Wednesday, 10 September 2014

Hina Islam Kes Chow Jack, Rais Yatim Bercakap Benar

Pada 2009, ketika kemuncak penghinaan demi penghinaan ke atas agama Islam dilakukan golongan bukan Islam, Dato' Seri Rais Yatim cuba menenangkan umat Islam dengan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk menghukum semua kesalahan ini.



Ketika itu, umat Islam yang mahu patuh kepada undang-undang hanya mampu menelan semua bentuk penghinaan ke atas Islam yang dibuat oleh Namewee dan Patrick Teoh.

Rais Yatim pada ketika itu menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pelaku-pelaku kesalahan ini. Namun, ianya tidak langsung diambil peduli. Seolah nasihat dan teguran Rais Yatim, jatuh ke telinga orang-orang yang pekak dan tuli.

Lima tahun berlalu, semakin hari, semakin banyak penghinaan ke atas Allah, Islam, Nabi, Rasul dan Raja-Raja Melayu berlaku seolah ianya sebuah penyakit berjangkit yang merebak deras.

Umat Islam semakin marah dengan tindak tanduk pihak berkuasa yang seolah 'terlena' dalam menghadapi masalah-masalah penghinaan ke atas agama Islam dan Institusi Islam ini.

Kemarahan mereka mencapai kemuncaknya apabila kes Kiki Kamaruddin, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Shahul Hamid dikenakan tindakan dan pendakwaan dalam tempoh yang cukup singkat.

Kemarahan ini seolah-olah tidak terbendung lagi dan umat Islam mula menuntut semua pihak yang telah diamanahkan untuk mentadbir undang-undang dengan adil, menjalankan keadilan mereka tanpa memilih bulu.

Umat Islam mula sangsi dengan kenyataan yang dibuat Rais Yatim lima tahun dahulu. Kenyataannya bahawa undang-undang cukup untuk menghukum pesalah penghina Islam, seolah-olah dirasakan sebagai satu pembohongan oleh pihak pemerintah.



Sehinggalah apabila Chow Jack dihukum dengan penjara setahun semalam di bawah akta komunikasi dan multimedia. Jelas dengan terhukumnya Chow Jack yang biadab ini, apa yang diperkatakan serta ketegasan yang dituntut Rais Yatim lima tahun lepas, terbukti benar.

Persoalannya.. Kenapa kebenaran ini mengambil masa yang terlalu lama untuk muncul? Sedangkan Rais Yatim sudah pun mengatakan bahawa peruntukan akta komunikasi dan multimedia boleh digunakn untuk menghukum mereka-mereka ini?

Apabila Rais Yatim dibuktikan bercakap benar, maka di mana orangnya yang selama ini menjaja ke seluruh negara dengan membohongi umat Islam bahawa tiada peruntukan undang-undang yang cukup untuk mendakwa golongan penghina Islam ini? Orang ini, siapa pun jawatannya,sila sedar diri dan letakkan jawatan.

5 tahun untuk menyedari tentang peruntukan  ini yang boleh digunakan setelah Menteri Kabinet menunjukkan arahnya separuh dekad yang lalu ialah satu kelembapan serta ketidakcekapan dalam menjalankan tugas yang tiada tolok bandingnya.

Tahniah kepada PDRM yang menahan Chow Jack. Tahniah kepada para Hakim dan mereka-mereka yang terlibat dengan proses pendakwaan kerana berani menggunakan peruntukan yang selama ini seolah-olah 'telah disuntik dengan ubat tidur'.

Ketegasan dan kecekapan pelaksanaan undang-undang seperti inilah yang akan menjamin Malaysia akan lebih aman dan berpadu. Bukan dengan sibuk ke hulu dan ke hilir menghapuskan segala undang-undang yang ada.


9 comments:

  1. Tendang saja si Sial Ghani Pantalon kan senang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia di situ krn ada org mahukan dia di situ.. dia di situ tidak sendirian.. yg bersama dgnnya juga prlu diberikan perhatian.

      Delete
    2. inilah masalahnya bila yang diberi amanah bersikap bodoh sombong,nampak macam berpelajaran bila pegang jawatan....rupa-rupanya bodoh macam lembu bebal macam keldai....

      Delete
    3. lemah syahwat dia orang ni bagus tungging kat anwar ibrahim

      Delete
  2. latar belakang dia apa? macam idris jala ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'lam Tuan Hamba Allah... tp dr segi sikap, mgkin dekat2 sj..

      Delete
  3. Maslahnya Ben, si LIBERAL dah Kuasai UMNO dan kita ada pula si AGLIBERAL-PENGKHIANAT-yg. patut diPECAT, yg. lain mcm. pula dah sekrg. ni - lihat di http://www.mykmu.net/2014/09/09/pendakwaan-akta-hasutan-peguam-negara-buat-flip-flop/ , Pendakwaan Akta Hasutan, Peguam Negara Buat “Flip-Flop”?, Posted by lawyer cabuk , 9 Sept 2014!

    BALA! BALA!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahu tak mahu makcik, kena terus berjuang..

      yg batil in sya Allah akan runtuh, ttp masa keruntuhannya yg kita tidak tahu bila makcik..

      Kita kena terus berusaha.. In Sya Allah..

      Allah Itu Ada.

      Delete
  4. kebalsgt.. byk pegang fail bang jib kot?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.