Friday, 1 August 2014

Tunggu Apa Sebenarnya Tan Sri AG dan Tan Sri IGP?

Sekali lagi pasukan halilintar Tan Sri Khalid Abu Bakar beraksi. Seperti biasa, mereka dikerah untuk bertugas pantas mencantas, mengambil tindakan serta memulakan kerjasama erat dengan Peguam Negara untuk menjalankan proses keadilan paling efisien yang selama ini tidak diketahui ramai.


Tunggu Apa Sebenarnya Tan Sri IGP?

Tan Sri IGP Kata Negara Ini Ada Undang-Undang....
Tapi Bila Undang-Undang Tidak Berjalan Dengan Adil, Orang Islam Mengambil Jalan Menjalankan Undang-Undang Sendiri Seperti Dalam Kes Gopinath Di Atas. Kenapa Perlu Tunggu Sehingga Itu Berlaku Baharu Mahu Bertindak?
Rata-rata, rakyat Malaysia sedia maklum bahawa proses keadilan akan mengambil masa yang panjang. Lihat sahaja penghinaan Namewee ke atas Syiar Azan. Ia sudah mengambil masa lebih dari tujuh tahun tanpa ada apa-apa hukuman diambil. Penghinaan Namewee ke atas Negaraku juga sudah mengambil masa tujuh tahun tanpa diambil sebarang tindakan. Sudah banyak laporan polis dibuat. Tetapi, sebagaimana semua rakyat Malaysia maklum, pasukan halilintar Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya akan dihantar dalam kes-kes tertentu.


7 Tahun, Tiada Pendakwaan.


2 Tahun, Ada Pendakwaan. tetapi Kes Bagai Hidup Segan Mati Tak Mahu.


1 Tahun, Terus Senyap. Ugutan Bunuh Bukankah Satu Perkara Yang Serius?


DiPanggil Ke Balai.. Masih Bebas Sehingga Hari Ini.



Apa Cerita Pula Dengan Budak Ini?

Perlukah Setiap Orang Islam Senyum Membaca Komennya?




Dengar Khabar Telah Ditahan.. Bila Mahu Bawa Ke Pendakwaan?

Laporan Polis Dibuat, Tiada Pendakwaan. Orang Islam Bolehlah Menyambut Hari Raya. 
Rakyat dikejutkan secara tiba-tiba dengan kehebatan serta kepantasan kerjasama Pasukan Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pejabat Peguam Negara di dalam kes Kiki Kamaruddin. Tanpa laporan Polis dan hanya berbekalkan bukti video tidak jelas yang ditonton Ketua Polis Negara di dalam aplikasi telefon pintar, anak gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa provokasi seorang rasis tua, telah disiasat, didakwa dan dihukum dengan pantas oleh Mahkamah. Semuanya mengambil masa kurang seminggu. Atau lebih tepatnya lima hari. Tahniah Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Ghani Patail.

Melihat kecekapan yang amat pantas malah berada di tahap luar biasa ini, PDRM diletakkan harapan yang lebih tinggi. Rakyat Malaysia kemudiannya menuntut kepantasan yang sama di dalam kes berikut. Seorang lelaki Cina telah menendang sesuka hati menjalankan undang-undang rimba seorang remaja yang dituduh mencuri. Tanpa proses undang-undang, seolah Malaysia ini dia yang punya, berkali-kali dia menendang kepala seorang remaja yang dituduh tanpa melalui proses undang-undang Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya memberikan jaminan bahawa kes ini akan disiasat. Beliau juga meminta orang awam mencari maklumat supaya lelaki di atas ini ditangkap. Tanpa pakaian seragam polis dan mengangkat sumpah sebagai anggota polis, rakyat Malaysia perlu memikul beban kerja polis mencari seorang lelaki yang tidak dapat dicari pasukan polis di bawah Tan Sri Khalid Abu Bakar. Tiba-tiba kecekapan pasukan halilintar yang memberkas, menyiasat dan melakukan kerjasama dengan pasukan Gani Patail dalam kes Kiki Kamaruddin melumpuh.



Penghujung 2013. Sekarang Bulan Julai 2014. Sudah Lebih 8 Bulan Tanpa Ada Apa-Apa Tindakan.
Tiba-tiba, timbul pula isu Penceramah Bebas, Ustaz Shahul Hamid yang dikatakan cuba menggambarkan sifat salah satu Dewi di dalam agama Hindu dalam ceramahnya.

