Thursday, 11 September 2014

NUCC Projek Gajah Putih Gergasi Najib Tun Abd Razak??



Apabila Najib Tun Abd Razak mengumumkan penubuhan NUCC, dinyatakan salah satu fungsi utama penubuhannya ialah untuk mengambil input dan mencadangkan undang-undang harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan.

Malang sekali, amanah harapan besar tinggi menggunung yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada NUCC telah dihampakan oleh perbuatan NUCC menjemput Majlis Peguam untuk mencelus masuk melalui pintu belakang untuk memperkenalkan undang-undang harmoni mengikut arus hawa nafsu songsang mereka.

Bukankah ini bererti tiada gunanya diwujudkan NUCC sekiranya Majlis Peguam juga yang mencadangkan deraf undang-undang tersebut? Bukankah lebih baik Perdana Menteri melantik terus Majlis Peguam daripada membuang wang rakyat dan masa produktif rakyat dengan penubuhan NUCC ini?

Apakah memang itu yang diniatkan sesetengah pihak yang mahukan semua hasrat Majlis Peguam diterima sebagai cadangan undang-undang yang bakal menggantikan Akta Hasutan, tetapi memandangkan reputasi mesra pembangkang Majlis Peguam seperti yang dikatakan Tun Abd Hamid sebelum ini, menyebabkan cadangan tersebut perlu melalui peringkat untuk dikosmetikkan sebagai 'kosher' dan halal dibawa ke kabinet dengan menggunakan nama NUCC?

Jika jelas NUCC tidak berupaya untuk menjalankan fungsi utama penubuhannya dengan menjemput pihak lain menggunakan pintu belakangnya untuk melampiaskan hawa nafsu mereka, maka bukankah ini bererti Perdana Menteri telah berjaya mewujudkan sebuah Majlis yang tidak langsung berfungsi dan bakal kekal sebagai simbol Gajah Putih Gergasi pentadbirannya nanti?

Lebih malang lagi apabila ketidakberkesanan konsultan perpaduan yang dilantik pemerintah ini turut menyebabkan perpaduan yang telah lama terbina di dalam negara bakal tergugat dengan cadangan-cadangan deraf Majlis Peguam yang cuba mengangkat golongan LGBT, murtad dan penghasut sebagai golongan yang harus tidak didiskriminasikan dalam perundangan negara. Mujur TPM telah membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak akan menggunakan deraf yang disediakan Majlis Peguam melalui NUCC.

Menilai semua ini, berapa sebenarnya harga yang pemerintah sanggup bayar untuk Gajah Putih Gergasi  ini? Harganya ialah kemakmuran, keamanan serta perpaduan yang bakal dirobek sehingga hancur berkecai jika ia deraf pintu belakang tersebut diterima tanpa tentangan sebelum ini.

Tahniah atas ketegasan TPM. Tetapi kami akan terus berhati-hati dalam memantau perkembangan janji Najib Tun Razak kepada Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebelum ini.

6 comments:

  1. Dia ni tak habis2 nak mansuh. Dari dulu lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin itu sj yg dia faham mengenai good governance.. mungkin?

      Delete
  2. Mansuh sini mansuh sana apa cerita ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila manusia tidak mampu membuat rumah yang baru dan lebih cantik, dia cuba menunjukkan kemampuannya utk setanding dengan pembuat rumah sebelumnya dengan mengubah jamban menjadi sebuah dapur. pada mata fikirnya, dia berjaya melakukan sesuatu yang hebat dan tidak mampu dibuat org lain..

      Tanpa dia tahu, org lain mengelak melakukan perkara serupa kerana mereka tahu ia sangat tidak masuk akal...

      Delete
  3. NUCC tidak berfungsi. Jika berfungsi pun menguntungkan pembangkang. Setakat ini belum ada sesuatu yang memberi kesan seperti di hajatkan Najib.

    Hanya menjadi NGO biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap NGO pun tak sampai Tuan Maae.. menghabiskan beras, mgkin..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.