Tuesday, 9 September 2014

Mansuh Akta Hasutan : Perbincangan Terbuka Atau Tertutup, Kami Mohon Kepastian Dari Perdana Menteri.

Kami menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak di dalam perhimpunan penjawat awam di Putrajaya pagi ini (8 September 2014). Berbanding kenyataannya beberapa hari lepas yang bertegas mahu Akta Hasutan dimansuhkan, nada Dato' Seri Najib sedikit berubah positif. Beliau menyatakan perkara berikut sepertimana yang dipetik oleh BERNAMA.

"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, DENGAN CARA YANG TERBUKA tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini Isnin. (1)

Tetapi nada positif ini didekati kami dengan perasaan curiga dan tetap berhati-hati. Ini kerana, sebelum pihak kami membongkarkan tangan-tangan Majlis Peguam berada di belakang cadangan deraf Rang Undang-Undang Harmoni, dan pihak kami berjanji untuk mencari maklumat dalangnya sehingga lubang cacing, semua usaha untuk menjadikan deraf tersebut sebagai undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan telah diarahkan untuk dilakukan dengan senyap dan tertutup.

Bukan kami mengada-ngadakan cerita ini. Ia diakui sendiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak semasa membuat sidang media sehari selepas dalang disebalik RUU tersebut dibongkarkan di sini.

Tonton video di bawah apabila Najib Tun Razak menempelak sikap Majlis Peguam yang telah menyebabkan deraf tersebut menjadi subjek pertikaian terbuka, sedangkan Najib mahukan NUCC melakukannya secara tertutup.




Terbuka atau tertutup sebenarnya? Kenapa hanya mahu mengambil pendekatan membincangkan secara terbuka dengan pihak-pihak berkepentingan setelah semua yang seharusnya tertutup itu dibongkarkan? Kenapa pula Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Islam negeri, pihak-pihak berkepentingan Melayu tidak disantuni sejak dari awal, malah sehingga deraf itu diserahkan kepada YB Nancy Shukri untuk dibawa ke kabinet? Kenapa pandangan mereka ini semua iaitu pihak-pihak yang berkepentingan secara langsung dengan agama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak pernah dipedulikan sebelum perkara ini dibongkarkan? Ia sudah pasti hampir dibawa ke kabinet secara senyap jika tidak kerana NGO-NGO Islam dan Melayu melakukan bantahan terbuka.

Kenapa dibiarkan NUCC secara sewenang-wenangnya menghantar deraf Rang Undang-Undang tersebut untuk dibawa ke kabinet untuk dijadikan undang-undang tanpa dipersembahkan untuk pengetahuan dan kebenaran Majlis Raja-Raja?

Apa nilainya semua undang-undang di Malaysia ini? Kenapa undang-undang semakin hari semakin tidak dihormati? Malah Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri seakan tidak menghormati kedudukan Perlembagaan dan Majlis Raja-Raja?

Walaupun komen Najib mengenai Akta Hasutan 1948 hari ini bernada sedikit positif, kami tetap tidak akan melupakan apa yang berlaku beberapa bulan lepas dan kenyataan-kenyataan yang dibuat olehnya sehingga kelmarin.

Kami akan menyantuni dan memperhalusi semua kenyataan dan membandingkannya semula dengan tindakan yang dibuat. Ini kerana kami berpegang dan menilai sesutau perkara kepada tindakan yang dibuat dan bukan lisan yang boleh menjanjikan apa sahaja termasuk bulan dan bintang.

Sehingga semua pihak terutamanya Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan pihak-pihak berkepentingan Melayu dan Islam dirujuk oleh pihak pemerintah, sehingga itu sebarang cadangan untuk menyentuh Akta Hasutan akan didekati dengan perasaan curiga dan penuh waspada.

Melayu di generasi lama mungkin mudah lupa. Tetapi Melayu di dalam generasi Melayu Bangkit! tidak sama sekali akan pernah terlupa. Malah kami dari generasi Melayu Bangkit! Juga hanya akan memaafkan setelah sesuatu kesalahan itu mendapat hukuman yang setimpal.


Rujukan:(1) http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1066708

12 comments:

  1. Artikel yg. sungguh BERNAS Ben!

    SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada TOKOH terkemuka dan amat terpelajar spt. YAB Tun Abd. Hamid ini - patutnya dilantik sbg. PENASIHAT MT UMNO, yg. mendedahkan PEMBOHONGAN Pembangkang, kerana Akta Hasutan 1948 telah diPINDA oleh YAB PM, Allahyarham Tun Abdul Razak kita, supaya bukan lagi menjadi legasi British-ZIONIS – lihat di - http://badutrakyat.blogspot.com/2014/09/eksklusif-adakah-benar-aktahasutan.html, EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR #AKTAHASUTAN ADALAH WARISAN ZAMAN #BRITISH ??? WAJIB BACA !!!, Posted By Editor Badut Rakyat , September 08, 2014!

