Wednesday, 3 September 2014

Pencabulan Kedaulatan Perundangan Malaysia, Menteri Agama Indonesia Perlu Tarik Balik Kenyataan


Pihak kami merapati isu pencabulan ke atas skop kedaulatan Islam Malaysia dan penghinaan ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia oleh Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin melalui lidah Malaysiakini.

Kami tidak pasti sama ada skop tugasan Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Shauki, di bawah pemerintahan Presiden Jokowi, turut memasukkan skop campurtangan urusan Agama Islam di Malaysia. Walau pun tidak pasti, skop tugasan Menteri Agama Indonesia bukanlah urusan kami sebagai orang-orang Malaysia untuk campuri. Perbuatan mencampuri urusan dalaman Indonesia tanpa hak, bererti memperlakukan tindakan biadab kepada tetangga yang serumpun.

Kami juga tidak pasti sama ada pendapat Menteri Agama itu mewakili suara Presiden Jokowi ataupun hanya mewakili pendapatnya sendiri disebabkan pertikaian mengenai jawatan Presiden Indonesia masih belum diselesaikan oleh Mahkamah Perlembagaan Indonesia bersabit kes tuduhan penipuan di dalam PEMILU baru-baru ini. Walau pun tidak pasti, itu bukan urusan kami sebagai orang Malaysia untuk campuri. Kami tidak mencampurinya kerana alasan yang sama dengan alasan yang diberikan sebelum ini. Kami harus mengawal diri dari bersikap biadab kepada tetangga yang serumpun.

Kami juga tidak pasti, sama ada Lukman Hakim Saifuddin terlupa atau benar-benar tidak mengetahui mengenai peristiwa pembunuhan agama antara orang-orang Kristian dan Islam yang dikenali sebagai Pembantaian Tobelo di Maluku hasil tindakan provokatif Gereja Masihi Injil di sana pada 1999. Ia sebagai sebahagian dari krisis pembunuhan antara agama di Ambon pada tahun yang sama. Foto-foto keganasan pembantaian antara agama di sana pada 1999 sekadar mengingatkan trek rekod Indonesia di dalam hubungan antara agama Islam dan Kristian di sana. Bukan niat kami ingin mengungkit, tetapi sekadar menyelak rekod prestasi hak beragama di Indonesia.




Jika kami perlu menerima nasihat mengenai hak beragama, maka, kami perlu memilih negara dengan rekod hak beragama yang seharusnya lebih baik dari Malaysia. Di Malaysia, kami belum sampai kepada tahap membunuh mana-mana umat agama lain atau membiarkan umat Islam terbunuh tanpa mendapat pembelaan yang wajar hanya kerana pertikaian mengenai agama dan hak beragama. 

Kami adalah warganegara yang cintakan keamanan, mematuhi Perlembagaan dan menghormati Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara serta beriman al Qur'an dan as Sunnah. Kami beriman kepada firman Allah mengenai hakikat kewujudan pelbagai bangsa di dalam surah al Hujuraat ayat 13 :

al Hujuraat ayat 13 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Perlembagaan kami menetapkan Islam sebagai Agama Negara. Satu perbatuan yang gagal dicapai oleh Indonesia meskipun jumlah umat Islam di dalamnya lebih sepuluh kali ganda dengan jumlah umat Islam di Malaysia. Ia tercatat pada Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara, maka nama Allah kami merujuknya dengan setegas mungkin supaya tidak lari dari sifat-sifatNya sebagaimana yang dijelaskan di dalam al Qur’an.

Perlembagaan kami juga menetapkan agama lain boleh diamalkan dengan syarat, ianya mesti bersikap aman damai terhadap Islam. Apa yang berlaku di Ambon dan Tobelo pada 1999, dilarang keras di dalam Perlembagaan kami. Ia tercatat pada Perkara 3(1) yang sama.

Perlembagaan kami turut menetapkan bahawa lain-lain agama tidak boleh dikembangkan kepada umat Islam. Ia disebut pada Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Tujuannya hanya satu. Ia supaya apa yang berlaku di Ambon dan Tobelo Indonesia tidak berlaku di sini.

Alhamdulillah, peristiwa seumpama itu BELUM LAGI berlaku di Malaysia ini hasil kerjasama rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara. Terima kasih juga perlu diberikan kepada pihak berkuasa yang sudah mula sedar tentang kepentingan memadamkan semua bentuk api hasutan daripada awal supaya tidak merebak.

Kami sudah lama menikmati situasi aman damai. Untuk kami mengimport kata-kata nasihat dari tempat di mana pembantaian sesama agama berlaku, ianya adalah satu perbuatan yang sangat tidak masuk akal. Melainkan pihak yang menjemput pendapat tersebut seperti Malaysiakini memang mensasarkan apa yang berlaku di Ambon dan Tobelo itu sebagai sesuatu yang menarik untuk dieksperimentasikan di sini.

Jika Tuan Lukman Hakim Saifuddin seorang yang berhemah tinggi, berkebudayaan cemerlang dan datang mewakili suara umat bangsa Indonesia yang hebat, maka untuk menarik balik kata-kata berupa campurtangan ke dalam urusan dalaman Malaysia bukanlah satu masalah besar bagi Tuan.

