Thursday, 14 August 2014

Tun Abdul Hamid : "Saya Khuatir Dia (Tun Abd Razak) Tidak Akan Memaafkan Najib"

Ucapan Tun Abd Hamid di Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam dipetik secara ringkas seperti berikut.Teks ucapan penuhnya pernah kami terbitkan kembali di Bangkit! sebelum ini.

Ia mengenai kerisauan Tun Abdul Hamid melihat begitu galaknya kerajaan sekarang terikut-ikut kehendak dan cadangan dari golongan pelampau yang mengugut kerajaan melalui tekanan sokongan dan bisnes. Untuk Tun Abdul Hamid, sebagai Bekas Ketua Hakim Negara, baginaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) dan Akta Hasutan 1948 tidak perlu dihapuskan. Malang sekali, ISA telah dimansuhkan. Apa yang perlu buat masa ini ialah, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan dilakukan penambahbaikan. Secara sejarah, Akta ini telah digunapakai untuk mengekang permusuhan antara kaum dan agama sejak sekian lama. Berikut petikan ringkas penulisannya:

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:
…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.”
Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.
Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. 
Maka kepada anaknya saya berseru: 
"Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya."(1)

Bagi kami di Bangkit!, kami percaya bahawa Najib Tun Razak tidak akan mempersia-siakan hasil usaha keras Allahyarham. Teringat kami dengan petikan lama pengakuan Datuk Idris Shaari mengenai pendekatan Najib dengan maruah dan kredibiliti ayahandanya. Petikan pengakuan Datuk Idris Shaari seperti berikut:

Ada sekali beliau bertanya Najib mengenai satu fitnah. Najib hanya jawab sekali: "Deris, awak fikirlah. Kalau hendak buat jahat, bukannya rosak nama saya, tetapi rosak nama bapa dan keluarga. Saya tidak sanggup. Ini semua fitnah."

"Lepas itu saya tidak pernah tanya lagi," jelas Idris panjang lebar. (2)

Tetapi rasa percaya itu tidak akan mencapai tahap yakin sehingga jelas dari mulut Dato' Seri Najib sendiri bahawa semua perlindungan ke atas Islam, Institusi Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak-Hak istimewa orang Melayu yang cuba dihapuskan melalui penghapusan Akta Hasutan 1948, akan dipertahankan serta dilakukan penambahbaikan.
Didikan serta Kasih Sayang Daripada seorang Ayah Yang Sempurna Membolehkan Anak Ini Membesar Menjadi Pemimpin Negara Pada Masa Ini. Tun Abdul Razak, Berhempas Pulas Mengorbankan diri, kesihatan masa dan keluarga  untuk Malaysia yang lebih aman bagi generasi akan datang. Orang-Orang Islam dan Melayu khususnya banyak terhutang budi dengan legasi tinggalan perjuangan Allahyarham. Semoga usahanya dikekalkan oleh kesungguhan anakandanya Najib Tun Razak dengan tidak tunduk kepada desakan untuk merungkai semua tali simpul mati yang telah lama mempertahankan Islam dan Orang Melayu hasil usaha keras ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

al Fatihah untuk Allahyarham.



Rujukan :
1) Pautan Teks Penuh Ucapan Tun Abdul Hamid boleh diakses pada pautan berikut:
http://www.bangkit.info/2014/08/tun-abdul-hamid-sikap-lembut-dan.html

Teks asal dalam bentuk pdf di dalam Laman Web Tun Abdul Hamid pada pautan berikut :
http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/726-mempertahankan-prlembagaan-sebagai-asas-perpaduan-negara

2) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_08.htm#ixzz3AKVCD6uh 


12 comments:

  1. SEDIHNya ucapan YB Tun Abdul Hamid ini!

    Besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Allahyarham-Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA, dgn. bantuan PENGKHIANAT tempatan). Barat-Israel juga adalah sekutu kuat PAP-DAPBANGKAI pd. masa itu. Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “ Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Allahyarham-Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail juga adalah musuh utama Cina DAPBANGKAI-PAP dan penajanya, penjajah Barat-Zionis, kerana mereka begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan GANAS dalam Mei 1969 (juga disyaki didalangi PAP-Gerakan-CIA/MI6/Mossad – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Dan juga kerana BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita ini melancarkan DEB, FELDA, RISDA, PETRONAS, MARA dsbnya, yg.memperjuangkan hak Bumiputera Islam/Melayu dan Bumiputera lain, dengan amat BERANI dan TEGAS.

