Monday, 22 September 2014

Ekstremis Kolar Putih Dalam Pakaian Moderate

Sesiapa sahaja boleh menggelarkan diri mereka sendiri dengan apa sahaja gelaran yang disangka mereka memutihkan persona mereka dengan kemuliaan. Parti Komunis Malaya menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kemerdekaan sedang dalam masa yang sama, mangsa-mangsa mereka menganggap mereka sebagai syaitan bertopengkan manusia.

Adolf Hitler menganggap dirinya pejuang pembebasan dan anugerah Tuhan untuk bangsa Aryan. Mangsa-mangsanya saban hari berdoa supaya dia kekal direjam dalam api neraka untuk selama-lamanya.

David Koresh dan Marshall Applewhite menganggap diri mereka sebagai wakil dari Christ yang bakal membawa pengikut mereka menuju jalan kebahagiaan abadi. Orang-orang yang waras melihat mereka sebagai orang-orang gila yang cuba menggunakan agama bagi mendapatkan pengikut dan kemahsyuran.

Tidak kurang dengan Ayah Pin. Dia sibuk memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa bersamanya ada kerajaan langit. Malah dia bukan hanya bercakap tentang plurarisme agama, tetapi mengamalkannya dengan praktis yang jelas. Bagi dirinya, dia adalah insan agong. Bagi manusia waras yang melihat kekeliruan dirinya, mereka menggelengkan kepala sebagai tanda tidak percaya manusia akan menjadi seteruk itu.

Ayah Pin. Dengan Mengamalkan Plurarisme agama, Ayah Pin tidak pernah malu dan segan mengatakan jalannya ialah jalan moderate.

The Star bersama sekumpulan manusia yang terperasaan diri mereka mulia cuba membedaki imej mereka dengan pakaian imej moderate. Itu hak mereka untuk melihat ke dalam cermin sakti pada dinding mereka setiap hari dengan harapan bahawa cermin itu akan berkata kembali kepada diri mereka bahawa merekalah satu-satunya manusia di dalam dunia yang paling moderate.

Cermin, cermin pada dinding, siapakah manusia yang paling moderate di dalam donia?

Sama gilanya dengan sang ratu yang setiap hari perasan dirinya lawa, menghadap cermin setiap hari dengan harapan sang cermin sakti akan mengatakan kembali kepada dirinya, dialah wanita tercantik di dalam dunia sehingga tiada tolok bandingnya.

Mereka boleh gelarkan diri mereka apa sahaja. Sang moderate, suara Tuhan, anugerah tuhan, anak-anak Tuhan, Sang Moderato Mulia Raya atau apa sahaja.

Sepertimana di dalam semua kes yang dinyatakan di atas, bukanlah apa yang dirasakan diri mereka itu yang mencorakkan siapa imej mereka di mata dunia, yang penting apa sebenarnya persepsi dunia terhadap setiap perlakuan mereka.


2 comments:

  1. Dah sesat, cuba nak sesatkan org. Sama mcm ayah pin.

    ReplyDelete
  2. Memang kaki penipu!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.