Friday, 5 September 2014

JELAJAH PRO HASUTAN Untuk Menghapuskan Akta Hasutan 1948


Berikutan tindakan tegas PDRM yang sudah mula menjalankan tindakan tangkas dengan menahan serta mendakwa mereka-mereka yang melakukan perlbagai bentuk hasutan untuk memporak perandakan Malaysia, tindakan pantas PDRM ini mula menimbulkan rasa resah kepada sesetengah golongan yang merasakan agenda mereka tidak akan tercapai jika Akta Hasutan Ini dikekalkanserta diperkasakan.

Pada waktu ini, melalui dana-dana yang diperolehi untuk membiayai gerakan Pro HASUTAN,sudah berlangsung program jelajah untuk menghasut rakyat Malaysia serta memberikan tekanan politik kepada kepimpinan negara untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Golongan minoriti PRO HASUTAN ini menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah berjanji untuk memansuhkannya selkitar tahun 2012.

Langkah Najib Tun Razak, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA, Deklarasi Darurat dan Ordinan Darurat telah menyebabkan negara tercampak ke dalam situasi tegang dengan hubungan kaum dan agama di dalam negara berada pada tahap yang paling teruk sejak 1969.

Ramai pihak yang mengambil kesempatan dengan ketiadaan kesemua akta dan undang-undang ini untuk mempersoalkan satu demi satu perkara yang telah lama kita semua sepakati sebagai isu sensitif yang menjadi tiang seri kepada perpaduan negara.

Agama Islam menjadi subjek penghinaan kini. Allah dan RasulNya menjadi bahan sendaan dan cercaan di laman-laman sosial tanpa dikenakan sebarang tindakan sebelum ini. Yang diPertuan Agong dimaki hamun di laman-laman sosial. Raja-raja Melayu dicaci maki sewenang-wenangnya. Polis digelar dengan pelbagai bentuk gelaran yang amat menghinakan oleh merwka-mereka yang biadab ini.

Apakah pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat sebelum ini berjaya mengubah negara menjadi negara yang lebih aman, bertamadun dengan rakyat yang saling hormat dan menghormati antara satu sama lain? Jawapannya, TIDAK SAMA SEKALI!!!!!

Jadi mengapakah dibiarkan kumpulan PRO HASUTAN ini menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain untuk menghasut rakyat untuk percaya bahawa dengan memansuhkan AKTA HASUTAN 1948, negara akan menjadi lebih baik dan aman damai nanti?

Terlalu bebalkah mereka-mereka ini dengan gagal melihat negara yang kini berada dalam situasi seperti sebuah bom jangka yang menunggu percikan api yang tepat untuk meledakkan satu lagi bentuk malapetaka dalam hubungan kaum di Malaysia??

PDRM telah bertindak bijak denga  kembali mengggunaka  Akta Hasutan untuk mengembalikan negara kepada keadaan aman sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Usaha PDRM ini harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Tetapi, usaha ini pasti akan mengalami jalan buntu apabila Akta Hasutan 1948 dihapuskan nanti dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Harmoni yang cukup longgar dan dideraf oleh pihak-pihak yang berkepentingan tertentu.

Akta Hasutan ialah Akta yang selama ini berjaya mengekang budaya menghasut yang bermungkinan mampu menggungatkan keselamatan negara. Ianya dipersetujui oleh semua pihak kecuali golongan yang memerlukan hasutan untuk menjalankan setiap dari agenda mereka.

Hanya mereka-mereka yang Pro tindakan menghasut dan Pro kepada segala bentuk hasutan akan beryerusan berdegil menuntut akta ini dihapuskan.

Yang jelas, golongan yang menuntut akta ini dihapuskan ialah golongan yang tidak mengangkat pemerintah ke tempatnya sebagai pemimpin negara.

Dan yang lebih jelas, sanggupkah Najib Tun Razak melukakan hati pihak-pihak yang mengangkatnya sebagai pemimpin negara, memberi sampah kepada yang mengalungkannya bunga, mencebik wajah kepada sentiasa berdoa dan mengucapkan selamat kepada dirinya sekeluarga?

Tepuklah apa sahaja dan tanyakan kepada apa saja itu..

2 comments:

  1. NajibPerosakNegara6 September 2014 at 03:19

    Salam,
    NAJIB SESUMPAH DLM UMNO!!

    Bila Tun Mahathir tegur Najib dengan keras, pengampu2 Najib mula hentam Tun.
    Termasuklah Musa Hitam useless tu. Zaman Tun ramai yang menentang beliau walaupun cukup banyak kebaikan dan kecerdikan Tun mentadbir negara

    Tapi amat MALANG zaman Najib.walaupun bodoh dan lembik mentadbir.. penuh dengan muslihat dan proksi punasehat, huru hara macam2 MH370-, Lahad Datu, MH-17, Sabah hasut kelua Malaysia, Islam dihina bertalu2, Sultan di caci.. ekonomi tak tentu hala.. tapi tiada SEKOR pun dr UMNO MENENTANG?? Bacul pemimpin2 UMNO yg lain hanya tahu menjaga TEMOLOK masing2 dan takut melawan kerosakan Najib buat!!

    Kenapa Najib beria2 mahu mengikut segala tuntutan dan ideologi Pakatan Haram?

    Najib ini dibiayai siapa sebenarnya?

    Najib berusaha bersungguh2 untuak hapuskan ISA, Akta Hasutan tapi pada masa yang sama dia GAGAL sama sekali mengawal keadaan dalam negara yang tegang dgn isu KAUM-AGAMA-JENAYAH-KEDAULATAN..

    Apakah gila Najib ini atau memang dia dirancang sebagai parasit dlm UMNO??

    ReplyDelete
  2. SETUJU dgn. YB Datuk Ibrahim Ali - takkan undi BN kalau PM hapuskan Akta Hasutan! Tolonglah tubuhkan parti baru ISLAM/Melayu yg. TULEN - bukan parti PENGKHIANAT spt. PAS/UMNO!

    Si Islam/Melayu-LIBERAL memang PENGKHIANAT; hati punya JAHAT! Lebih pentingkan KEMEWAHAN anak-beranak depa, hingga sanggup GADAIkan agama/bangsa/NEGARA ISLAM PUSAKA nenek moyang kami ini! Dahlah tu, punyalah PENAKUT kat MUSUH ISLAM/Melayu dari Barat-ZIONIS dan ejen mereka dari DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.