Tuesday, 12 August 2014

Tan Sri Gani Patail, Benarkah Wujud Dakwaan Diskriminasi Di Dalam Lembaga Kelayakan Profession Undang-Undang Malaysia?



Seorang peguam yang tidak mahu dinamakan (mengikut jejak Malaysian Insider dan Malaysiakini) telah menulis kepada kami mengenai nasib graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beliau mempersoalkan kenapa graduan Undang-Undang daripada USIM masih belum diberikan pengiktirafan di bawah Legal Profession Qualifying Board (LPQB) yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.
Berikutan permasalahan ini, graduan USIM langsung tidak diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai undang-undang dalam JUDICIAL & LEGAL SERVICE sekalipun Kursus Undang-undang selama 5 tahun dI USIM itu telah mendapt pengiktirafan MQA dan JPA sama seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pengorbanan masa dan kewangan yang dibelanjakan untuk krusus undang-undang terbabit selama 5 tahun, seakan dihampakan apabila ijazah yang diterima mereka tidak melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan keadilan dan perundangan.
Ini bukanlah kejadian kali pertama diskriminasi seperti ini berlaku, sebelum ini graduan undang-undang dari Universiti Utara Malaysia mendapat halangan yang sama dari LPQB untuk mengamalkan profession perundangan. Setelah isu ini dibangkitkan serta diperjuangkan, graduan undang-undang dari UUM kemudiannya diterima sebagai pengamal undang-undang yang diiktiraf di bawah Legal Profession Act 1976 (Act 166) bermula 16 Mac 2008. 
Walaubagaimanapun, pengiktirafan itu diterima dengan penerimaan bersyarat. Mereka diwajibkan untuk mengikuti kursus Programme on Conveyancing Practise, Drafting Pleadings and Opinion Writing yang dijalankan oleh Majlis Peguam. Mereka dimestikan mendapat sijil melengkapkan kursus tersebut semasa tempoh pembelajaran (1).
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong yang juga merupakan penyokong kuat COMANGO (2) mengeluarkan kenyataan rasmi dari Bar Council mengenai kursus-kursus yang diiktiraf JPA dan MQA, tetapi tidak diiktiraf oleh LPQB. Kenyataannya boleh dibaca di sini.
Peguam tersebut mempersoalkan, kenapa sebagai Pengerusi Badan Kelayakan (Qualifying Board), Tan Sri Abd Gani Patail seolah-olah telah mendiskriminasi beratus-ratus graduan undang-undang di kalangan Melayu Islam dari USIM dengan TIDAK MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN kepada KURSUS UNDANG-UNDANG DI Fakulti Syariah dan Undang-undang-USIM. 
Apakah wujud dasar-dasar diskriminasi tertentu dalam hal ini yang dilaksanakan secara bersama dengan BAR Council yg amat skeptik terhadap kursus Undang-undang yang digabungkan dengan Syariah. Menurut peguam terbabit, inilah yang puncanya peguam-peguam di negara ini buta langsung tentang aspek Kedaulatan Islam sebagai AGAMA NEGARA. 
Lantas kedudukan Islam sebagai agama negara pun telah diubah kepada hanya berfungsi sebagai pembuka majlis-majlis rasmi.
Kepincangan dalam soal sebegini harus diperhatikan menurutnya jika mahu prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukunegara dihormati dan diletakkan pada tempatnya yang sepatutnya.
Kes ini tidak hanya unik kepada USIM dan UUM yang berlaku sebelum itu. Malah graduan daripada Unisza juga mendapat halangan yang serupa.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Islam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendesak LPQB mengiktiraf graduan USIM (4).
Dalam kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini, beliau berkata bahawa tiada apa-apa alasan untuk menolak graduan undang-undang dari USIM daripada mendapat pengiktirafan LPQB. Garduan USIM menghabiskan masa yang lebih panjang iaitu lima tahun berbanding tiga tahun dari graduan undang-undang tempatan yang lainnya. 
Malah silibus dan subjek undang-undang yang dipelajari graduan USIM nyata lebih luas cakupannya kerana memasukkan subjek perundangan syariah yang dipelajari dengan undang-undang lainnya secara serentak.
Pada ketika 2012, Datuk Zainul Rijal telah menyatakan bahawa pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah pengiktirafan graduan USIM dari LPQB. Isu itu pada ketika itu sudah berlanjutan lebih dari tiga tahun. Sehingga hari ini di tahun 2014, isu pengiktirafan graduan USIM masih belum diselesaikan. 
Apa sebenarnya masalah LPQB di bawah Tan Sri Abd Gani Patail dengan keupayaan graduan USIM? Apakah ada wujud sikap diskriminasi tertentu yang tidak dijawab berkenaan isu ini?
Isu ini telah cuba ditangani oleh banyak pihak sejak beberapa tahun yang lalu. Ini adalah satu bentuk kes yang malang bagi graduan-graduan yang telah memperlengkapkan diri dengan keupayaan yang lebih dari keupayaan average graduan perundangan universiti yang lain. Lihat sahaja usaha keras yang telah dibuat oleh pihak USIM untuk mendapatkan pengiktirafan bagi graduan undang-undang universiti tersebut:

