Tuesday, 19 August 2014

Tun M : Pendekatan Najib Salah



Sekali lagi Tun Dr Mahathir menarik sokongan daripada terus diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia. Kali pertama teguran terbuka dibuat oleh Tun Dr Mahathir, Allahyarham Tunku Abd Rahman Putra al Haj tidak lama sesudah memcecat Dr. Mahathir pada waktu itu meletakkan jawatan. Tunku dikatakan terlalu memberi muka kepada tuntutan dan desakan kaum Cina pada ketika itu.

Kali kedua, teguran dibuat ialah semasa di era pentadbirtan Allahyarham Tun Hussein Onn. Ia turut berakhir dengan Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas alasan faktor kesihatan. Kali ketiga, semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu, seluruh negara merasakan golongan bukan Islam di dalam negara sudah mula naik tocang melihatkan kelembutan pemerintah. Tetapi, Pak Lah bertahan, tidak memansuhkan ISA seperti yang dituntut dan menggunakan peruntukan ISA dihari-hari akhir pentadbirannya.

Datang Najib Tun Razak. ISA dimansuhkan. Ordinan Darurat dihapuskan. Samseng-samseng di Simpang renggam dihantar semula ke dalam masyarakat untuk bermesra-mesraan di dalam masyarakat. Puas dengan keterbukaan ini, tanpa memerlukan sebarang pembedahan plastik, NajibTun Razak mempromosikan dirinya dengan identiti baru. Dia kini adalah Ah Jib Gor. Dia mahu dikenang sebagai Ah Jib Gor.

Perdana Menteri Pertama dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan. Perdana Menteri kedua dikenang sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.Tun Hussein Onn dikenang sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Tun Mahathir dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Abdullah Ahmad Badawi, err.. Demi mengelakkan dosa, lupakan sahaja. Sekurang-kurangnya beliau masih punya kerandut pengeluar hormon maskulin untuk berdiri teguh mempertahankan ISA seperti ia dipertahankan Lee Kuan Yew.

Melihat keadaan pada hari ini, jika tidak diperbetulkan segera, Najib Tun Razak pula pasti akan diingati sebagai Ah Jib Gor, pemain gendang tarian singa untuk menghiburkan sesiapa sahaja yang terhibur dengan tarian singa tersebut.

Tidak puas dengan ISA dan Ordinan Darurat yang dihapuskan, Akta Hasutan 1948 sedang diintai pentadbiran Najib Tun Razak. Tiada beban, batu digalas Najib dengan mewujudkan Majlis Konsultan Perpaduan Nasional (NUCC) yang kini seolah-olah sudah mula naik tocang dan mula bertindak seperti sebuah Gestapo Agama.

Umat Islam mula Bangkit! dan berasa marah terhadap satu persatu tindakan Ah Jib Gor. Ditambah dengan penguatkuasaan undang-undang negara yang terlalu lemah lembut mengalahkan golongan transgender yang berkeliaran sejak beberapa malam lepas di hadapan ibupejabat PAS di Chow Kit. Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kemudiannya kelihatan saling tuduh menuduh apabila isu pendakwaan selektif menjadi buah mulut pengundi-pengundi yang meletakkan Najib Tun Razak ke puncak kuasa.

Tun Dr. Mahathir tidak akan membuat sebarang teguran sebarangan. Dia tentu sahaja tidak mahu dilihat sebagai menjilat kembali ludahannya. Sebelum ini, Tun Mahathir merupakan penyokong kuat Najib apabila mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Tentu segala yang dipendamkan selama ini menyebabkan Tun Dr Mahathir mengambil tanggungjawab untuik menulis penulisan terbaru yang berisi pernyataan beliau menarik semula sokongan penuh beliau terhadap pentadbiran Najib.

Antara sebab yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir sebagai alasan kenapa beliau mah menarik semuila sokongan kepada Najib dinyatakan seperti berikut :

i. Najib dilihat lebih lemah berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
ii. Sentiasa mendengar pendapat dan nasihat dari kumpulan penasihat yang tidak jujur dan tidak betul.
iii. Terlalu tunduk melayani permintaan musuh.
iv. Terlalu takut untuk Bangkit! Menyatakan ketegasan tentang kedaulatan negara bila berhadapan dengan tuntutan-tuntutan negara jiran.
v. Pendekatan menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat bukan hanya tidak menambahkan sokongan kepada pemerintah, malah serangan lebih hebat kepada pentadbiran Najib Tun Razak dilancarkan oleh pihak pembangkang.
vi. Masalah hubungan kaum yang semakin meruncing melalui pendekatan-pendekatan lembut kerajaan di bawah Najib Tun Razak.
vii. Menggunakan wang kerajaan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
viii. Merosakkan keupayaan negara berdiri di atas kaki sendiri dengan terlalu melayan tuntutan pengguna yang mahukan segalanya murah sehinggakan industri tempatan diabaikan malah dihalang oleh kerajaan.

