Monday, 29 September 2014

Jutawan Getah Lupa Diri

Portal Malaysiakini melaporkan kisah Jutawan Getah Bercorak yang kini bermastautin di Amerika bersikap lupa diri. Beliau mengatakan bahawa beliau berhijrah ke Amerika semata-mata untuk menyambung pelajaran kerana di Malaysia peluangnya disekat oleh sistem kuota bumiputera.

Usahawan ini perlu diingatkan kembali dengan sejarah nenek moyangnya. Ketika negeri ibunda nenek moyangnya tidak lagi menjanjikan sebarang peluang untuk mendapatkan sekelumit nikmat kehidupan, mereka beramai-ramai mengambil keputusan untuk menaiki segala macam kenaikan air menuju ke sebuah tanah harapan.

Tanah itu diperintah oleh Raja-Raja Melayu. Tanpa sebarang syarat, mereka dibawa masuk secara beramai-ramai tanpa had dan tanpa peraturan jelas yang mengehadkan kemasukan mereka. Berbeza dengan Amerika yang mempunyai polisi jelas tentang pengharaman kemasukan etnik China yang ditetapkan jelas di dalam Perlembagaan mereka.

Semua kenaikan air yang membawa imigran China ke sana berhadapan dengan polisi ini. Mereka dihalang oleh Perlembagaan Amerika itu sendiri untuk mengelakkan perkara-perkara yang orang kulit putih tidak suka berlaku di Amerika. Walaupun Amerika menjanjikan peluang segala bentuk “American Dreams” pada waktu itu, mimpi itu boleh dinikmati oleh semua orang kecuali etnik dari negara China.



Tongkang sudah pun dinaiki, ke mana mereka hendak tujui kerana Amerika telah menutup pintu untuk mereka? Mereka tidak mahu pulang ke negeri ibunda kerana di sana mereka akan mati kebuluran. Negeri ibunda tidak memberikan mereka tapak dan peluang untuk menjalani sisa kehidupan. Negeri ibunda ialah negeri yang penuh susah dan payah.

Maka, destinasi terdekat yang menjanjikan mereka harapan serta penyambung ikhtiar hayat ialah negara-negara di Asia Tenggara. Kebanyakan negara-negara ini berada di dalam Gugusan Kepulauan Melayu. Nenek moyang mereka ini mendapati negeri-negeri Melayu ini memberikan mereka peluang kehidupan kedua. Mereka berusaha dan kemudian menetap di sini. Ini tanah yang menjanjikan setiap yang rajin berusaha akan mendapat labanya.

Raja-Raja Melayu, Pemimpin Politik Melayu, Orang-Orang Melayu Yang Memilih Untuk Merdeka Tidak Pernah Melakukan Perkara di Atas Ke Atas Etnik Cina Di Tanah Melayu. Apa Lagi Yang Jutawan Getah Mahu?
Melalui polisi favouritism kolonial British, mereka mendapat pelbagai bentuk peluang untuk menjadi kaya dan berjaya di tanah ini. Datang cadangan Merdeka. Untuk pulang, kebanyakan mereka sudah beranak pinak dan bermastautin di sini dalam tempoh yang lama. Malah, ramai yang sudah membina empayar perniagaan yang akan merugikan mereka jika mereka kembali ke negeri ibunda mereka. Untuk ke Amerika, mereka langsung tidak diberikan peluang oleh Perlembagaan Amerika melalui Chinese Exclusion Act. Lantas mereka berjuang dan bersungguh untuk memastikan mereka diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Raja-Raja Melayu bersetuju untuk menerima mereka sebagai warganegara dengan persetujuan bersyarat. Mereka harus bersetia dan bersetuju dengan hak-hak keistimewaan bumiputera di negara Persekutuan Tanah Melayu nanti. Ia sebagai timbal balik kepada hak kewarganegaraan yang diberikan secara prinsip Jus Soli kepada mereka.

Ini Yang Amerika Lakukan Kepada Generasi Datuk Nenek Jutawan Getah. Jutawan Getah Mudah Lupa..
Polisi mewarganegarakan kumpulan ini memberikan peluang dan tempat kepada mereka-mereka ini untuk terus hidup dan berjaya di negara baru ini. Mereka tidak mahu pulang ke negeri ibunda kerana layanan negeri ibunda kepada mereka lebih teruk.

