Thursday, 18 September 2014

Dato' Zahid, Bagaimana Jika Presiden Sendiri Yang Membuat Langkahan?

November datang lagi. Ayat ini, jika disebutkan dengan gaya Mat Sentul mengiklankan permainan Tora, maka maksud-maksud di dalam susunan perkataan seterusnya akan mudah difahami di dalam bahasa orang-orang biasa.

Jika bulan mengambang sering dikaitkan dengan penyakit Lunatik, Si Tora pula menjadi harimau jadian pada saat itu dan segala yang sebelum ini biasa, cuba menjadi luarbiasa, maka begitu jugalah adanya dengan puak nasionalis serta ultra melayu jadian.

Datang September, sampin dan songkok dicari. Datang Oktober, pencak sumbang malah canggung mula ditari. Belajar silat dari Benggali Roti agaknya, seperti cadang P Ramlee bila ditegur Pendekar Mustar bilamana kesumbangan langkah dan pencaknya dikesan Pendekar Mustar. Datang November pula, keris dihunus bagaikan Lion O mendapat ilham dari swords of omen. Datang Februari, melutut minta ampun sambil bersungguh bermain gendang tarian singa bagi tujuan menunjukkan penyesalan.

Tolonglah..ini generasi Melayu Bangkit! Kami menyediakan baldi merah untuk mengumpul muntah sebelum membaca surat khabar dan menonton berita.

Dato' Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Sedang Melakukan Selfie Seorang Diri

Dato', tolong buktikan yang ahli-ahli UMNO pasca Ops Lalang 1988 benar-benar sanggup berputih tulang mempertahankan apa yang diberikan sebagai hak di dalam Perlembagaan. Pertahankan apa yang diberikan secara sah dan jangan mengambil apa yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan.

Semangat Dato' amat kami puji. Tetapi kami juga tidak lupa bila Dato' berpelukan dengan Steven Gan selepas beri pengiktirafan kepada Malaysiakini tidak berapa lama dahulu.

Dan satu lagi Dato', tolong tengok-tengokkan Tuan Presiden. Silap cara, langkahan pertama selepas semua ahli bergelimpangan akan dibuat tuan presiden itu sendiri. Tindak tanduknya lewat ini, amat mencurigakan.

Naik turun seorang Presiden adalah bergantung kepada Allah yang akan membolak balikkan hati akar umbinya. Jika akar umbi sendiri tidak mahu sedar, maka sesuailah mereka dengan mudah dilangkahi hidup dan mati mereka oleh Tuan Presiden mereka sendiri.

Kami mahu lihat, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan dibuat penambahbaikan. Syabas di atas ketegasan PDRM di bawah Dato' lewat ini yang kembali menghidupkan proses penahanan di bawah Akta Hasutan.  Semoga usaha ini bakal meletakkan Malaysia dalam keadaan lebih aman dan damai nanti.

Kami sudah letih melihat Tuhan, Agama dan raja-raja kami dihina saban hari setiap tahun sebelum ini. Tindakan PDRM lewat ni, amat kami puji dan sokong. Tolong pastikan momentum ini kekal dan tidak menjadi perlahan dan suam setelah najis ayam yang panas, beransur menjadi sejuk.

Dato' Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Sedang Berselfie Dan Tidak Kesaorangan

6 comments:

  1. Tahun lepas, time ni jugak ler si penama di atas berubah jd ultra melayu. Abis PAU, terus sunyi. Keris simpan dlm bontot ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sekali patriotisme dan semangat Islam Melayu kebanyakan mereka ini hanya muncul bermula September dan berakhir menjelang Disember saban tahun.

      Delete
  2. kalu ikut pemimpin, memang bn akan menang dan bertambah kuat kerana ramai rakyat malaysia suka berselfie. bertambah ahli yang sokong kerana seronok berselfie. itu ikut punahsihat punya kajian aaarrrr, lifestyle kata mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini punahsihat yang membawa rebah, Tuan Hamba Allah.

      Delete
  3. Habis PAU semua pendekar mula selit bunga pink ditelinga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup setakat selit bunga pink ditelinga, jangan sampai menulis nombor telefon di balik pintu tandas-tandas awam lelaki di Malaysia. Na'uzubillah..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.