Tuesday, 23 September 2014

Menjawab Mitos Ketiga Gerakan Pro Hasutan : Benarkah Akta Hasutan 1948 Tidak Sah Di Sisi Perlembagaan?

Memahami fitnah, pembohongan dan putar belit merupakan makanan ruji golongan pro penghasut dan pro aktiviti hasutan di Malaysia, kita semua harus bersedia dengan suntikan dos anti bodi untuk mengekang virus ini dari menular dan menjalar ke bahagian otak dan pemikiran kita semua.

Satu kelebihan bagi golongan  pemfitnah di Malaysia ini ialah situasi rakyat Malaysia dikatakan golongan yang malas membaca, malas menyelidiki fakta dan cepat benar menyampaikan tanpa membuat sebarang rujukan silang terlebih dahulu.

Melihat tanah ini subur untuk sebarang benih fitnah ditanam, maka golongan pemfitnah akan lebih galak menanam segala bentuk fitnah ke dalam masyarakat Malaysia tidak kira masa, tempat dan budaya.

Malaysia mempunyai kitab-kitab undang-undang yang kini sedang cuba dikoyak satu persatu helaiannya untuk dijadikan bungkusan balutan roti canai mana-mana gerai berjagal roti dalam radius 1 km dari Precinct 3 Putrajaya.

Setelah gagal menyumbatkan RUU Harmoni  melalui pintu belakang gajah putih gergasi Najib Tun Razak, NUCC, kini usaha sedang giat dilakukan untuk merosakkan sebarang kredibiliti Akta Hasutan 1948 melalui pelbagai cara.

Mitos Akta Hasutan Tinggalan Kolonial
Pada awalnya, usaha merosakkan imej Akta Hasutan 1948 dilakukan dengan alasan akta tersebut merupakan akta tinggalan kolonial. Atas alasan dangkal dan kurang waras ini, pihak pro penghasut dan pro hasutan mahukan ianya dimansuhkan. Sibuk menuding jari kepada sifat colonial yang dikatakan dimiliki Akta ini, mereka terlupa empat jari menuding kembali kepada mereka.

Tanpa mereka sedar, terlalu banyak tinggalan Kolonial Inggeris di negara ini sejak 57 tahun yang lalu. Apabila negara ini merdeka, Inggeris pulang ke kampung halaman mereka masing-masing. Tetapi, colonial Inggeris melupakan bagasi yang pernah dibawa mereka masuk keTanah Melayu untuk dibawa pulang sama.

Banyak legasi yang dibawa bangsa kolonial ini dibiarkan bertunas dan membiak dalam generasi-generasi yang sudah bertukar, tetapi sifat asal mereka masih sama sepertimana dari negeri mana mereka berasal. Antaranya pokok-pokok getah yang berasal dari Brazil dan kelapa sawit dari Afrika. Kedua-duanya dibawa masuk untuk kepentingan ekonomi kolonial. Penanaman berleluasa spesis-spesis tumbuhan asing ini terlalu mengambil tempat sehinggakan pokok-pokok serta tanaman-tanaman yang secara aslinya merupakan genus asal dari tanah Melayu, mula dicantas, dipinggirkan ke tanah-tanah yang tidak subur serta tidak dipedulikan. Isu ini masih menjadi masalah kepada sektor eksport minyak kelapa sawit negara yang menghadapi pertuduhan penebangan spesis hutan asal Tanah Melayu untuk memberi tempat kepada tumbuh-tumbuhan asing seperti kelapa sawit.  Spesis-spesis asing ini yang berkembang biak di Tanah Melayu, semuanya merupakan tinggalan kolonial. Tetapi ianya tetap dikekalkan untuk kepentingan ekonomi negara. Selagi ia menguntungkan dan memberi kemakmuran kepada negara, ianya pasti akan dikekalkan.

Samalah juga dengan kes pelbagai bentuk undang-undang yang diperkenalkan golongan kolonial seperti Akta Hasutan 1948. Menggunakan alasan ianya merupakan Akta tinggalan kolonial sebagai alasan untuk memansuhkannya merupakan satu tindakan yang sangat tidak masuk akal dan dicetuskan oleh golongan yang kurang waras.

Malah, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Bar Council itu sendiri merupakan tinggalan kolonial yang lebih tua dari Akta Hasutan 1948.



Mitos Majoriti Ahli Badan Peguam Menyokong Gerakan Mansuhkan Akta Hasutan
Pihak kami di Bangkit! sebelum ini telah mendedahkan bahawa hanya kurang dari 6% ahli Badan Peguam memilih untuk hadir dan mengundi menyokong gerakan mansuhkan akta hasutan.

Jelas, apa yang cuba digambarkan di dalam media-media yang pernah mendapat dana dari National Endowment for Democracy (NED) bahawa EGM Badan Peguam pada 19 September 2014 yang lalu mendapat sokongan majoriti peguam hanyalah satu mitos yang digembar-gemburkan. Realitinya, lebih 94% peguam yang menganggotai Badan Peguam tersebut, memilih untuk tidak menghadirkan diri dan tidak mengundi.


Ini mitos kedua yang telah pihak kami jelaskan.

Mitos Akta Hasutan Tidak Sah Di Sisi Perlembagaan
Satu lagi mitos yang cuba digembar-gemburkan oleh media-media yang mendapat tajaan jutaan ringgit wang cukai rakyat Amerika ialah Akta Hasutan 1948 adalah akta yang tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ianya dibuat pada tahun 1948, 9 tahun sebelum Malaysia Merdeka dan Perlembagaan Persekutuan diwujudkan.

