Monday, 15 September 2014

Malaysia dilanda gelombang pro-anarki

Seorang peguam menulis kepada kami sebuah email peringatan. Mohon pihak berkuasa memantau kedua-dua aktiviti yang dimaksudkan yang telah disebarkan secara nyata dan jelas di dalam laman-laman sesawang. Isikandungan email seperti perikut :

Ada dua gerakan pro-anarki yang akan berlangsung di negara kita pada minggu ini. Pertamanya pada malam ini 15 September 2014, suatu perhimpunan melancarkan “Gerakan Mansuhkan Akta Hasutan 1948” (GHAH 1948) akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor. Gerakan ini akan dihadiri lebih 120 NGO, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar untuk mendesak penghapusan undang-undang yang bertujuan mencegah dan menyekat tindakan menghasut, termasuk dan terutamanya tindakan penghinaan terhadap empat asas utama Perlembagaan Persekutuan, iaitu Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. (Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan); Bahasa kebangsaan negara (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan); Peruntukan kewarganegaraan sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan; dan Kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja seperti yang dinyatakan dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Kempen ini secara muslihat dan halus juga sebenarnya dilihat bertujuan menyerang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan - Perkara 3(1). Satu lagi kegiatan pro-anarki akan dijalankan pada 19 September 2014, iaitu Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) yang akan dilangsungkan di Dewan San Choon, Tingkat 2, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. EGM ini adalah usaha licik Majlis Peguam bertujuan meluluskan usul untuk menghentikan penggunaan Akta Hasutan 1948 yang didakwa kononnya melanggar kedaulatan undang-undang dan menyekat hak asasi dan kebebasan warganegara dan menutup ruang demokrasi. Mengapa dikatakan kedua-dua acara ini bersifat pro-anarki?
Semenjak beberapa tahun yang lepas, golongan ekstrem di negara ini telah berjaya menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Ordinan Darurat 1969 sebagai langkah-langkah susulan menjadikan Malaysia bebas dari sebarang kawalan yang menyekatnya menjadi sebuah Negara Republik. Tetapi lebih dari itu, mereka bersifat anarki oleh kerana ingin mendapat kebebasan bersuara tanpa sebarang halangan, lantas boleh mempersoalkan setiap asas negara yang dibentuk semenjak sekian lama. Kemunculan gelombang golongan anarki ini yang bermain dengan retorik dan propaganda kebebasan bersuara yang akibatnya kita lihat sendiri menimpa negara-negara yang kononnya ingin memperolehi “kebebasan sebenar” tetapi menjadi porak-peranda.
Corak yang sama sedang melanda Malaysia. Human Rights Watch (HRW), yang telah menerima dana sebanyak USD100 juta (http://money.howstuffworks.com/george-soros-donates-100-million-to-human-rights-watch.htm), merupakan dalang utama di sebalik gerakan besar-besaran ini. Sebelum ini di dalam gerakan protes Akta Perhimpunan Aman , HRW telah memberikan sokongan utama kepada Majlis Peguam dan pihak-pihak yang bersekutu dengan mereka di dalam gerakan protes tersebut. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/frontpage/2011/11/29/human-rights-watch-backs-bar-council-march/)
Kini usaha protes kepada undang-undang berbentuk sekatan yang sama cuba dijalankan sekali lagi melalui pemain-pemain yang sama dalam gerakan pro anarki ini. Melalui dokongan dana Human Rights Watch yang besar sebagai penyokong gerakan, Majlis Peguam dan kebanyakan sekutu penganjur GHAH 1948 merupakan penerima manfaat secara tidak langsung dan mereka mesti meneruskan kempen ini untuk menekan kerajaan Malaysia yang dipilih secara absah melalui proses demokrasi. Sila lihat kenyataan terkini HRW “PM showing true colours with sedition spree (”http://m.malaysiakini.com/news/274637.html.). Malah, Presiden Bar Council sendiri pada 2012 menghalalkan penerimaan dana dari luar negara untuk NGO-NGO tempatan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan melalui pendanaan tersebut. (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nothing-sinister-about-foreign-funding-says-bar-council-chief)


Melalui penglibatan serta pelaburan besar Soros ke atas HRW, NGO-NGO pro-anarki ini perlu melaksanakan komitmen terhadap Soros demi menjustifikasi dana yang telah disalurkan kepada mereka. Adakah rakyat Malaysia akan hanya melihat golongan anarki ini terus memporak-perandakan negara kita?

Itu kandungan email dari warga perundangan yang prihatin dengan nasib negara serta anak bangsa. Sebagai warga yang menghormati Perlembagaan, undang-undang negara, serta prinsip-prinsip asas Rukun Negara, pihak kami gusar dengan isikandungan email peringatan dari peguam yang tidak dinamakan tersebut. 

Kecenderungan sesetengah pihak yang terus berdegil cuba mencabar undang-undang negara melalui pelbagai jalan dan usaha ini malah disokong oleh NGO yang mendapat peruntukan dana yang besar dari tangan-tangan luar ini amatlah menggusarkan. Mohon pihak berkuasa bertegas dengan sebarang bentuk hasutan yang mengajak rakyat membenci undang-undang negara.

1 comments:

  1. Dah sampai tahap campurtangan dana luar, takkan nak biar lagi? Nak tunggu apa lagi sampai negara porak peranda runtuh ke? Tak guna ler umum 6% perkembangan ekonomi kalau semua tu boleh hancur sekelip mata je.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.