KRONOLOGI PENGIKTIRAFAN PROGRAM SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (SMSU), FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, USIM (5)
Tarikh
Perkara/ Tindakan
15 Jun 2004
Kelulusan penawaran program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (SMSU) diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi. (Rujukan: KP.SP1(7312/1/Jld.21(25)).
Jun 2005/2006
Ambilan pertama pelajar program SMSU.


17 Julai 2008
Bagi program dari IPTA yang telah diluluskan oleh JKPT sebelum 1 Jun 2008, permohonan pengiktirafan kelayakan hendaklah dikemukakan kepada JPA (Perkara: Menerima pakai kelayakan yang telah mendapat perakuan akreditasi daripada MQA bagi tujuan pengiktirafan kelayakan. Rujukan : KPT(KSU)07/01/01Jld6(4)).
Bagi pengiktirafan kelayakan dalam bidang professional seperti undang-undang perbincangan dengan badan-badan profesional berkaitan hendaklah diadakan sebelum dan dipertengahan kursus dijalankan (Pekeliling Perkhidmatan JPA Bil 10 Tahun 2001, Garis Panduan permohonan Pengiktirafan kelayakan untuk IPTA, perkara 4 dan 6).
 22 December 2009
Pengiktirafan JPA

6 Januari 2010

Pengiktirafan JPA mengambilkira semakan semula nama program (Rujukan: JPA(L)S.180/8/1-96Klt.5(89))
16 Mac 2010
Permohonan pengiktirafan pengecualian menduduki Certificate in Legal Practice (CLP) daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB).

16 June 2010

Fakulti menerima surat jawapan daripada LPQB menyatakan, LPQB akan mempertimbangkan permohonan tersebut selepas melalui proses akreditasi oleh MQA.
8 Julai 2010
Fakulti  menghantar surat makluman kepada LPQB mengenai status program SMSU yang telah diberikan 'deemed accreditation' seperti yang telah dimaklumkan oleh MQA. Oleh yang demikian, tiada keperluan untuk melalui proses akreditasi  oleh MQA.
1 September 2010
Pelajar cohort pertama SMSU bergraduat.
18 November 2010
Fakulti menerima surat daripada LPQB memaklumkan bahawa 'Committess of Auditors akan dilantik oleh LPQB dan lawatan audit akan dijalankan  pada pertengahan 2011.

28 Januari 2011
Fakulti  menghantar pertanyaan mengenai maklumat mengenai lawatan audit.
Fakulti menerima surat daripada LPQB memaklumkan bahawa maklumat mengenai lawatan audit tidak dapat diberikan kerana memerlukan kelulusan oleh LPQB terlebih dahulu.


11 Februari 2011
Fakulti memaklumkan kepada Dekan, Timbalan Dekan Distinguished Fellow, ketua-ketua program, Penolong Pendaftar, BPPS, Perpustakaan dan PIPP untuk bersedia menghadapi lawatan audit tersebut.
Fakulti menerima surat daripada LPQB menetapkan Board memutuskan untuk menimbangkan permohonan fakulti selepas proses akreditatsi oleh MQA sepertimana amalannya di UUM dan MMU.
26 September 2011
Fakulti menghantar dokumen kepada PIPP, USIM untuk disemak.
7 Oktober 2011
Dokumen berserta ulasan diserahkan semula kepada Fakulti.
24 Oktober 2011
Penghantaran dokumen oleh PIPP, USIM ke MQA
21-23 Disember 2011
Laporan Panel Penilai MQA
30 Mac 2012
Penerimaan laporan penilaian perakuan akreditasi penuh untuk maklumbalas oleh Fakulti
24 April 2012
Fakulti menghantar dokumen kepada PIPP, USIM untuk dipanjangkan kepada MQA
25 April 2012
PIPP menghantar dokumen maklumbalas kepada MQA
5 Julai 2012
Makluman Awal Akreditasi Penuh SMSU
18 September 2012

Sijil Akreditasi SMSU dan makluman permohonan untuk mendapatkan Perakuan Akreditasi diterima daripada MQA (Surat MQA(S)10/13/1/1  Jld.46 (17) bertarikh 8 Ogos 2012). (Sijil dan surat diambil di MQA). SELESAI


7 Disember 2012
Surat FSU ke MQA: Permohonan pindaan tarikh mula Akreditasi Penuh supaya mencakupi kohort pertama program SMSU.