Untuk itu sekali lagi kami menghubungi beberapa orang peguam dan pakar perlembagaan untuk membuat semakan tentang status sah Akta Hasutan 1948 dari segi Perlembagaan.

Ke semua pihak yang dirujuk mengarahkan pihak kami untuk merujuk Artikel 162 Perkara 1 hingga 7 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan sebarang undang-undang yang dibuat termasuk yang telah dilakukan pengubahsuaiannya sebelum Hari Merdeka boleh terus berkuat kuasa di dalam negara.

Artikel 162 Perlembagaan Persekutuan Artikel 1 hingga 7 adalah seperti berikut :

(1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan Perkara 163, undang-undang yang sedia ada hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan ini, terus berkuat kuasa pada dan selepas Hari Merdeka, dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah Perkara ini dan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.

(2) Jika mana-mana undang-undang Negeri meminda atau memansuhkan sesuatu undang-undang yang sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, maka tiada apa-apa jua dalam Perkara 75 boleh menidaksahkan pindaan atau pemansuhan itu semata-mata oleh sebab undang-undang yang sedia ada itu, yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen dan juga Badan Perundangan sesuatu Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, ialah undang-undang persekutuan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Perkara 160.

(3) Sebutan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada mengenai Persekutuan yang ditubuhkan oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan wilayah-wilayahnya, dan mengenai mana-mana pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan itu atau mengenai mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan di dalam atau bagi Persekutuan itu (termasuklah apa-apa sebutan yang kena ditafsirkan sebagai sebutan sedemikian menurut kuasa Fasal 135 Perjanjian tersebut) hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan bila-bila masa pada atau selepas Hari Merdeka, sebagai sebutan mengenai Persekutuan (iaitu, Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957) dan wilayah-wilayahnya dan mengenai masing-masing pegawai, pihak berkuasa atau badan yang bersamaan; dan Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengisytiharkan pegawai, pihak berkuasa atau badan yang manakah yang hendak dikira bagi maksud Fasal ini sebagai persamaan dengan mana-mana pegawai, pihak berkuasa atau badan yang disebut dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada.

(4) (Dimansuhkan).

(5) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah Fasal (4) boleh dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara yang dimaksudkan oleh perintah itu.

(6) Mana-mana mahkamah atau tribunal yang memakai peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada yang belum diubahsuaikan pada atau selepas Hari Merdeka di bawah Perkara ini atau selainnya boleh memakainya dengan apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan dengan peruntukan Perlembagaan ini.

(7) Dalam Perkara ini "ubah suaian" termasuklah pindaan, penyesuaian dan pemansuhan.

Inilah Mitos ketiga mengenai Akta Hasutan 1948 yang cuba mereka sogokkan ke dalam pemikiran rakyat Malaysia. Sedangkan Artikel 162 Perlembagaan Persekutuan itu sudah jelas menyatakan bahawa undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka termasuk di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah sah berkuatkuasa di Persekutuan Tanah Melayu pada dan selepas Hari Merdeka.


Menjelaskan semua mitos-mitos ini, kita menunggu pembohongan apa lagi yang mahu mereka sogokkan demi memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

6 comments:

  1. segala tinggalan penjajah yg tidak berkaitan dgn undang undang x dikata lapuk pulak? termasuk pakaian juga perangai, d ikut dan d praktikkan tanpa mengira kesesuaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Itu juga tinggalan kolonial. Mansuhkan juga kalau ikut lojik mrk.

      Delete
  2. Bgmana dgn kelompok import yg dibawa masuk penjajah tp x dibawa pulang brsama penjajah selepas merdeka? Apa pasal x mansuhkn juga bendasi tingalan kolonial ni?

    ReplyDelete
  3. bercakap tanpa bertanggungjawab adalah idaman hawa nafsu liberalis di Negara ini. sama juga kuasa tanpa tanggungjawab merupakan idaman penguasa yang korup dan zalim. sebab itu mereka benci pada akta hasutan. sebab akta ni lah yang tidak membolehkan mereka untuk bercakap tanpa tanggungjawab. kenapa kita kena tunduk pada hawa nafsu mereka dan membiarkan fitnah melanda masyarakat kita? bukankah melawan hawa nafsu merupakan jihad paling besar seperti disabda oleh rasulullah? dan hawa nafsu yang dimaksudkan ini bukan sekadar nafsu pada makan, persetubuhan atau kebendaan sahaja tetapi juga pada percakapan yang perlu dikawal. maknanya memang dah betul apa yang kerajaan buat selama ni. soal akta itu wujud zaman kolonialis tu soal lain. sedangkan di zaman khulafar rasyidin pun khalifah guna system daftar nama parsi untuk agihkan zakat. system wang arab (dinar) pulak dicedok dari matawang romawi (dineeri). jadi apa masalahnya digunakan oleh kerajaan semasa asalkan keadilannya untuk maslahat umum. memang dangkal sungguh hujah2 mereka kalau cuba kaitkan dengan isu peredaran zaman.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg mrk mahu ialah apa yang dapat memberikan kesedapan kepada hawa nafsu mrk Tuan Jentayu. Yang dilihat mengekang nafsu buas mrk, semuanyq perlu dihapuskan. Mrk tak kisah hatta utk menggunakan alasan yang sangat tidak masuk akal untuk memansuhkan apa yg mrk mahu hapuskan.

      Delete
  4. Spot on ! This is so right. Hmm ... so, why so many malays/muslims becomes short minded liberals ?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.