Lalu, mereka membina keupayaan politik melalui penguasaan ekonomi. Hakikat Jutawan Getah ini mampu melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat ketika ramai warganegara Melayu bumiputera hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sudah menjelaskan mengenai keadilan tanah ini kepada mereka yang kuat berusaha. Mengapa perlu tamak untuk mengaut semua yang percuma dan mendapatkan bantuan pemerintah ketika diri sudah mampu berlari? Kenapa mesti mahu berebut dengan yang tidak berupaya hatta untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara ketika diri sendiri mampu untuk menyambung pelajaran ke luar negara?

Bukankah ini menunjukkan sifat dan nafsu tamak yang tidak terbendung? Segala apa sahaja mahu direbutkan ketika diri sendiri sudah mempunyai segala yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran. Bagaimana jika anak-anak bumiputera juga mula mempertikaikan bahawa Kontrak Sosial telah melakukan satu ketidakadilan kepada mereka kerana mereka perlu bersaing dengan pihak yang diwarganegarakan setelah lama mendapat tongkat dan sokongan British kepada perkembangan keupayaan ekonomi mereka sejak belum merdeka?

Lihat Sahaja Apa Yang Orang Amerika Hujahkan Dengan Kemasukan Generasi Datuk Nenek Jutawan Getah.
Kita tidak hairan dengan cara pelaporan dan manipulasi berita oleh Malaysiakini yang pernah mendapat pendanaan dari Amerika Syarikat. Amerika negara yang menghalau generasi datuk nenek Jutawan ini dengan secara spesifik menamakan bangsa yang tidak dimahukan Amerika kini dipuja bagaikan satu tokong rahmat.

Tahukah jutawan ini, jika negeri-negeri Melayu dan negara-negara di Gugusan Kepulauan Melayu tidak menerima datuk neneknya satu ketika dahulu, tentu sahaja mereka menjadi kumpulan orang hanyut di Laut Teduh setelah Amerika menutup pintu kepada mereka.

Tak perlulah bercerita tentang ketamakan yang tidak terbendung. Tidak perlulah mengungkit mengenai kontrak sosial kerana kalangan bumiputera itu sendiri tidak sukakan dengan terma-terma tertentu di dalam kontrak sosial terbabit.

Apa Erti Maruah Bangsa? Belum Pernah Tanah Melayu Mengadakan Sebarang Referendum Seperti Yang Dilakukan Di Amerika. Kenapa Tidak Tahu Bersyukur?
Jika kedua-duanya sama mengungkit tentang perkara itu, tentu sahaja perkara tidak baik akan berlaku di dalam negara. Hormati Perlembagaan. Hormati kontrak sosial. Hormati prinsip-prinsip asas Rukun Negara. Tolong hormati semua ini.

Tetapi, jika jutawan ini ingin menjilat ludahan kahak Amerika kepada maruah dan wajah nenek moyangnya dengan polisi Chinese Exclusion Act satu ketika dulu, itu hak dia untuk terus berbuat demikian. Jilatlah sampai puas.

Nenek menangis dalam kubur, siapa yang tahu?



Jadi berhentilah mempertikaikan Kontrak Sosial. Tiada siapa di sini mempertikaikan kewarganegaraan sesiapa sahaja. Jika anda merupakan rakyat Malaysia, kami semua menerima hakikat tersebut tanpa mempertikaikannya. Jadi, hormatilah bahagian kami di dalam Kontrak Sosial terbabit, supaya kami juga menghormati bahagian anda di dalam kontrak sosial terbabit. Sama-sama saling hormat menghormati, menjanjikan Malaysia yang lebih aman dan lebih ramai dari generasi anak-anak seperti Jutawan Getah ini untuk melanjutkan pelajaran ke Amareka...


Kenali Chinese Exclusion Act Amerika dengan membaca pautan di bawah :

13 comments:

  1. Contoh kes cina penipu!

    tak benar kalau kata peluang pelajaran tersekat kerana kuota bumiputra....

    dekat Malaysia ni ada bayak lagi IPT Swasta yang boleh beri peluang dia belajar. Lagi murah dari pergi Amerika...

    Perlu diingat kuota bumiputra tu lah menyeimbangkan keadaan antara Melayu dan Cina (dari segi IPT)....untuk satu anak cina yang "terlepas" peluang belajar (not really) ada lagi 5 orang Melayu yang juga terlepas peluang belajar. kerana kuota tersebut,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya dgn org2 spt ini. Kata2nya boleh menimbulkan persepsi kebencian dan masalah kepada lain org yg sebangsa dengannya yang tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dia mempunyai masalah ketamakann yg tak terbendung. Hanya melihat keupayaan dirinya belajar di Amerika sebagai kesusahan tetapi tudak menghargainyq sebagai satu priveledge yang org lain hanya boleh mimpikan dalam tidur. Org spt ini tidak layak utk berbicara soal negara selagi tak dapat mengikis budaya mahu bolot segala-galanya utk diri sendiri.

