Saturday, 13 September 2014

Pencabulan Eksekutif Ke Atas Perundangan Malaysia?

Telah berlegar-legar di dalam pelbagai laman sosial dan laman sesawang screenshot berikut:


Ini adalah bukti jelas berlakunya percubaan campurtangan pihak Eksekutif negara ke atas ruang Legislatif. Idris Jala ialah orang harapan Najib di dalam menentukan beberapa dasar-dasar utama kerajaan melalui PEMANDU.

Apakah apa yang berlaku ini mendapat keizinan daripada Najib Tun Razak? Apakah Najib mahu kerajaan pimpinannya akan dikenali sebagai sebuah kerajaan di mana golongan Eksekutif bebas masuk campur dalam urusan Legislatif tanpa hak? Apakah Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri mengizinkan perkara ini untuk berlaku?

Boleh sesiapa di dalam PEMANDU atau Kerajaan Malaysia tunjukkan di mana dalam apa-apa undang-undang, yang menunjukkan seorang ahli akedemik bebas berkata apa sahaja di ruangan terbuka untuk mempertikaikan apa sahaja tidak kira dalam apa jua ruang, tempat, keadaan dan masa?

Apakah negara ini mahu menjadi sebuah negara Kangaroo?

Jika ini bukan pencabulan Eksekutif ke atas Legaslatif, ini tindakan apa sebenarnya?

Kenapa tidak biarkan para hakim untuk untuk menentukan kes tersebut sama ada benar-benar satu tindakan menghasut atau sebaliknya? Izinkanlah bahagian Legaslatif negara menjalankan tugas mereka tanpa dikacau ganggu oleh pihak-pihak luar.

Sebarang campurtangan pihak luar ke atas proses undang-undang negara adalah satu bentuk penghinaan ke atas undang-undang negàra itu sendiri. Melainkan Perlembagaan ada menyatakan bahawa Pengerusi PEMANDU mempunyai kuasa yang sama dengan kuasa PEGUAM NEGARA untuk mencelah di dalam mana-mana mahkamah.

14 comments:

  1. Inilah orgnya yg najib selalu dengar nasihat yg bawa rebah kepada pimpinannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. P Ramlee pernah mengkisahkan kisah Kassim Patalon. Penasihat yang membawa rebah kepada Sadiq Sigeraga Yang Tamak.

      Delete
  2. Pagar najib sgt tidak kukuh....semuanya membawa rebah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagar makan padi, lepas itu jual tanah sawahnya.

      Delete
  3. Golongan minum wine ni memang semuanya satu kepala. Korang semua kene faham salasilah kehidupan Idris Jala untuk memahami dimanakah isi hati dia sebenarnya. Beliau adalah di kalangan mereka mereka yang mahukan Islam kowtow kepada perpaduan kaum dengan meninggalkan Islam.

    Tanya kepada golongan elit, kenapakah apabila bersama mereka yang bukan beragama Islam, mereka perlu membenarkan perbuatan perbuatan yang menyalahi undang undang Islam ? Hanya golongan elit sahaja yamg tahu dan faham. Semuanya demi perpaduan.

    Perpaduan, bagi golongan ini adalah pluralisme, membernarkan segala galanya yang difikirkan betul dan 'morally right' berdasarkan akal otak fikiran mereka sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sekali apabila ramai yg dpt dibutakan termasuk golongan yg berpakaian agama tetapi beragama politik.

      Delete
  4. Sebelum ni beberapa orang Najib dengan terang2 menghina Najib-CEO Petronas, AG,MCA dan sekarang Pemandu. Ini hanya menguatkan lagi kenyataan Najib lemah dan tidak dapat mengawal orang sekelilingnya. Malah bini sendiri pun tak dapat kawal.Adakah PM jenis ini yang kita mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa mungkin PM kita dlm situasi under siege? terkepung dgn org2 yg mahu melihatnya kelihatan tidak efisien dan gagal?

      Segalanya ditangan dia. Ttp bukankah dia juga yg melantik smeua org ini utk berkeliling pada dia?

      Delete
  5. Pemimpin yg lemah mnyebabkn suara inner circle lbh kuat jge yg secara x lgsung mcerminkn inner circle yg mperlekehkn lmimpjn mrk sendiri. Atau mungkin jge pmimpin terlalu bharap kpd inner circle ini mnyebabkn mrk besar kepala dan ckp pun besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu besar kepala Tuan Hamba Allah, sehinggakan PM kelihatan sering melakukn prkara yg mmbuatknnya trperangkap di dalam aturan mrk.

      Delete
  6. Kalaupun simpati teramat sgt dgn azmi sharom si penghasut tu, idris jala kena la tengok atas kerusi mana dia duduk. Tengok keliling, hujung bulan dpt gaji siapa yg bayar. Kalau dh rasa dpt gaji kerajaan yg bayar, tutup je mulut tu. Kalau dh tak tahan nk melalak sebelah penghasut, jumpa najib ckp nk resign. Jgn jadi anjing, gigit tangan org yg lepaskan dr tersepit. Dh lama jd driver najibpun masih bodoh lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya Tuan Usin, kenapa dia ni terlalu memandai2 membuat statement yg akan memerangkap pemerintah dalam isu campurtangan eksekutif? Apakah dia fikir PM kita terlalu dungu sehinggakan dia boleh berbuat sesuka hatinya menggunakan posisinya sbg menteri di bawah kabinet PM..?

      Delete
    2. cakap bolehla..apakah kita bole melihat apa yang ada di dalam benak dan pemikiran orang lain...Semuanya hanyalah andaian dan persepsi kita sahaja..
      Persepsi dan andaian hanya akan menyebabkan prasangka. Dan prasangka yang tuan-tuan dah sematkan dalam diri tuan-tuan tu gunakanlah untuk keperibadian tuan-tuan sendiri. Tak payahlah nak pengaruhi orang lain.. buruk padahnya kepada orang lain...

      Delete
    3. Maka bolehlah Tuan Hamba Allah 13:20 mengajukan perkara yg sama kepada Azmi Sharom dan Idris Jala supaya tidak memandai2 membuat prasangka mengenai tujuan Sultan bertindak demikian dan mengapa pejabat peguam negara dan PDRM menahan Azmi Sharom.

      Amalkan apa yg kita khutbahkan...

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.