Baharu sahaja dilaporkan, dengan pantas pasukan Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan bahawa Ustaz Shahul Hamid akan disiasat. Wow! Jika gambaran Dewi tersebut sebagaimana yang disebutkan Ustaz Shahul Hamid dikatakan menghina agama tertentu, bagaimana pula dengan penerbit, pengimport, penjual dan pemilik Encyclopaedia Britannica di Malaysia? Apakah ada beza antara apa yang disebut Ustaz Shahul Hamid dan apa yang ditulis dan dicetak di dalam Encyclopaedia Britannica tersebut? Kenapa tiada demonstrasi dan laporan polis dijalankan ke atas penerbit tersebut? Antara sebut dan tulis, kenapa perlu ada diskriminasi tertentu? Bukankah Akta Hasutan merangkumi sebut, tulis, cetak, siaran dan sebagainya?




Buku berkenaan Dewa Dewi Hindu Yang Ditulis Penganut Hindu Sendiri (1).


(2)
Berbanding dengan apa yang disebut oleh Ustaz Shahul Hamid, apakah cara Dewi tersebut digambarkan di dalam naskah-naskah di atas kelihatan tidak menghinakan? 

Semua bentuk ketegangan ini boleh dihentikan jika Pasukan Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pejabat Peguam Negara bertindak efisien di dalam semua kes yang dilaporkan. Jika kurang daripada seminggu untuk kes umat Islam yang melakukan kesalahan, maka tolonglah jangan sampai lebih tujuh tahun masih mengambil masa untuk mengheret penghina Islam ke Mahkamah dan dihukum secara adil. Kami bersetuju supaya sesiapa sahaja yang dibuktikan melakukan kesalahan diambil tindakan.

Kecekapan dalam pengendalian kes Kiki Kamaruddin dan Ustaz Shahul Hamid amat ditagih oleh semua pihak.  Malangnya ia seolah tidak berlaku di dalam kes-kes penghinaan ke atas Islam yang lain. Masih mahu bukti? Lihat sahaja berderet-deret caption, print screen dan screen shot di atas. Apakah kesemua mereka telah mendapat hukuman yang adil di Mahkamah? 

Itu belum lagi termasuk video-video anggota PDRM dimaki hamun oleh mereka-mereka yang biadab. Bukankah ada peruntukan untuk menahan pihak yang mengganggu tugas penjawat awam seperti polis dalam melaksanakan tugas? Kenapa dibiarkan anggota pasukan Tan Sri dihina sedemikian rupa? 

Ketidakcekapan yang tidak seimbang ini sedang memberikan mesej yang salah kepada masyarakat. 




Tetapi semua ini tidak menutup misteri lebih 30 laporan polis ke atas Lim Kit Siang, beberapa laporan Polis ke atas P. Ramasamy kerana menghasut supaya pertumpahan darah antara kaum disegerakan dan beribu-ribu lagi laporan polis berkenaan penghinaan ke atas agama Allah, Rasulullah, Islam, Al Quran, Masjid, Azan, Ibadah Dalam Islam, Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan sebagainya.

Rakyat sedang mentafsirkan Pejabat Peguam Negara sedang melaksanakan pendakwaan selektif bila berhadapan dengan isu penghinaan ke atas agama Islam. Tolong buktikan sentiment ini tidak benar dengan mula mendakwa sehingga dihukum Namewee, Patrick Teoh, Alvavi, Pengetua yang mengugut bunuh seorang mualaf di Johor, David Orok, Lim Kit Siang, Teresa Kok, P Ramasamy, RSN Rayer, KUMAN, penghina-penghina Islam di atas dan sebagainya.

Kami masih percaya kepada undang-undang. Kami percaya undang-undang itu akan sentiasa adil ditangan orang-orang yang adil.

Manusia boleh bercakap tentang apa sahaja, tetapi apa yang sentiasa dinilaikan ialah sejauh mana apa yang dikatakan itu dikotakan serta dilaksanakan.

Tunggu Apa Sebenarnya Tan Sri AG dan Tan Sri IGP? 


Rujukan :
1) Sunita Pant Bansal, Hindu Gods and Goddesses , (2005), Smiriti Books, New Delhi, m/s 64
2) Edward Moor,  The Hindu Pantheon, (1922), T. Bensley, Bolt-Court, Fleet-Street, London, m/s 159

31 comments:

  1. Nanti komen lebih kena pergi balai kena soal siasat , maklumlah kita tak di benarkan komen PDRM tentang kewibawaan mereka , tapi ap yg dikomenkan diatas ada betulnya,harap PDRM dapat buka hati menerima komen yg berasas , thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulh masalahnya.. Jika x brckp, melarat lebih teruk ketidakadilan ini. Tp klu brckp diugut pula. Tp Akta Hasutan itu sendiri mmbenarkn sesuatu yg dikesan atau dilihat tidak betul dilakukan ditegur dan diberi perlindungan.

