Wednesday, 17 September 2014

Laporan Polis PEMBELA Ke Atas Laporan Kenyataan Aziz Bari

57 tahun yang berlalu, Raja-Raja Melayu telah memilih untuk membebaskan diri daripada terus menerima Penasihat Residen Inggeris tentang cara bagaimana untuk mentadbir negeri mereka. Merdeka yang dicapai pada ketika itu ialah apabila Raja-Raja Melayu memilih untuk bergabung di bawah sebuah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Melalui Persekutuan ini, sistem Raja Berpelembagaan dipilih sebagai sistem pemerintahan negara. Tiada lagi syarikat Sendirian Berhad atau Berhad seperti Kompeni Hindia Timur yang dilantik untuk menjadi penasihat Raja-Raja Melayu tentang urus tadbir negeri masing-masing. Begitu juga dengan kemerdekaan tersebut, Raja-Raja Melayu memilih untuk tidak lagi menerima sebarang nasihat daripada mana-mana penasihat residen Inggeris. Raja-Raja Melayu kemudiannya memilih untuk melantik Menteri Besar dari kalangan rakyat tempatan untuk mentadbir bagi pihak baginda negeri masing-masing.

Residen-residen Inggeris yang asal sudah pulang. Tetapi masalah yang disangkakan akan selesai dengan kepulangan residen-residen penasihat Inggeris tidak berlaku seperti yang diharapkan. Sehingga ke hari ini, negeri-negeri Melayu sentiasa berhadapan dengan pihak-pihak dengan wajah yang jauh panggang dari api dengan penasihat Inggeris, tetapi amat berjiwa penasihat Residen Inggeris sehingga ke tulang hitam.

Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi negeri-negeri Tanah Melayu, tidak pernah mencatatkan sebarang bentuk perlantikan atau kebenaran kepada pihak yang selain daripada yang dilantik Sultan untuk memberi sebarang bentuk nasihat kepada baginda.

Lewat ini. semakin ramai yang tampil cuba mengajar Sultan tentang apa yang mereka mahukan Sultan lakukan. Lebih malang lagi, apabila sesetengah kelihatan sangat melampaui batas dan cuba menimbulkan kebencian kepada institusi Raja-Raja Melayu melalui tindakan-tindakan mereka.

Dua buah artikel bertajuk, "Only God, Not Sultan, has absolute power, says legal" dan terjemahan Bahasa Melayunya didapati cuba menimbulkan keresahan pihak awam terhadap institusi diRaja Selangor. Justeru untuk mengelakkan perkara yang lebih memudaratkan daripada berlaku, pihak PEMBELA menerusi wakilnya telah membuat satu Laporan Polis berkenaan Ultimatum yang cuba diberikan seorang yang dianggap sebagai Pakar Perlembagaan oleh Malaysian Insider kepada Sultan Selangor.

Berikut Laporan Polis tersebut. Mohon kerjasama pihak PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara meneliti kembali isikandungan serta ulasan yang dibuat di dalam kedua-dua artikel tersebut.

4 comments:

  1. Nak ty skit la aziz bari ni. Tuhan mana yg ada kuasa tu? Akidah geng2 ni mmg diragukan skit. Takut dia refer Allah tp mcm yg puak2 kristian kawan baik dia gambarkan tu. Tak payah nak sibuk sgt la ajar sultan guna kuasa dia. Kat akhirat nnt dia yg kena jawab dgn Allah. Baik ko betulkan sikit akidah ko aziz dan jd lah rakyat yg taat pd sultan. Menentang ketua yg islam tu dosa besar tau tak?

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn puak ni, kita pun tidak pasti Allah mana satu yg diorg percaya, refer dan beriman.

      Allah Yang Maha Esa, atau Tuhan satu dalam tiga yg mereka benarkan pelampau kristian tempatan yang masih berdegil bersikap melampau menghina keputusan mahkamah dan terus mahu merujuknya sebagai Allah.

      Delete
  2. pakar pemlembubaian Aziz ba£i ni tak faham Undang2..

    Sultan Berkuasa MEMILIH MENTERI BESAR..

    Anwar tiada kuasa suruh SULTAN LANTIK BINIYA jadi MB..

    Tarik sahaja gelaran Prof & Kerakyatan..Duduk lah ke negara republik mcm India & China..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah perlu mrk2 ini ke England untuk mendapatkan surat Perkenanan jawatan penasihat Inggeris baru untuk Sultan2 Melayu dari Ratu Elizabeth?

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.