      Delete
  2. Biarkan aje. Asal nenek moyang diapun bukan asal tanah melayu. Dia nak berambus, dia punya pasal. Cuma tindakan proaktif dari imigresen kena cepat. Lucutkan kerakyatan dengan segera sebagai pengajaran kpd yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yg perlu dihairankan Tuan Hamba Allah. Ketidaksetiaan itu sudah tertulis dalam darah mrk. Jika negeri ibunda pun boleh ditinggalkan hanya kerana tidak menjanjikan kekayaan kpd mrk, apatah lagi negara penghijrahan yang tidak bertutur bahasa ibunda mrk, tetapi menatang mereka bagai minyak yg penuh sehingga boleh beranak pinak dengan aman dan menjadi kaya.

      Delete
  3. Tk BY. Ini lah kesedaran yang sepatut nya di benam dalam hati anak2 Melayu yang telah longgar dan rosak semangat kenegaraan. Ramai yang ingin menyertai kumpulan yang dalam diam bakal mencekik mereka semua, kecuali hidup dan mengikuti gaya moral busuk yang di miliki bangsa yang tidak akan pernah mengenang budi. Cara nya berterusan mengecop melayu itu sentiasa rasis, di canang sehingga ke platfom dunia. Walhal perkara benar ialah mereka sendiri berbau bangkai berulat...

    Semoga kerajaan membina semula dasar-dasar Semangat Melayu yang sudah runtuh. Melayu itu boleh sahaja menceburi semua bidang jika di asah cara bersepadu dari peringkat awal.

    Itu yang cina lakukan kepada pelapis2 mereka sehingga kini sudah mendapat platfom untuk menderhaka dan memberontak. Mentor nya maeih hidup memberi semangat perjuangan tidak kunjung padam dengan psikologi negatif yang mencergaskan adrenaline mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Tuan Maae. Itulah masalahnya dgn golongan ni. Mrk x malu utk mengaku ditindas ketika 8 dari 10 individu terkaya di Malaysia adalah mrk.

      Masalahnya pihak pemerintah juga seakan2 sibuk mahu melayan kehendak golongan tamak ini dgn sentiasa menunjukkan sikap seolah2 bersalah setiap kali pihak ini mengemukakan tuntutan dan mengeluarkan kenyataan. Apa masalahb pihak pemerintah dan kumpulan melayu pembangkang ini?

      Nak kata mrk punyai jumlah undi yg boleh membantu, tidak juga. Tetapi yg jelas mereka2 ini mempunyai sumber kekayaan yg boleh memenuhkan mana2 tembolok pemimpin melayu x kira dr pemerintah atau pembangkang selagi mana tembolok elastik mrk ini berkembang seiring dengan tuntutan hawa nafsu.

      Jadi kesedaran ttg apa yg sedang menimpa pemikiran generasi pelapis melayu tidak begitu dipedulikan kepimpinan yg ada pada waktu ini.

      Delete
  4. Ben
    Macam mana tak balik Malaysia , disinikan ada
    Ah Jib Gor
    Ang Wah

    Ini dua dua akan beri apa cina mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah makin naik kepala sekarang ni. Ada Ah Jib Gor dan Ang Wah rupanya. Hahah.. Sa Boo pun jangan lupa.

      Delete
    2. Nie Ah Jie pun ada!

      Delete
    3. Hahah.. Good one .. Nie Ah Jie. Mmg komen berani mati Tuan. Ini orgnya yang doa pecah perut, Tuhan potong lidah, KO orang lain dan perkataan berua sentiasa dimulut. Tp jgn risau, semua doa tu patah balik ke tuan punya doa. Kita telah saksikanapa yg dah berlaku. Yg pecah perut, hampir nazak, lidah terpotong dan jd berua org lain ialah parti Ni Ah Jie..

      Delete
  5. Tauke Getah boleh kamcheng dengan Alvin Tan. Memang c#£ai, penipu besar, terang2 mamat ni tak sedar diri hati busuk dengan dendam kesumat.

    'Endangers the good order of certain localities'

    Apa nak dikata, sudah terang lagi bersuluh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya mempunyai punca. Pemikiran diorang ni diternak semenjak kecil untuk membenci negara yg beri perlindungan kepada nenek moyang mrk. Persoalannya di mana pemikiran ini disuntik kepada mrk semenjak kecil?

      Apakah pendidikan vernakular yang menjadikan mereka ini tak setia kpd negara? Jika itu puncanya, segera lah Ah Jib Gor ikut cara Ah Kuan di selatan.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.