Sila Tarik balik pendapat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bertaraf Menteri dari negara tetangga yang sentiasa mahu bersikap aman antara satu sama lain.

Tetapi, jika itu tidak dilakukan, ianya adalah sesuatu yang telah lama pihak kami jangkakan. Sebaik kemenangan Jokowi diumumkan di Indonesia, kami sudah bersedia untuk menghadapi keadaan-keadaan seperti ini. Pepatah orang-orang tua kami, sediakan payung sebelum hujan. Tetapi, siapalah kami untuk masuk campur dalam urusan politik dan kenegaraan Indonesia. Itu biadab namanya.

Jadi, ada baiknya tuan Luqman Hakim Saifuddin menarik balik kata-kata yang tidak memberi apa jua bentuk keuntungan kepada perhubungan dua hala kedua negara ini. 

Negara Tuan Dengan Cara Tuan, Negara Kami Dengan Cara Kami.

Sila Tarik balik atas dasar setia kawan. Kami bersedia untuk memaafkan. Dan kami juga bersedia untuk kemungkinan yang sebaliknya. Nota bantahan kepada Kedutaan Indonesia akan kami hantar dalam masa terdekat.


Satu ingatan akhir, selain Makkah dan Madinah, Malaysia inilah satu-satunya negara di dalam dunia di mana Allah ditauhidkan dengan sebenar-benar tauhid dan kami pasti akan mempertahankannya dengan jiwa dan raga kami.

Ingatan akhir turut ingin kami berikan kepada portal-portal berita yang semakin tidak bertanggungjawab dalam mensensasikan isu-isu sensitif sebagai pelaris berita. Pihak Malaysiakini seharusnya berhenti daripada terus mengambil sikap melakukan provokasi dan melakukan penghinaan ke atas keputusan Mahkamah melalui sikap-sikap pemberitaan seperti ini.





3 comments:

  1. Sedihnya melihat nasib saudara se BUMIPUTERA Islam Alam Melayu, yg. diBUNUH sesuka hati oleh si KAPIRDAJAL-ejen Barat/ZIONIS di Indonesia ni! Bahkan, kejadian mcm. ni disyaki akan meningkat di masa hadapan, akibat PENGKHIANATAN si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL bawah Jokowi ni!

    Indonesia memang makin HANCOQ sbg. NEGARA ISLAM, di bawah si LIBERAL Islam Jokowi-dan PENDATANG Kristian Cina Basuki T Purnama! Teruslah BUMIPUTERA Islam/Melayu Indonesia, saudara kita, menjadi KULI dan PATI kat Malaysia ni - termasuk TERBUNUH dgn. KEJAM dlm. bot-bot karam akibat nak balik cuti puasa dan Raya; tapi jgn. harap dpt. simpati dari si Islam/Melayu-BONGKAK kat Tanah Melayu ni, yg. hanya pentingkan dpt. orang gaji/buruh kasar/kuli dari saudara se BUMIPUTERA Indonesia kita, dgn. MURAHAN sekali! Bayangkanlah, gaji pembantu rumah dari si KAPIR Filipina jauh lebih mahal -apa KEJADAHnya ni?!

    Lihat Jokowi (dlm. gambaqnya disyaki juga sedang membuat isyarat pemuja Syaitan-ZIONIS) , betapa bahayanya dia ni – di http://www.jurnalislam.com/nasional/read/93/dari-syiah-ahmadiyah-lgbt-jil-komunis-untuk-jokowi.html , Dari Syiah, Ahmadiyah, LGBT, JIL, Komunis Untuk Jokowi, Oleh Amaif Senin, 09 Juni 2014; dan di - http://www.arrahmah.com/read/2012/06/25/21183-ahok-menghina-ayat-suci-jakarta-tak-butuh-pemimpin-liberal.html , Ahok menghina ayat suci, Jakarta tak butuh pemimpin liberal!, Oleh Saif Al Battar Senin, 5 Sya'ban 1433 H / 25 Juni 2012!

    Dan Basuki T Purnama alias Ahok ini sebenaqnya adalah si Kristian Cina, yg. diimpikan oleh Bukan Islam termasuk dari Barat-ZIONIS, untuk menjadi Presiden Indonesia satu hari nanti - lihat biodatanya di http://en.wikipedia.org/wiki/Basuki_Tjahaja_Purnama:

    Basuki Tjahaja Purnama (EYD: Basuki Cahaya Purnama, Hakka Chinese: 鍾萬勰; Tsung1 Wan5 Hiap8; pinyin: Zhōng Wànxié; born June 29, 1966) is the current Acting Governor of Jakarta, a former legislator in the Indonesian People's Representative Council.[1] and the second [2] Chinese Indonesian to hold this position. He is also known by his Hakka affectionate nickname, Ahok ….

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Lokeman boleh balik jilat sang liberalis Jokowi sampai licin. Kami x mahu negara dgn rekod hak asasi beragama yg lebih buruk dr kami mengajar kami cara utk beragama.

    Kokok buat main, ekor bergelumang tahi Jokowi dan liberalis.

    http://www.pewforum.org/2012/09/20/rising-tide-of-restrictions-on-religion-findings/#interactive

    ReplyDelete
  3. Indonesia memang ramai orang Islam tapi.... keh keh keh!
    faham-faham le!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.