Monday, 15 September 2014

Majlis Makan Malam Lebih Tinggi Dari Majlis Raja-Raja?

Perlembagaan Malaysia menetapkan dengan jelas, sebarang perubahan kepada undang-undang yang diwartakan di bawah Artikel 10 (4) Perlembagaan Persekutuan, perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Sebarang pengumuman untuk memansuhkan, membuat perubahan atau menambahbaik sebarang undang-undang yang dibuat di bawah Artikel 10 (4) tersebut mesti mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Ia ditetapkan dengan jelas di dalam Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. Blogger SatD menulis perkara ini pada awalnya di dalam blog miliknya, satdthinks. Prof Shad Saleem Faruqi, juga menyatakan perkara yang sama. Beliau menyatakan bahawa sebarang undang-undang yang diwarakan di bawah Artikel 10 (4) perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja tidak berkenan dengan sebarang cadangan perubahan tersebut, Majlis Raja-Raja boleh mem-veto-kan cadangan tersebut. Ini kuasa veto Majlis Raja-Raja seperti mana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya, kenapa Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong untuk mentadbir Malaysia, memilih mengumumkan hasrat pemansuhan Akta Hasutan 1948 kepada Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu sebelum ke Majlis Raja-Raja?

Majlis Makan Malam vs Majlis Raja-Raja?
Apakah Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara itu lebih besar dan tinggi kedudukannya dari segi Perlembagaan berbanding Majlis Raja-Raja sehinggakan Najib Tun Razak mendahulukan mereka dan membelakangi Majlis Raja-Raja?

Kita tidak mahukan sebarang undang-undang atau akta pintu belakang ditegakkan di dalam negara. Tolong ikut Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Jika Perlembagaan dan undang-undang sedia ada tidak dapat dihormati oleh kuasa Eksekutif, jadi bagaimana mahu mengharapkan rakyat untuk turut sama menghormati undang-undang.

Kepimpinan Melalui Tauladan. Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Pesan orang-orang tua jangan dilupa.

Apa Itu Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan :


Artikel 159 

(5) Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan bahagian 3, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Apa Pula Artikel 10 (4) Perlembagaan Persekutuan :

Artikel 10 (Perlembagaan Persekutuan)

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang telah ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang tersebut.

Apakah Kedua-Dua Artikel Di Atas Telah Dimansuhkan?
Ianya belum dan tidak pernah dimansuhkan dan tidak pernah digantikan dengan sebarang gantian baharu.

Jika Ia Tidak Pernah Digantikan, Kenapa Ianya Tidak Langsung Dilayan Dengan Penuh Hormat Oleh Pemerintah?
Untuk soalan itu, kami tiada jawapannya. Hormat atau tidak hormat atau ada alasan lain, boleh tanya terus kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak atau dikenali oleh kurang 5% pengundi Cinanya sebagai Ah Jib Gor. Mungkin beliau punyai alasan yang beliau fikir sangat rasional mengenai tindakan beliau tersebut.



2 comments:

  1. Memang tak hormat MRR. Betol en BY. Kalau lulus,ni akta pintu belakang.

    ReplyDelete
  2. Apa yg nak diherankan dgn anak didik Ideris Jala ni. Apa yang Jala mahu, semua dia ikut.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.