Wednesday, 24 September 2014

Apakah Azmin Ali Mencari Endorsemen Gerakan Pelampau Kristian?

Tidak sampai 24 jam dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dengan bersumpah dengan nama Allah, Azmin dilihat terus mencari pintu belakang. Dikatakan beberapa perkara yang telah diputuskan sebelum ini akan dikaji semula. Ini termasuklah mengkaji semula kes rampasan Bible di Selangor.


Masih terlalu awal untuk melakukan sebarang spekulasi atau menelah apa yang dimaksudkan dengan mengkaji semua kes Rampasan Bible tersebut. Sultan Selangor yang bersetuju melantiknya ke jawatan tersebut pernah menyatakan titah murka baginda ke atas Khalid Samad yang dianggap bebal dan biadab kerana mempertikaikan arahan serta kehendak Sultan berkenaan enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di Selangor.

Jika apa yang dimaksudkan Azmin ialah untuk mengembalikan Bible-Bible tersebut kepada pihak yang melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka amatlah jelas masa depan umat Islam dan agama Islam di negeri Selangor akan meniti hari-hari yang suram di bawah pentadbiran Selangor yang baru.

Jika apa yang dimaksudkan oleh Azmin Ali, ialah untuk memperkemaskan serta memperbetulkan apa yang sepatutnya diperbetulkan pentadbiran terdahulu mengikut kehendak undang-undang sedia ada dan mengikut titah DYMM Sultan Selangor, maka ia merupakan tindakan yang harus disokong oleh semua pihak yang menghormati Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip asas Rukun Negara.

Undang-undang sudah lama dijadikan bahan sepak terajang oleh golongan pelampau Kristian tempatan. Mereka digelarkan pelampau kerana dengan sengaja mahu meletakkan negara ini di dalam keadaan tidak aman melalui provokasi mereka yang sengaja mahu melanggar undang-undang yang ada.

Jika Menteri Besar yang baharu ini berkecenderungan untuk tunduk kepada desakan kumpulan pelampau ini, maka amatlah malang bagi umat Islam di negeri Selangor.

YB Azmin Ali diceritakan oleh RPK Pernah Bertugas Sebagai Setiausaha Menguruskan Perkara Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim (mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) Dengan Gaji Yang Hanya Berjumlah RM 2,400.00 Dan Hidup Mengikut Cara Kesederhanaannya Yang Tersendiri. Dilihat Dalam Gambar Di Atas, Kesederhanaan Yang Ditonjolkan YB Azmin Terserlah Apabila Beliau Dilihat Kerap Memakai Kemeja Yang Sama Dalam Pelbagai Aktiviti Yang Dijalankannya 
Jika beliau merupakan seorang yang berprinsip dan seorang yang sangat kuat beramal ibadah seperti di dalam pengakuan isteri sahnya di dalam sebuah wawancara dengan media semasa hari perlantikan, maka prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang akan digigitnya dengan gigi geraham dan tidak akan dilepaskannya.


JAKIM dan MAjlis Agama Islam Negeri Harus Belajar Dari Azmin Ali Untuk Mewajibkan Setiap Imam Mempunyai Akaun Twitter Supaya Setiap Kali Mereka Mengimamkan Solat, Berpuasa Sunat, Bersugi, Beristinjak dan Mendapat Ang Pow Solat Jenazah,  Ianya Dapat Di Updatekan Ke Dalam Laman Sosial. Ini Satu Contoh Tajdid Yang Diluar Kotak.

Kita sama-sama lihat dalam tempoh terdekat ini apa yang beliau maksudkan sebenarnya dengan kaji semula kes Bible tersebut.

Apakah Allah yang namaNya disebut berulang kali di dalam sumpah perjawatan Menteri Besar ini akan kembali menjadi subjek penghinaan oleh golongan pelampau Kristian di Selangor? Sama-sama kita saksikan nanti kesudahan apa maksud sebenar yang dinyatakan Azmin.

Selagi mana-mana pihak menghormati dan tidak bercanggah dengan Islam, menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara, menghormati Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial yang membentuknya serta Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara, kami di Bangkit! tidak mempunyai sebarang bentuk halangan untuk memandang elok setiap usaha yang dilakukan sesiapa sahaja di dalam kerangka ini.

Bagi yang melakukan sebaliknya, pihak kami akan terus menegur, melaporkan kepada pihak berkuasa, serta akan memastikan setiap yang bertentangan serta menentang kerangka tersebut akan ditentang sehabis-habisnya.

7 comments:

  1. Apa yg nak diharap dr depa ni? Tgk KETUM pun dh boleh kenal sapa pencandunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali tercandu KETUM, mmg susah mmbuang ketagihannya tuan.

      Delete
  2. golojohnya kau min. byk hutang budi sama vincent ka? veni vidi vinci vincent.. kahkahkah.

    ReplyDelete
  3. Contoh generasi pengecut yg dilahirkan oleh Anwar. Takut being unpopular....jika begini dianggap pejuang, maka amat wajar diucap bye2, go to hell!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu byk mkn budi dan terus kecanduan budi tuan al Qurrawiy. Obvious pengecut.

      Delete
  4. Ai azmin tak ingat dah ka angkat sumpah depan sultan.

    Sultan siap tambah 2 perkara antaranya tak buleh menderhaka perintah sultan..

    ni mcm nak menderhaka dah ni

    azmin elok2 kan hang kena tendang ngan sultan kang

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.