Wednesday, 10 September 2014

Saifuddin Abdullah dan NUCC Tidak Beretika

Komen Dato' Abd Rahman Dahlan mengenai sikap yang diambil oleh Saifuddin Abdullah, NUCC dan Bar Council mengenai Rang Undang-Undang Harmoni. Dengan sikap lebih sudu dari kuah mereka, isu Rang Undang-Undang Harmoni telah dibuat seolah-olah merekalah yang diberikan kuasa untuk menentukan penerimaannya. Berikut komen beliau mengenai perbuatan ini.
Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menganti Akta Hasutan. Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.
Pertamanya, Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak pernah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengumumkan kandungan deraf itu kepada umum. Mereka hanya diberi mandat untuk mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang. 
Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen. 
Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi. 
Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.
Yang keduanya, sebagai anggota jemaah menteri, saya boleh sahkan bahawa setakat artikel ini ditulis, rang undang-undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet. Oleh sebab itu. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak boleh membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media. 
Itu tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ia juga boleh mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa.
Saya amat berharap agar Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhenti untuk merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah jemaah menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.


Pautan Asal:
http://www.mykmu.net/2014/09/09/akta-hasutan-anggota-kabinet-selar-kenyataan-saifuddin-abdullah/

2 comments:

  1. Bila buat kerja tak ikut undang2, patutnya kena panc*ng teruih. Ini dak, dok biaq sampai naik atas kepala. C%-a/ h#£#£ ni tun m yg paling sesuai dgn depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena ada pemimpin yg tegas dan dihormati..itu yg penting utk negara mcm kita..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.