Surat FSU ke LPQB: Permohonan Pengiktirafan Profesional dan pengecualian daripada menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman bagi program SMSU.

14 Disember 2012
Surat dari LPQB Permohonan Pengiktirafan Profesional dan Pengecualian daripada menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

17 Disember 2012

Surat dari MQA: Rayuan pindaan tarikh mula sahlaku Akreditasi Penuh di persetujui daripada tarikh 25/12/2011 ke tarikh 25/9/2010 iaitu tarikh kumpulan  graduan kohort pertama dan kedua bergraduat.
11 Disember 2012
Dokumen pertama telah dihantar ke pejabat LPQB secara serahan tangan
14 Disember 2012
Surat maklumbalas LPQB mengenai permohonan pengiktirafan dan permintaan untuk dokumen tambahan yang lebih terperinci dan melengkapkan beberapa dokumen sedia ada.
3 Januari 2013

Surat dari FSU: Makluman pindaan tarikh mula sahlaku Akreditasi Penuh di persetujui daripada tarikh 25/12/2011 ke tarikh 25/9/2010 iaitu tarikh kumpulan  graduan kohort pertama bergraduat.
6 Februari 2013

Surat Sokongan dari ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia terhadap persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).

21 Mac 2013
Surat dari FSU: Dokumenutama LPQB yang telah dikemaskini berdasarkan surat LPQB bertarikh 14 Disember 2013 dan 5 mac 2014 telah diserahkan ke LPQB.
2 April 2013
Surat Naib Canselor memohon pertimbangan agar lawatan penilaian LPQB dibuat pada Jun 2013.
4 April 2013
Perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pengiktirafan SMSU.
22 April 2013
Maklumbalas LPQB tidak dapat mempertimbangkan permohonan FSU untuk lawatan penilaian pada Jun 2013.
22 Mei 2013
Pengesahan oleh LPQB lawatan penilaian akan dilaksanakan pada 18-20 November 2013.
12 September 2013
Dokumen susulan telah dihantar kepada pihak LPQB atas permintaan LPQB
18 Oktober 2013
Dokumen susulan termasuk ‘softcopy’ dokumen berbentuk CD telah dihantar kepada pihak LPQB atas permintaan LPQB.
18-20 November 2013
Lawatan Penilaian LPQB ke USIM
21 November 2013
Surat dari LPQB meminta dokumen tambahan susulan lawatan penilaian pada 18-20 November 2013
12 Disember 2013
Kesemua dokumen tambahan berdasarkan surat LPQB bertarikh 21 November 2013 telah dihantar.
24 Disember 2013

Pengurusan FSU telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan ke-114 JPA di Putrajaya bagi persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).

6 Mac 2014
Surat dari JPA kelulusan persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).

23 Mei 2014
Surat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM mengenai status pengiktirafan SMSU.
28 Mei 2014
Surat Naib Canselor pertanyaan mengenai keputusan Lawatan Penilaian LPQB yang dibuat pada 18-20 November 2013.
5 Jun 2014
Surat Naib Canselor kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tingg, KPM memaklumkan status pengiktirafan program SMSU yang masih menunggu keputusan daripada LPQB.

Sehingga hari ini, sejak diusahakan sejak bertahun-tahun yang lepas termasuk dengan percubaan bantuan daripada Persatuan Peguam-Peguam Islam Malaysia, graduan USIM masih lagi menunggu pengiktirafan dari pihak LPQB yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abd Gani Patail.

Kenapa perkara seumpama ini boleh dibiarkan berlanjutan sehingga menganiaya status graduan-graduan Islam yang berkeupayaan memahami serta mempelajari dua sistem undang-undang di dalam negara?

4 comments:

  1. Pelajar Melayu bidang perundangan dan perubatan juga didiskriminasi oleh pensyarah bukan Melayu? Siasatan menyeluruh mesti dilakukan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg amat menghairankn tuan Hamba Allah..

      Graduan melayu mnjadi mgsa diskriminasii Peeaekutuan tanah Melayu.

      Delete
  2. Susah sgt ke LPQB nak bg komitmen dan kerjasama? Dari jadual nampak spt ada yg x kena dgn LPQB. 2010 hingga 2014 masih belum selesai.

    Apa masalah sbnarnya dgn LPQB bawah AG ni?

    ReplyDelete
  3. Latest update, dah siap semua evaluation, tp LPQB refuse to annouce the result even to USIM, then this matter pending meeting with the AG and the respective related bodies. so sad..pending until when ya? we waiting almost 4 years..after graduation...hunting job..old already la.common la...settle this matter la..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.