Saturday, 13 September 2014

Gani Patail Ditegur Bekas Peguam Negara!

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Talib Othman
Nampaknya semakin hari semakin ramai yang tampil dan mengkritik secara terbuka berkenaan dengan ketidakcekapan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pejabatnya. Kali ini ianya datang daripada seseorang yang pernah menjawat jawatan itu sendiri, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Tan Sri Abdul Talib Othman itu dilaporkan sebuah portal tempatan telah menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila Peguam Negara baru-baru ini membuat kenyataan bahawa pejabatnya kini, sedang mengkaji semula pendakwaan yang dikenakan oleh kolumnis sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan yang juga merupakan salah seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Profesor Madya, Dr Azmi Shahrom dan
beberapa yang lain yang didakwa dengan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970).


Pada pandangan beliau adalah tersangat pelik jika sesuatu pendakwaan itu dikaji semula setelah seseorang itu didakwa di makhamah. Walaupun Peguam Negara telah mengatakan bahawa proses kajian semula kes-kes adalah satu prosedur biasa dan beliau berjanji untuk menjalankan tugasnya dengan tepat, telus dan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. 


Tan Sri Abdul Talib Othman memilih untuk berpandangan sebaliknya. Katanya Pendakwaan adalah suatu perkara serius yang tidak boleh dibuat main-main kerana ianya bersangkutan dengan maruah, kredibiliti dan pandangan masyarakat terhadap seseorang.” “Ianya akan menyebabkan mereka-mereka yang didakwa mengalami gangguan emosi. Walaupun setelah pendakwaan itu ditarik balik, perasaan kemurungan itu akan kekal,” tambahnya lagi.


Tan Sri Abdul Talib Othman juga mendakwa, semasa beliau memegang jawatan Peguam Negara, kes-kes pendakwaan dibuat mengikut lunas-lunas undang-undang, kesamarataan dan amat mementingkan kepentingan awam tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Beliau juga akan memastikan untuk hanya memberi lampu hijau kepada kes-kes yang kukuh dengan peratusan pensabitan yang tinggi.


Berbalik kepada kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengkaji semula beberapa kes pendakwaan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970), beliau berpendapat bahawa perbuatan tersebut hanya akan memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa pendakwaan yang berlaku dibuat tanpa pertimbangan fakta dan bukti kes, dengan cara yang serius dan berhati-hati. 


“Adakah beliau (Gani Patail) mengaku bahawa beliau tidak berlaku adil dan telus ketika melakukan pendakwaan dan adakah itu juga sebabnya beliau kini akan mengkaji semula kes-kes tersebut? Mungkin dia patut perjelaskan tentang perkara ini.” 


Tan Sri Abdul Talib Othman mengakhiri perbualan dengan berpesan bahawa kerja pendakwaan sebenarnya dilakukan bukan untuk mensabitkan kesalahan semata-mata tetapi adalah untuk menegakkan keadilan kepada yang tertuduh dan juga mangsa.



Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail.


9 comments:

  1. Gani 4tahil harus tegas dengan pendakwaan,bukan flip flop.Barulah orang respek.Mungkinkah ada tekanan dari pihak tertentu?Najib atau pembangkang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami juga merasakan seperti ada tekanan dr pihak tertentu sehingga mengganggu beberapa proses keadilan di dalam negara. Jika ia benar, bermakna sistem ini harus diperbaiki.

      Delete
  2. sudah berbelas tahun AG digaji untuk menggigit tangan orang yang memberinya gaji. tak perlu tegur sebenarnya, singkirkan sahaja adalah jalan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengikut prosedur, YDPA boleh tegur dan nasihatkn PM utk berbuat sesuatu dalam kes prestasi kecekapan AG ini. Jika bekas AG juga sudah mula bersuara, tentu ada sesuatu yg jelas tidak kena dgn mapa yg sedang berlaku sekatrang.

      Delete
  3. Ghani Pataik ni torjan horse parasit belaan Najib Gorr.
    Semua ini adalah gambaran sebenar Najib PM. Org2 nya melaksanan asprirasi Najib.
    Najib ingt org Melayu UMNO bodoh mcm Melayu PRngok dan Melayu PASngok. Boleh tarik tali dlm tepun utk hapuskan perlahan2 Akta2 pencegahan.

    Najib akan dijatuhkan tak lama lagi jika beliau konsisten dengan agenda musuh kerajaan!. You are looser Najib!
    Punasehat2 kau ialah org yg tidak kenal bangsa dan Agama!

    Syabas TS Muhyiddin atas ketegasan kes UPSR. Walaupun blogger tk beri perhatian. mungkin ramai blogger pro Krjn Najib dh suap makan cukup2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap2 dlm warung internet mengatakan kes UPSR mgkin ada kaitan utk mensabotaj imej TPM.. Wallahua'lam.

      Memandangkan TPM agak lantang lewat isu Akta Hasutan ini, mgkin ada org yg tidak suka..

      Kita akan bersama dgn sesiapa jua yg menyokong kebenaran.

      Cuma harap kalau kita tak bersetuju, elakkan menggelar dgn nama yg memburukkan.

      Delete
  4. NEGARA ADNMASYARAKAT AMAT2 LEMBAB, MENGAMBIL MASA TERLAU LAMBAT UNTUK MENYEDARI BAHAWA SESUATU PERKARA, SISTEM, PELAN, PERATURAN, PENTADIBIRAN, KUASA, DLL TAK BERJALAN, MAMPU BERJALAN. MENGENAI AG'S CHAMBER AND ITS EFFICIENCY AS WELL ITS EFFECTIVENESS SESUATU YG AMAT2 MENGECEWAKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lembab Tuan Hamba Allah.. memang lembab.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.