    Tapi harap Tun Hamid dikawal rapi oleh anggota PDRM setiap masa kerana MUSUH ISLAM/Melayu dari DAPBANGKAI/PKRSODOM-ejen Barat/ZIONIS tentu sgt. benci dgn. beliau (termasuk dgn. cubaan suntikan kimia/keracunan makanan-minuman, yg. boleh sebabkan kanser/sakit jantung dsbnya - yg. adalah MO DAJAL biasa si Israel/ZIONIS)!

    Oleh kerana si MUSUH Islam/Melayu nak bangkitkan pasal legasi PENJAJAH Barat-ZIONIS (tapi dgn. PENIPUAN sejarah); sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu dan NGO-NGO Islam/Melayu perlu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan Britain - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu kita!

    Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang MUSUH ISLAM/umatnya!

    Dan oleh kerana kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya juga tentangan habis-habisan di mahkamah ke atas PENIPUAN ini, di mana BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah, yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946 - lihat di - www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/sejarah-perjuangan-kemerdekaan-v.html , Sejarah Perjuangan Kemerdekaan V: Protes Melayu, UMNO & Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu! Dan perlu dikembalikan balik tanah PUSAKA nenek yang kita yg, yg. sewenangnya dirampas PENDATANG termasuk Tanah Rizab Melayu kita, yg. terus senyap berita! Supaya cucu-cicit BUMIPUTERA kita masih dpt. memiliki tanah PUSAKA nenek moyang kita ini dan bukan jadi PENUMPANG/PENGEMIS di masa hadapan!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa tokoh spt Tun Abd Hamid, kelihatan MT UMNO seolah sering mendapat nasihat yang salah dengan caj yang mahal.

      Pihak2 spt Tun Abd Hamid perlu disantuni, didekati dan ditagih khidmatnya. Setuju dgn Mak Cik.

      Malah, kami juga akan menyampaikan nasihat makcik kepada mrk2 yg sedang bergerak bersama Tun Abd Hamid untuk memastikan keselamatannya pada setiap masa. Terima kasih atas nasihat yg sangat baik ini.

      Nampak gayanya, itulah sj cara untuk kembalikan kekuatan umat Islam iaitu dengan mengembalikan sebahagian kuasa eksekutif kepada Raja2 mengikut jalan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan sistem Raja Berpelembagaan.

      Delete
  2. Ya. Please take extreme precautious measures regarding safety of Tun Hamid n our friends in the frontline.

    ReplyDelete
  3. Chewahhh... SEBELUM NI BUKAN MAIN ANGKUH LAGI MAHU MANSUH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali air bah,sekali politikus berubah tuan.

      Delete
  4. Terus trang ckp, najib ada style tersendiri untuk 'menarik' hati org melayu supaya 'melupakan'apa yang dia ckp, janji dan yang dia buat.
    Dia memang tak bleh percaya langsung.
    Nak tergelak bila dia cakap fasal JIKA ada akta baru yg akan gantikan akta hasutan akan digubal lebih baik, tapi dia terlupa bagaimana dia menyalahgunakan kuasa pm untuk menguburkan ISA demi survival politik dia. ISA digubal (dulu) bukan atas sebab kepentingan politik parti tertentu atau orang tertentu, tapi atas dasar KESELAMATAN negara (PENCEGAHAN).
    Kalau lah aku ni pandai undang2x mcm karpal, aku dah tarik dia masuk court untuk menjawab pertuduhan salahguna kuasa dia meyebabkan negara tidak tenteram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa tuan Hamba Allah, rakyat biasa tak perluke court, mrk akan menghakimi setiap kesalahan yg dilakukan dalam PRU nanti. Perbetulkanlah sementara sempat.

      Delete
  5. Sy sokong akan kenyataan tentang safety of Tun Hamid dan beberapa orang yg lain yg perlu diberi perhatian

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan teruskan pemantauan. Mempertahankan kedaulatan Islam adalah ibadah, insyallah. Memang kita curiga, apa niat Perdana Menteri yang seorang ini sebenarnya. Bila terbarai dia marah, rupanya dia mahu semuanya dilakukan bawah tanah. Kalau tak dicungkil kita takkan tahu. Kenapa agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin juga dia mendsapat nasihat yg salah atau terlalu degil untuk menerima sebarang nasihat.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.