Monday, 11 August 2014

TPM : Isu Pendakwaan Selektif Ada Asasnya

Satu ketika semasa berucap di dalam Forum 'Conflict and Conciliation in People's Politics' pada 2012, TPM berkata : "Moderation here means our unwavering commitment to be fair, just and reasonable in all our dealings with others.. More often than not, we manage to avoid conflict from erupting, rather than terminating ensuing conflicts, and by so doing we protect our people from the menace of violence and destruction,".. Jelas, beliau Konsisten dengan pendirian sama hingga hari ini.

Pihak kami konsisten dengan perjuangan menegakkan keadilan secara seadil-adilnya. Sehingga masalah ketidakadilan dan kedaulatan undang-undang yang dicabar saban hari ini tidak berhenti, selagi itulah kami akan memperjuangkan isu ini demi Allah supaya Malaysia menjadi lebih aman dan harmoni.

Isu pendakwaan selektif ditimbul berdasarkan pemerhatian dan kajian pihak kami. Malah ia juga telah menjadi buah mulut pihak awam yang mempunyai akal untuk menilaikan dengan sendiri samada benar wujud ataupun tidak isu pendakwaan selektif sepertimana yang berlegar-legar dari warung kopi ke warung-warung siber. Isu ini mendapat perhatian ramai pihak. Dari golongan awam sehingga ke golongan politik.

Ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Terkini isu ini turut disentuh oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan kerajaan menyedari reaksi kurang senang masyarakat yang beranggapan seolah-olah ada pertuduhan terpilih oleh pihak berkuasa dalam menangani beberapa isu sejak kebelakangan ini.

"Mereka kata kalau melibatkan kes kaum orang Melayu cepat sahaja pihak berkuasa ambil tindakan dan apabila membabitkan orang bukan Melayu lambat ambil tindakan dan tanggapan ini ada asasnya.
  
"Hal ini kita akan ambil perhatian dan jika undang-undang sedia ada memadai, ia harus dikuatkuasakan tidak kira kaum, jika Melayu bersalah kita ambil tindakan begitu juga kaum lain, barulah adil.”

Tan Sri TPM juga menyatakan bahawa pihak Peguam Negara dan Polis tidak boleh memberikan alasan tidak cukup peruntukan undang-undang untuk melakukan pendakwaan. Beliau menyatakannya seperti berikut.

"Jika undang-undang yang sedia ada tidak cukup kuat, kita akan pinda dan cari jalan supaya pihak berkuasa sama ada Jabatan Peguam Negara atau polis tidak boleh beri alasan mereka tidak mengambil tindakan kerana tidak mempunyai peruntukan undang-undang.”
  
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dipertanggungjawab dalam soal multimedia, manakala Jabatan Peguam Negara akan melihat dari segi perundangan yang mana jika memerlukan Akta Hasutan dan akta lain perlu diperkukuhkan lagi maka harus dilakukan," katanya.

Kenyataan dari Tan Sri TPM amatlah dialu-alukan ketika mana pihak yang diamanahkan menjaga prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di dalam negara, kelihatan seperti berat sebelah di dalam cara mereka menjalankan undang-undang.

Ketegasan pemimpin seperti ini dalam menghadapi serta mengemudi negara jauh dari segala bentuk anasir buruk dan jahat adalah bentuk-bentuk tindakan terpuji.

Kerajaan Sedia Pinda Akta Hasutan
Dalam majlis sama, Y.A.B. TPM juga menegaskan bahawa Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain yang sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebar kenyataan berunsur hasutan tanpa mengira kaum dan agama.
   
Kabinet menurutnya memberi jaminan tindakan itu akan dilakukan bagi memastikan individu atau pihak-pihak yang terbabit tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tegas untuk mengelakkan negara menjadi huru-hara ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Kenyataan TPM tersebut, selari dengan pendapat serta cadangan dari Tun Abd Hamid, bekas Ketua Hakim Negara sebelum ini, jika Akta Hasutan tersebut mempunyai kelemahan, maka perkasakan ia dengan penambahbaikan dan bukannya dihapuskan terus. 

Cuma Dato’ Seri Najib Masih Diam

Kita memperakui Dato’ Seri Najib merupakan Perdana Menteri. Sebagaimana yang ditegaskan Allah kepada semua umat Islam di mana sahaja, ketaatan itu adalah pada Allah, Rasulullah s.a.w. serta Ulil Amri yang mana Islam selamat dan berdaulat di dalam pemerintahannya.

Sebagai sebuah negara majmuk, kita juga perakui bahawa prinsip keadilan yang dianjurkan oleh Islam adalah merangkumi semua bentuk lapisan masyarakat. Tetapi, apabila hanya umat Islam sahaja dilihat menjadi mangsa ketidakcekapan pihak Pejabat Peguam Negara dan IGP dalam isu ini, maka prinsip keadilan yang cuba ditegakkan itu akan sentiasa dilihat sebagai berat sebelah.

Cuma Dato’ Seri Najib Tun Razak sahaja, masih belum menyatakan apa-apa pendirian berkenaan isu ini. Kita berharapkan, sebagaimana Timbalannya yang tegas, ketegasan yang serupa dapat disuarakan Perdana Menteri supaya keamanan negara ini tidak dirobek oleh kumpulan-kumpulan ekstremis yang sedang meludah prinsip-prinsip Rukunegara.



Lima Prinsip Rukunegara diperkenalkan semasa era Allahyarham Tun Abd Razak. Jika tidak Dato’ Seri Najib sendiri yang mempertahankan legasi ayahandanya, siapalah orang lain untuk bertegas dengan legasi yang dibentuk untuk memastikan negara ini kekal aman.

Kes penghinaan dan kebiadaban ini sudah sampai ke tahap menghina  Allah, Islam, Rasulullah s.a.w. dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, jika tiada kenyataan tegas daripada Perdana Menteri yang diberikan amanah kuasa oleh Allah melalui undian umat Islam di dalam negara, maka sikap berdiam diri tersebut akan sendiri ditafsirkan oleh umat Islam bakal pengundinya dengan tafsiran masing-masing.

Semoga ketegasan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mencerminkan ketegasan anggota kabinet yang lain dalam perkara yang sama.



Baca juga pautan di bawah :


2 comments:

  1. Harap kata2 ini dikotakan dan bukan sekadar retorik saja sekadar untuk meredakan kemarahan org Melayu.Kita mahu tindakan bukan cakap2 kosong.Kita mahu pemimpin Melayu anak jantan yg cakap serupa bikin bukan pemimpin liberal yg takde telur.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.