Sunday, 14 September 2014

PRINSIP KENEGARAAN ISLAM MALAYSIA

Dua minggu sebelum pendakwaan demi pendakwaan atas Akta Hasutan 1948 mula dikenakan ke atas semua yang dituduh menghasut, negara ini seolah-olah sudah begitu hampir dengan titik kehancuran. Hubungan antara kaum menjadi tegang kerana ramai yang merasakan mereka terlalu bebas untuk mengatakan apa sahaja termasuk menghina lain-lain agama. Ini mungkin kerana mereka berpendapat, tiada undang-undang yang dapat menghukum mereka di Malaysia ini. 

Kesimpulan ini mungkin terdorong dengan lojik betapa di negara ini seseorang itu boleh terus bebas dan kaya serta mendapat percikan dunia glamor setelah menghina Islam. Rasa percaya ini mungkin diambil apabila penghinaan ke atas Islam tidak dikenakan sebarang bentuk tindakan seperti di dalam kes Patrick Teoh dan Namewee.

Punca kebiadaban ini ialah terdapat segelintir rakyat Malaysia sedang berusaha menghasut rakyat negara ini melalui penyebaran fahaman yang salah tentang prinsip kenegaraan Islam lalu menimbulkan perasaan iri hati dan benci di dalam diri dan jiwa mereka terhadap Islam.

Justeru itu, penulisan ringkas Dato' Mahamad Naser Disa mengenai Prinsip Kenegaraan Islam Malaysia sebagaimana yang kami petik di bawah, seharusnya dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang subjek yang sentiasa cuba dipertikaikan oleh golongan Ekstremis Islamufobia tempatan. Berikut petikannya:





PRINSIP KENEGARAAN ISLAM MALAYSIA

Haji Mahamad Naser bin Disa
YAYASAN MURNI AQIDAH

1.  Negara Malaysia mentauhidkan Allah. Agama-agamalain tidak boleh  menyalahgunakan nama suci Allah kepada sembahan-sembahan mereka.

2.  Agama Islam adalah Agama Negara (Ideologi Negara); bukan sekadar Agama Rasmi yang berfungsi untuk upacara rasmi sahaja.

3. Negara Malaysia bersumpah atas nama Allah - Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk memelihara Agama Islam pada semua masa, agama-agama dan doktrin asing tidak boleh didakyahkan kepada penganut Agama Islam.    

4.  Kewajipan setiap anggota kerajaan, penjawat awam, dan pasukan keselamatan untuk memeliraha kedaulatan dan kesucian Agama Islam adalah KEWAJIPAN KEPERLEMBAGAAN (Constitutional Obligation) 

5.  Pengurusan Hal Ehwal Islam dilaksanakan oleh Institusi Agama terletak Hak di bawah naungan Sultan/Raja sebagai Ketua Agama yang mempeunyai kuasa mutlak; bukan di bawah pengaruh/telunjuk politik. 

6.  Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri perlu akur kepada polisi dan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama dan mendapat perkenan Sultan/Raja/YDPA.

7. Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara adalah penerusan kepada Kesultanan Melayu/Islam negeri-negeri yang diwarisi sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu, bukan hanya diperolehi semasa negara mendapai kemerdekaan.

8. Memperjuangkan kedaulatan Islam bukan suatu pendekatan politik, bhkan kewajipab kenegaraan berteraskan Perlembagaan.

9. Keharmonian, keamanan, dan kemewahan yang ikecapi oleh rakyat Malaysia adalah hasil dari toleransi kemanusiaan yang menjadi prinsip ajaran Islam. 

10. Ancaman terhadap kedaulatan Islam (Islamufobia & Islam Bashing) di negara ini dicetuskan oleh orang-orang yang mempunyai hasad dengki kepada kehebatan Agama Islam sebagai Agama Negara. 


PUTRAJAYA

10 Februari 2014/10 R’Akhir 1435

5 comments:

  1. T'Kasih di atas artikel yg. sungguh BERNAS ini Ben, terutamanya spt. biasa, penjelasan YB Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa ini. Malangnya seolah si Islam/Melayu LIBERAL termasuk dlm. MT UMNO, seolah BUTA HATI mempertahankan Kedaulatan Syariat Islam (lihat di http://www.ismaweb.net/2014/09/kedaulatan-syariat-tujuan-utama-politik-islam/ , Kedaulatan Syariat tujuan utama politik Islam, Ust Muhd Firdaus Zalani, Pegawai MUIS, September 13, 2014).

    Bila dah dekat Perhimpunan Agung UMNO, barulah berapi setengah tu, nak mempertahankan Islam/umatnya mahupun 'bersongkok' setiap masa cthnya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah makcik..

      November datang, Ultra melayu jadian muncul bagai cendawan selepas hujan.

      Delete
  2. ...setakat ni...gang-gang drp ruling party tak dituduh pun...bermakna,mereka tidak pernah terbabit dlm sebarang hasutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat n setuju dgn apa yg dikatakan Dtk Naser. Daulatkanlah Islam sebagai agama Negara. Persetan agenda sekular Zionis. Ikut contoh Brunai yg mengamalkan tinggalan nenek moyang mrk. Insya Allah kita akan makmur.

      Delete
  3. MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.