Najib Tun Razak telah disifatkan Tun Dr Mahathir di dalam jujukan-jujukan akhir nota tersebut dengan kenyatan berikut :

Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

Kami di Bangkit! Sebagai kumpulan penulis yang berpegang kepada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, tidak akan menentang mana-mana pemerintah selagi Islam selamat, berkembang dan makmur di bawah pemerintahan mana-mana pemerintah. Tetapi kesetiaan kepada pemerintah itulah yang mewajibkan setiap teguran dibuat supaya kami boleh terus memberikan sebarang bentuk sokongan kepada sesiapa jua yang memerintah Malaysia.

Pihak kami juga tidak menafikan bahawa pentadbiran Najib Tun Razak telah diuji dengan pelbagai bentuk ujian di dalam dan di luar negara. Untuk setiap ujian tersebut, kami sentiasa berdiri teguh dibelakang pemerintah.

Tetapi malangnya ketika kaki kami dipacakkan untuk berdiri memberikan sokongan, pemerintah membuka segala pagar undang-undang yang selama ini memagari agama kami dari sebarang bentuk ancaman dari segala jenis serigala berbulu kambing dan membolehkan mereka menyerang kami dan agama kami dari segenap arah.

Atas sebab itulah kami Bangkit! Menjerit mengeluarkan suara.
Tulisan Tun Mahathir boleh dibaca pada pautan di bawah. Dengarlah selagi boleh mendengar teguran yang dibuat oleh yang mahu menegur.

Jangan sampai tiba saatnya yang kerap menegur mengambil keputusan untuk mula diam.

Pepatah Inggeris ada menyebut :
There's always a calm before the storm...

Berbahagialah kerana masih ada yang sudi menegur.



Pautan penulisan penuh :
http://chedet.cc/?p=1438

8 comments:

  1. aku sebagai rakyat malaysia amat kecewa bila ISA dan ordinan darurat di hapuskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tidak kecewa dghn keputusan tu ialah golongan pembuat kacau. Entah kenapa kerajaan terlalu menurut kehendak pembuat kacau sedang kehendak golongan cintakan keamanan dibuat seperti masuk telinga kanan keluar telinga kering.

      Delete
  2. Ahli umno sendiri dan orang melayu yg sokong bn dlm pru13 sebenarnya dah terlalu meluat dengan sikap najib memimpin kerajaan sekarang. Namun apa boleh buat, najib tetap dengan palysafenya sejak dulu hingga sekarang. Ketua umno bahagian termasuk ahli majlis tertinggi umno sendiri majoritinya jenis angguk kepala sambil mulut menganga. Teguran dari Tun M sangat dinantikan oleh ahli umno dan penyokong BN yang sayangkan Islam, melayu dan malaaysia. p/s Peribadi ds najib memang diakui seorang yang baik budi namun dlm pentadbiran negara dia mungkin terlalu lemah dan amat tidak sesuai dengan negara seperti malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merujuk sentimen akar umbi, tiada siapa pun akan pertikaikan pendapat tuan hamba Allah.

      Ttp malangnya pemimpin tidak berminat utk mendengar semua ini. Mrk lebih sukakan lullaby penasihat 25% disekeliling mereka.

      Delete
    2. 'najib tetap dengan palysafenya sejak dulu hingga sekarang.'

      Maaf saya kurang bersetuju dengan pandangan hamba Allah di atas, pada saya Najib clueless bagaimana mahu memimpin negara sekomplek Malaysia.

      Dia mungkin tersedar at the very moment ketika beliau mahu diangkat menjadi PM, bahawa beliau sememangnya TIDAK LAYAK. No two way about it!

      Delete
    3. Clueless mgkin lebih tepat krn semua sumber pemikitan dioutsourcekan kpd gol penasihat yang menyuluh jalan yg tidak betul.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.