      Delete
  2. Pihak polis dan peguam negara takut ambil tindakan terhadap golongan kafir yg menghina Islam, Melayu dan Raja2... SANGAT TAKUT !!! walaupun bukti sangat jelas.... tapi kalau melayu buat salah sikit, cepat pulak ambil tindakan... siap hantar polis pi rumah utk tangkap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin ramai yg melihatnya begitu.Persepsi ini amat tidak baik utk kerajaan yg dibentuk melalui ihsan undi umat Islam.

      Delete
  3. bukan kah IGP dan AG keduanya berbangsa Melayu? dengan itu mereka sangat faham bahawa orang bangsa Melayu sangat penyabar dan patuh undang undang. jika lambat atau pun tidak diambil tindakan keatas si pelaku yang berbangsa Melayu, takut takut bangsa yang menjadi mangsa itu mengamuk. jika mangsanya orang berbangsa Melayu, kedua IGP dan AG faham bahawa orang Melayu sangat penyabar, biar lambat asalkan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar Melayu penyabar.Tp sabar tidak bermakna mrk lupa. Setiap kemarahan yg trkumpul yg ditekan rasa sabar pasti akan meletup juga satu hr nanti.Krn itulah kita mnggesa piak berkuasa bertindak sebelum ia mnjadi tidak terkawal.

      Delete
  4. Akta Hasutan hanya untuk Bangsa Melayu dan yang beragama Islam sahaja. Bangsa Cina , India and kaum lain dan yang bukan Islam mempunyai kuasa "IMMUNITI".

    Disebabkan kuasa "IMMUNITI" kaum Cina dan India BERANI menghina Islam dan Melayu. Berapa keji penghinaan mereka terhadap orang Islam dan kaum Melayu, tiada tindakkan yang akan diambil.
    Tengok sahaja pelakun lucah Alvin dan Vivian yang menghina Islam . Sudah lebih setahun kes masih belum selesai.

    Orang Melayu dah macam anak tiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah persepsi umum yg cuba kami sedarkn sedang berlaku diseluruh negara. cuma AG dan KPN masih buat tak faham.

      Delete
  5. Yang patut di salahkan ialah Kehakiman Negara yang macam p@#£%@ak!!

    Kalau Kerajaan tak lembik tilong tukar Ketua pendakwaraya dan kehakiman Negara!!

    Dan Najib pula mesti bertanggung jawab kerana memasuhkan ISA!!!

    Macam bodoh gitu Negara Melayu tapi Cina Kan ninna ma chow ch_ _ bai dan K@#£ng par@#h suttu ni amma p#£dek besar kepala.

    Di Negara lain yang beragama islam dan melayu fi tindas sewenang2 nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mgkin lebih brminat utk legasi pemerintahannya dikenang sbg zaman pemerintahan Ahjib Gor..

      Delete
  6. Laa xkn laa xtau lg...kenaikan pangkat diorang ni perlu mendpt syafaat dr ketua kominis teluk intan kalo x mmg xmerasa laa jwbnya...lg satu gaji diorg juga d tentukn oleh kominis tsb...nah apa lg yg melayu nk harapkn mereka ini bertindak...bila najib melutut minta undi time pru, melayu pon pangkah...bn menang melayu terus d lupakan dan d ganyang sesedap rasa....pangkah pula pr kalo menang melayu pula d murtadkn...apakah nasib kau labi...entah laa labu...nmpk bangang sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krn itu perlunya kuasa baru utk mmbawa kembali semua perjuangan ini kembali ke jalan al Quran dan As Sunnah.

      Delete
  7. Agaknya kalo ISA dapat di adakan semula pasti yg 'kena' hny org Melayu!!!!! yg jelas sgl akta atau undang2 hny tertakluk pada org Melayu n Islam saja di Malaysia ini... bangsa n agama len bebas sebebas2nya mnghina malah mmfitnah dan mnghasut utk mnjatohkn kjaan skrg pon boleh.... eh sy komen lebey2 silap ari bulan kang kena siasat plak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat senario hari ini, tidak mustahil ketidakadilan spt itu akan berlaku.

      Delete
  8. Satu lagi kes pantas admin lupa nak catat.. Kes Ustaz Abdullah Zaik Presiden ISMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tema kasih Tuan Hamba Allah. kami terlepas pandang. Ttp kes trsebut telah pihak kami ungkitkn dalam penulisan yang hampir serupa baru2 ini.

      Delete
  9. kadang-kadang pelik PDRM ni nak tunggu bangsa melayu buat keputusan sendiri ke apa? banyak persatuan melayu darah melegak dah kes-kes ni banyak di biarkan orang melayu di hina dalam tanah air sendiri,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg cuba kita elakkan dengan membangkitkan perkara ini. Cuma ada pihak masih tidak mahu mengambil peduli..

