di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_16/50-rumah-di-perkampungan-air-Kampung-Pondo-Pulau-Gaya-terbakar !

    Dan rejim Cina PAP ditaja MOSSAD-CIA-MI6, untuk tawan S'pura dari TANAH MELAYU; juga telah beri kerakyatan dgn kpd jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari bukan Islam Cina dan Kristian untuk MENGECILKAN terus jumlah dan MENINDAS umat Islam/BUMIPUTERA Melayu, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - sekutu kuat rejim penjajah Cina ini!

    Maka, kita sbg. NEGARA ISLAM; berhak memberikan KERAKYATAN pd. pelarian Islam - apa yg. kita takut sgt. sedgkan Israel dan S'pura, yg. sekutu kuat Barat pun, tak peduli lansung undg antarabangsa (yg. sebenarnya dicipta Barat-Zionis sendiri)!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Makcik. Apabila kerajaan bertindak bijak menyerap kerakyatan golongan Islam di Sabah, agen dajjal dihantar utk menghasut umat Islam yang pekak, buta dan bisu utk memusuhi usaha tersebut dgn menamakannya sebagai projek IC.

      Berlumba2 mrk mengutuk usaha tersebut sebagai usaha politik. Malang sekali mrk gagal faham dgn tindakan yang bakal menyelamatkan Malaysia timur utk jangka panjang.

      Gagasan Israel raya melibatkan penyertaan Sabah, Sarawak yg bergabung dgn Singapura tidak dpt ditolak. Ini krn mastermind gerakan itu menggunakan pusat gerakan yang sama dengan gerakan yang memisahkan Singapura dr Malaysia.

      Kerajaan harus bertindfak tegas mulai sekarang.Itu pun jika mrk sendiri tidak mempunyai kepentingan kotor dibelakang semua pihak dalam apa yg berlaku ini.

      Delete
    2. Yang nak digabungkan dengan Singapura bukanlah Borneo, tetapi Tanah Melayu. Sabah & Sarawak akan diperintah oleh towkey-towkey sebagaimana diperintah oleh syarikat-syarikat British dulu. Dengan cara tu, seluruh Malaysia mereka punya.

      Delete
    3. Mungkin juga Tuan Hamba Allah.. Tetapi jalannya agak sukar berbanding bergabung dgn Sabah Dan Sarawak. Negeri2 Melayu masih punyai sistem Raja. Hanya jika sistem ini dihapuskan, barulah jalan menuju Cinapura Raya akan mudah berhasil. Dan itu yang sedang hebat dihasut di merata2 tempat.

      Delete
  3. Sabah atau sarawak berpisah dari malaysia...pasti di perintah oleh cina...macam singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga yg Makcik Sambal Belacan ramalkan.. Kami juga heresetuju dgnn pendapat tersebut. Penubuhan Malaysia pada 1963 juga adalah disebabkan British Mahu Menyelamatkan Singapura koloninya yang paling untung dr jatuh ke tangan komunis. Tunku tidak berminat tetapi melakukannya juga setelah Sabah dan Sarawak mahu masuik Malaysia.

      Delete
  4. Tidak ada kaitan dengan Ambiga. Kami rakyat Sabah Sarawak memang ingin berpisah setelah kami memahami sejarah yang telah diputar belit oleh kerajaan Malaya yang menyamar menjadi kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana reply aku tadi?Adoyai..

      Jadi lauk cina ajelah korang nanti dayaks...macam terer sangat manage negeri.Cerdik2 buah pelior kata org perak.

      Delete
    2. Macam kami ni hadap sangat nak tanggung geng abu-abu macam korangs??

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.