Saturday, 20 September 2014

Hanya 6% Ahli Setuju Dengan Agenda BAR Ke Jalanan

Gambar Dari Malaysian Insider EGM Semalam. Malaysian First.
Mesyuarat Tergempar Badan Peguam yang telah diadakan kelmarin, 19 September 2014, menyaksikan kehadiran hanya 975 orang peguam untuk mengundi usul mengadakan perarakan di jalanan bagi menyokong golongan pro hasutan dan berkecenderungan untuk menghasut dengan mengusulkan pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Dirampas golongan minoriti dengan agenda untuk menentang kewujudan undang-undang sedia ada. Rata-rata lebih 14,000 ahli badan tersebut memilih untuk tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat yang disifatkan mereka terlalu syok sendiri dan membuang masa. Kuorum yang ditetapkan untuk mesyuarat untuk diterima sebagai sah hanya pada kehadiran 500 orang.


6%. Sama Tinggi Dengan GST. Sedikit Sahaja Menurut Pemerintah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Syahredzan Johan, kolumnis di Loyar Buruk (1). Beliau juga merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar yang merupakan orang penting di dalam organ media pihak pemerintah. Beliau terlibat sebagai penulis di dalam Projek Dialog (2), sebuah projek yang sebelum ini berkali-kali menghina Islam dan penghina-penghina tersebut MASIH BELUM DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Kenapa tindakan-tindakan provokasi mereka boleh dibuat-buat lupa? 

Melihat ini, kita boleh faham kenapa sesetengah pihak membenci Akta Hasutan 1948? Bagaimana untuk terus menghasut jika Akta Hasutan masih ada?

Suka benar mereka. LGBT satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Bukankah apa yang dimuatkan di atas ini seolah mahu menggalakkan rakyat Malaysia melakukan jenayah?

Protes Kerana Projek Undang-Undang Pintu Belakang Ditolak?
Terdorong dengan kekecewaan RUU Harmoni ciptaan mereka yang gagal disumbatkan melalui pintu belakang gajah putih gergasi Najib Tun Abd Razak, NUCC, maka mereka kembali kepada satu-satunya sifat yang meletakkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan political master sesetengah pihak di dalam badan tersebut dari kalangan pembangkang. Dari tepi jalan mereka datang, ke tengah jalan mereka kembali.

Sebelum ini Bangkit! mendedahkan usaha Bar Council melalui penglibatan Syahredzan Johan sebagai penulis deraf Rang Undang-Undang Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 (3). Satu pembongkaran yang selama ini cuba disembunyikan melalui kenyataan berdolak dalik mereka-mereka yang berada di dalam NUCC termasuk ahli PasMa Mujahid Yusof Rawa.(4)

Walaubagaimanapun kemudiannya, Syahredzan Johan menggunakan ruang penulisan di dalam akhbar Sinar Harian sebagai confession roomnya untuk membenarkan pendedahan yang dibuat Bangkit! sebelum ini (5). Mungkin beliau merasakan komentar yang ditinggalkan di dalam Bangkit! sebelum itu, belum cukup memuaskan.

Bermula dari itu, pihak pemerintah mula menganggap tindakan Bar Council yang cuba melampiaskan hawa nafsu mereka melalui pintu belakang gajah putih gergasi Najib Tun Abd Razak, NUCC, sebagai satu tindakan lebih sudu dari kuah.

Maka muncullah satu persatu kenyataan daripada pihak pemerintah yang menolak undang-undang pintu belakang yang dicadangkan oleh Bar Coucil yang disalutgulakan atas nama NUCC, majlis tiada beban batu digalas pemerintah.

Cuci Tangan..

Lagi cuci tangan..

Terus cuci tangan..

Mesti cuci tangan sampai bersih..

Dari Pintu Belakang Ke Lorong Belakang
Gagal melampiaskan hawa nafsu melalui pintu belakang gajah putih tersebut, EGM semalam cuba membawa agenda pemansuhan Akta Hasutan melalui lorong belakang. EGM yang tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli badan tersebut kemudiannya mengundi untuk membawa suara-suara mereka ke jalanan.

Perbuatan segelintir mereka yang mahu menjadikan badan ini sebagai badan jalanan menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa badan tersebut kini cuba ditunggang dan dijadikan seolah sayap biro undang-undang parti pembangkang.

Persepsi Bar sebagai agen biro undang-undang pembangkang, bukanlah muncul semalam. Ia telah berlegar dalam masyarakat sejak sekian lama.
Teruja dengan jumlah undi minoriti syok sendiri ini, Syahredzan Johan lantas mengucapkan perkataan “Jalan!” (6) sebagai ganti saat eureka ketika melihat EGM tersebut mendapat undi sebanyak 6% dari keseluruhan keanggotaan badan tersebut.

Jalan! Mengikut seruan Syahredzan Johan. Ya, kami bersetuju dengannya sebagaimana dia pernah bersetuju dengan pendedahan kami sebelum ini.

Ajakan Jalan jalan Jalan! Syahredzan membuatkan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim teruja, terkesima, terpana, terjantur, tersulap lantas terpesona untuk re-tweet pelawaan Jalan jalan Jalan! tersebut.

“Jalan jalan Jalan!” Kata Syahredzan Johan.

Ya kami setuju.

"BAR Boleh Jalan!” Kata kami di Bangkit!




Rujukan :

7 comments:

  1. xyah lyn puak2 ni. Loyar lah sangaaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena layan diorg dengan kenakan tindakan undang2 yg berpatutan dengan sikap memusuhi undang2.

      Delete
  2. 50 ~ 60% ahli Bar ialah Islam. Mana pergi depa masa EGM? pasai apa x turun? Pasai apa biaq non muslim dictate apa yg Bar kena buat? X paham pasai fardu kifayah ka loyer2 mangkuk?

    94% x hadir. Kita tak tau depa ni sokong ka tak. Mungkin sokong atau mungkin fed-up dgn bar. Yg pnting lesen tiap2 tahun boleh renew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok depa kena jawab la.

      Takkan sibuk buat S&P sampai tak boleh nak turun pi EGM?

      Apasal bersikap apati?

      Takat S&P kerani pun boleh buat. Jangan jadi macam sesetengah kacang lupakan kulit yang mewah pun dengan dasar Melayu..tup-tup nak jadi hero lawan bangsa sendiri!

      Poodah!

      Delete
    2. Persoalannya kenapah mereka-mereka ini yang jelas mempersendakan Islam Agama Persekutuan dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong kelihatan seperti kebal undang-undang?

      Dah la tu, suruh orang buat jenayah ikut jalan belakang pulak tu!

      Ish2

      Delete
    3. Tuan Hamba Allah 20 September 2014 23:59 & 21 September 2014 02:32.

      Ni la loyar dalam kategori hidup untuk kepentingan duniawi. Janji dia hidup senang. Yang lain tidak perlu diambil peduli.

      Delete
    4. Apsal loyar melayu liberal sgt aktif. Yg lawyer muslim mcm haremmm lembab serupa sialan biar bar kene kontrol oleh nons.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.