Saturday, 6 September 2014

Antara Dua Janji Najib : Pro Hasutan atau Pro Majlis Raja-Raja Melayu?



Ketika baru diangkat menjadi Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan pantas mengumumkan tindakan untuk membawa Malaysia 57 tahun ke belakang dengan berjanji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Hasutan 1948. Satu langkah mundur ke belakang yang langsung tidak dapat difahami oleh negara-negara maju di dalam dunia. Amerika Syarikat dan jiran terdekat kita Singapura menggelengkan kepala sebagai tidak percaya dengan ketidakfahaman Najib mengenai sikap-sikap dan kecenderungan-kecenderungan manusia. Di dalam sesebuah masyarakat manusia, akan wujud pelbagai bentuk rupa lapisan masyarakat dari yang taat dan sanggup berkorban diri kepada negara hingga kepada yang suka membuat kacau dan sanggup mengorbankan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka sendiri.

Sejarah peradaban manusia telah menunjukkan bahawa manusia itu cenderung kepada ketamakan hingga sanggup menumpahkan darah dan mencabut nyawa mereka sesama sendiri. Amerika Syarikat, antara negara paling maju di dunia telah membuktikan bahawa kemajuan yang mereka capai tidak mampu mengekang nafsu hegemoni mereka sehinggakan sanggup melancarkan operatif-operatif rahsia di dalam pelbagai bentuk negara di dunia demi mewujudkan rantau yang cenderung menyokong mereka. Malah, nyawa manusia juga tiada nilai bagi mereka apabila mereka sanggup menaja dan melancarkan tindakan-tindakan ganas bagi menggulingkan sesebuah kerajaan yang didirikan secara sah di dunia. Contoh terbaik ialah apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Panama, Gaza dan banyak lagi negara di dalam dunia.

Malah ketika bangsa manusia ini diwujudkan juga, para malaikat berasa gusar akan kecenderungan mereka untuk menumpahkan darah sesama sendiri. Tetapi Allah meyakinkan kepada para Malaikat bahawa manusia yang diberikan ilmu pengetahuan dan mahir menggunakan akal fikiran itu akan menjadi check and balance kepada golongan yang sanggup menumpahkan darah sesama mereka. Malang sekali manusia di dalam kategori ini semakin pupus dari muka bumi Malaysia pada hari ini.

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran Najib Tun Razak. Kita juga tidak tahu dosis nasihat apa dan dari siapa yang didengarinya saban hari sehinggakan beliau mengambil pelbagai langkah untuk membawa negara mundur 57 tahun ke belakang.

Jika beliau melakukan semua ini untuk memuaskan hati serta cuba mendapatkan sokongan golongan pro Hasutan dan golongan yang saban hari meludah prinsip-prinsip Rukun Negara legasi hasil kerja ayahandanya Tun Abd Razak, jelas mereka tidak pernah berterima kasih kepadanya dengan mencampakkannya ke dalam longkang politik PRU 13.

Akar umbi parti yang mendokongnya mahukan Akta Hasutan dikekalkan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikembalikan. Tapi Najib seakan-akan terpisah jauh dan tidak mampu memahami hasrat hati golongan akar umbi yang menjadi tunjang kepada kekuatan partinya.

Seolah berada di dalam keadaan sawai, Najib semalam kembali mengumumkan komitmennya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Jelas beliau tidak punyai kekuatan yang kukuh untuk mempertahankan diri dari asakan bertubi-tubi golongan Pro Hasutan di dalam negara.

Malang sekali apabila kenyataannya yang dibuat itu, seolah-olah melupakan janji suci yang dibuatnya kepada Majlis Raja-Raja tidak berapa lama dahulu. Ketika itu, Najib Tun Razak berjanji untuk tidak akan meneruskan penerimaan RUU harmoni yang bakal mengancam kedudukan istimewa ISLAM, Raja-Raja Melayu dan hak-hak bumiputera di dalam negara. Semua hak keistimewaan ini dilindungkan sepenuhnya oleh Akta Hasutan yang tidak sabar lagi untuk Najib mansuhkan.

Satu pesan orang-orang tua kepada Najib, jangan yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.



4 comments:

  1. SETUJU dgn. YB Datuk Ibrahim Ali - takkan undi BN kalau Akta Hasutan dihapuskan! Bahkan kalau tiada tindakan habisan ke atas si PENDATANG KAPIRDAJAL guan eng/rayer-KANGKANG BABI kerana menubuhkan PERTUBUHAN HARAM tu, dan beribu geng kongsi gelap depa tu - memang ini satu lagi PENGKHIANATAN terbesar!

    PERKASA-ISMA-PEMBELA; tolonglah tubuhkan parti baru ISLAM/Melayu yg. TULEN - bukan parti PENGKHIANAT spt. PAS/UMNO; atau bergabung dgn, PAS kalau PAS keluar PR-JAHANAM dan kembali sbg. parti ISLAM TULEN!

    Si Islam/Melayu-LIBERAL memang PENGKHIANAT; hati punya JAHAT! Lebih pentingkan KEMEWAHAN anak-beranak depa, hingga sanggup GADAIkan agama/bangsa/NEGARA ISLAM PUSAKA nenek moyang kami ini! Dahlah tu, punyalah PENAKUT kat MUSUH ISLAM/Melayu dari Barat-ZIONIS dan ejen mereka dari si PENDATANG /PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
  2. Yang terbaik untuk NAJIB.
    Berundur atau lebih tepat letak jawatan bersama
    1) KJ
    2) Nazri
    3) Zahid
    4) Jamil Khir

    ReplyDelete
  3. *M M'sia yang paling bodoh dlm sejarah dan syok sendri. Tahniah.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.