    Maka, YAB DS Najib, tolonglah kembali ke pangkal jalan demi mempertahankan ISLAM/umatnya dgn. amat BERANI dan TULEN; di NEGARA-DUNIA ISLAM, pusaka nenek moyang kita ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa gusar Makcik tentang cara kematian dua tokoh ini ada lojiknya. Malah ia telah berlaku brkali2 dlm sejarah. Terdekat, rujuk sj apa yg berlaku kepada Yasser Arafat.

      Semoga anakandanya ini sedar dan kembali ke arus pemikiran yg dimahukan oleh ayahandanya mengenai nasib agama dan bangsa di negara ini.

      Delete
  2. saya sokong Tun Abd Hamid.
    walau apa pun, kelihatan sekarang apa yg Tun Razak buat dulu telah dimusnahkan satu persatu oleh anaknya sendiri.
    Nak tunggu "berkecai" dahulu baru nak akui?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan.. Masih belum terlewat utk menyelamatkan keadaan dari kehancuran total. Semuanya bergantung kepada keberanian pemerintah bertahan dan berani mengatakan tidak kepada desakan kumpulan pelampau.

      Delete
  3. Aku rasa mcm belum prnah keluar statement tegas dr Najib pasal pertahankan hak keistimewaan Islam dan Melayu. Harap aku silap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada!!!!!! itu pun sewaktu nak dekat-dekat perhimpunan UMNO, lepas tu plup..plup ...plup....

      Delete
    2. Harap-harap lepas balik cuti ni PM kesayangan kita semua akan lebih semangat dan kuat bersuara untuk mempertahankan hak keistimewaan Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maklumalah baru balik pusing eropah la katakan!

      Ramai yang sudah tahu PM kita sudah bercuti selama dua minggu bermula dengan awal Ogos lepas dan akan pulang ke tanahair pada hari Jumaat ini.

      Dari Belanda tempoh hari PM dan keluarga 'believed to have gone on to Sardinia in Italy, to Cannes on the French Cote d’Azur, then back to Sardinia.' Katanya lepas tu akan terbang ke Rome sebelum berlepas ke London. Wah jalan sakan PM kita, tentu sedang merawat hati yang luka dengan dua tragedi MH370 dan MH17 yang belum berkesudahan, maklumlah sejak tragedi MH melanda PM nak tidur pun dah tak sempat lagi.

      Khabarnya juga PM Najib dan keluarga tidak seperti Tun M dan Pak Lah, tidak pernah sekalipun bercuti dengan menaiki MAS mahupun AIR ASIA, khabarnya dia naik jet peribadi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti.

      Entah siapalah yang baik hati malah tinggi semangat patriotisme alih-alih dalam bulan kemerdekaan ini, sehingga sanggup memberikan PM negara sekecil kita naik jet peribadi pusing Eropah lagi! Baik sungguh pekerti orang tu!

      Namun berita yang tidak sedap didengar ialah kepergian PM Najib ditemani sekumpulan ' entourage of Chinese Malaysian tycoons.' dan juga 'Chinese playboy Taek Jho Low and the former prime minister of Qatar'.

      Kepada mereka yang tidak kenal 'Low, better known as Jho Low in New York café circles, has made the New York papers for partying at exclusive clubs with Paris Hilton and a flock of entertainment figures, cracking open bottles of Kristal champagne. He has been closely tied to Rosmah, traveling with her on New York jaunts. He also has been closely involved in the 1MDB sovereign wealth fund.'