      Delete
  10. Jgn. haraplah kat PDRM ni! AG/KPN - patut DIGANTI! SUNGGUH MENCURIGAkan perangai mereka ni - tapi kita rakyat biasa dari umat Islam/Melayu tak dak HAK nampaknya utk. minta mereka ni sendiri diSIASAT!

    Aku sentiasa berdoa setiap pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT/PENGKHIANAT dihukum ALLAH SWT! Kalau nak jadi PENGKHIANA/PENAKUT kat PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL si MUSUH ISLAM/umatnya, tak payahlah jadi pemimpin kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kami ni - mcm mana mereka tidoq lena pun, aku tak tahu!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  11. Melayu sekarang banyak yg takut mati, yelah dah kaya raya.
    Tak perlu lagi untuk berjuang.
    Takut perang beb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zombi Wahan rujukan yg lebih tepat utk mereka.

      Delete
  12. Kita sibuk ngan yahudi dekat Palestin smpi lupa dengan yahudi belakang umah. Jews of the East.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. Tuan Hamba Allah.. Ini Palestin Kita.

      Delete
  13. Akta hasutan hanya melibatkan orang melayu dan Islam sahaja... Selain dari tu tidak dikenakan tindakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lihat senario yg berlaku, tiada siapa boleh mengatakan saudara Raudahabadi silap..

      Delete
  14. Aku nak komen sikit ja. Org dan agama Islam dihina oleh penganut agama lain dgn begitu berani kerana mereka telah melihat dan mengkaji kedudukan Islam di nwgara ini yg tidak pun dihormati oleh penganutnya sendiri.Sebelum mebuding jari kepada penghina dari agama lain, lihat dulu di sekeliling anda dan lihat berapa ramai penganut Islam yg telah, sedang dan akan menghina Islam. Yidak menurut perintah Allah dan Rasul adalah satu penghinanaan kepada Islam. Apakah kalau anda gagal menurut printah mahkamah dianggap menghina mahkamah dan tidak menunurut perintah Allah pula tidak dianggap menghina Islam. Nana lebih besar dan tinggi kedudukannya antara Allah dan Mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Tuan Hamba Allah, bolehlah mulakan dari sekarang menegur org2 disekeliling tuan dan membawa mereka ke pangkal jalan.

      Sudah jalankan tanggungjawab tersebut sebelum menyuruh org lain melakukannya?

      Semua org Taman atau kampung saudara sudah menjalankan perintah Allah sepertimana yg saudara mahukan org lain perjuangkan? Jika belum, usah buang masa lagi melayari internet.. sila bertindak segera..

      Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal. (al Baqarah ayat 44).

      Delete
  15. Penakut punya IGP kat cina....

    ReplyDelete
  16. PELIK dan memang pelik kejadian yang berlaku di Malaysia kini, terlalu banyak perkara aneh serta gila dilakukan oleh para pemimpin serta mereka ..para ketua yang dilantik oleh pemimpin negara Tanah Melayu .

    yang amat nyata ..

    bila orang melayu [ bila orang islam ] buat silap sikit je, secepat kilat para ketua ambil tindakan, siapa lagi kalau bukan pihak PDRM !
    siasat pun tidak , tau-tau sudah kena hukum !
    hukuman pula kadang2 tidak masuk akal ..
    itu cerita jika melayu islam tersasul atau terbabas kata perbuatan .

    bagaimana jika bangsa cina dan india yang sengaja buat ??

    jangan harap dan jangan mimpilah para ketua ambil tindakan, komplen lah sejuta kali ...buat laporan seratus juta sekalipun, tak ada maknanya !
    kerana pemimpin tak akan dengar , kerana mereka KETUA yg disandarkan harapan tetiba akan jadi buta , jadi bisu dan pekak babun !

    ya ..mereka tidak akan diambil tindakan secalitpun
    mereka tidak akan diambil tindakan sehelai benang pun

    adakah ini adil ?
    adakah ini satu penghargaan?

    biar kita meraung, biar air mata darah mengalir bak sungai Nil , biar perkataan apa kita hamburkan,
    orang melayu islam tetap dilayan begini, kita dianak tirikan, kita ditindas, kita dijahit mulut jangan berkata apa , kita dibuli, kita di ikat tangan ,

    itulah realiti apa yg sedang dihadapi oleh bangsa melayu islam di Malaysia yang konon bergelar Tanah Melayu dan Islam sebagai agama rasminya !

    ReplyDelete
  17. b*** b**i yang berkuasa dan golonagn pemimpin Melayu/Bumiputra/ISlam hari ni semua masyukk dengan duit c*na c*na komunis DaP.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.