      Kalau tidak silap Levi, dia juga kelihatan telah menghadiri anugerah Oscar baru-baru ini dengan anak Rosmah, Riza Aziz yang terbitkan filem Wolf of Wall Street, yang juga telah dibuli oleh Yahudi (bukan saudara Levi) Hollywood dengan menidakkan peranannya sebagai penerbit kepada hanya pemberi dana, albeit dubious.

      Hal ini, dana of dubious sources, telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh peguam syarikat produksi filem tersebut Red Granite.

      Melihat kepada kandungan filem Wolf of Wall Street yang sangat liberal buah tangan anak Rosmah dan melihat kepada entourage yang cuti-cuti Eropah dengan PM, DS Najib masih seronok jadi Ah Jib Gor daripada anak Tun Razak!

      Khalid, Harap-harap Levi pun silap!

      http://www.asiasentinel.com/politics/malaysian-prime-minister-mystery-holiday/

      http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-filem-the-wolf-of-wall-street-ugut-saman-rewcastle-brown

      Delete
    3. Tq SolitaireHunter. Statement gitu dalam pepatah Melayu, melepaskan batuk ditepi tangga.

      Sekali lagi umat Islam kena tipu kalau beghitu caranya.

      Delete
    4. Gavriel. Dgn bucnh of chinese tycoons? Lepas kena rejam waktu PRU lepas dgn Yowtai dan entourage, ingat Ah Jib Gor belajar.

      Menjadi Ah Jib sudah jd ketagihan utk dia nampaknya.

      Mcm jekyl & hyde.

      Delete
  4. najib adalah pengkhianat no. 1 umat islam/orang melayu. kini menjadi tanggungjawab ahli2 umno menyingkirkan beliau dgn segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk menuduh dia sebagai pengkhianat no 1, adalah satu tuduhan yang agak berat dan tidak adil. Banyak dasar2 dan kecenderungan keputusannya masih meletakkan Islam dan Melayu sebagai kayu ukuran.

      Berbanding musuh politiknya di seberang sana, mereka lebih kuat mengkhianati segala perjuangan Islam dan Melayu. Ambil sahaja isu kalimah Allah dan Gaza. Sekurang2nya kerajaan pimpinannya masih mempertahankan kedua2nya.

      Cuma apabila tiba bab mendaoat nasihat yang betul, Najib gagal bila mendengar dan menerima hujah solusi 10perkara.

      Berbanding beliau, pihak yang mengatakan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel"..itulah pengkhianat terbesar dalam negara.

      Delete
  5. Sayang sekali najib begitu degil dan tidak mahu mendengar pandangan mereka2 yang telah berjasa pada negara.. lihatlah komen TUN tempoh hari ada saja yang tidak bersetuju malah ada yang secara terbuka mempertikai komen TUN dengan angkuhnya membela najib diatas kesalahan2 yang telah dilakukan oleh najib. Dasar najib dimana beliau inginkan pentadbiran sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mereka2 ini telah mendatangkan pelbagai masalah dan yang paling terkesan adalah dengan membuans akta ISA serta akta buang daerah. Perkara ini amat memalukan sebagai sebuah negara yang berdaulat bernama malaysia! harapan menggunung supaya najib dapat meletakan jawatan dalam tempoh terdekat dan digantikan dengan Perdana Menteri baru yang tegas serta mempunyai pemikiran kehadapan. Untuk makluman ada diantara menteri yang sudah difikirkan layak menyandang sebagai PM baru tetapi kekangan usia menjadi halangan sekiranya dipilh yang tua akan terjadi lagi seperti episod Tun Dollah... dan sekiranya yang muda akan ada penentangan dikalangan menteri2 sekarang. Harapan menggunung supaya dikembalikan akta ISA serta buang daerah kedalam sistem perundangan Malaysia dan ditambahkan lagi akta2 yang sesuai bagi menstabilkan kembali Malaysia dari kancah peperangan diantara kaum!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.